BMAP BAB 22

5.7K 253 5
                                    

BMAP BAB 22

           ZEIN merapikan sedikit rambutnya. Baju kemeja bewarna hitam dan putih di tepuk sedikit.

Setelah selesai, Zein keluar daripada rumah dan memakai kasut. "Segaknya anak mama harini. Ada apa-apa ke?" Soal Tengku Aisyah.

Zein tersenyum. "Ada pelawat dari London mama." Jawab Zein. Tengku Aisyah memandang mata Hazel Zein.

"Mama? Kenapa?" Soal Zein hairan. Tengku Aisyah mengeluh perlahan. "Zein, bila kamu nak kahwin?" Alamak! Soalan cepumas sudah datang!!!

"Zein baru 25 tahun ma. Awal lagi." Jawab Zein. "Zein, 25 itu dah dikira tua dan mampu untuk berumahtangga." Kata Tengku Aisyah.

"Ke... Kamu masih tunggu Amber?" Soal Tengku Aisyah. Zein memandang Tengku Aisyah. "Mana mama tahu ni?" Soal Zein hairan.

Tengku Aisyah nemegang bahu anak bujangnya perlahan. "Mama izinkan!" Kata Tengku Aisyah.

"Haa?" Zein tercengang. Izinkan apa pula mamanya yang seorang ini?!

"Mama izinkan kamu berdua berkahwin! Mama tak sanggup tengok kamu muram sahaha, Zein! Mama tak sanggup!" Kata Tengku Aisyah panjang. Zein terkedu.

"Mama lebih dari sanggup tengok kamu berkahwin dengan seorang pembunuh! Sebab setiap manusia ada kisahnya. Kita tidak boleh melihat hanya dari luar." Sambung Tengku Aisyah dengan linangan air matanya.

Senyuman manis dihadiahkan Zein buat mamanya. "Kamu pun, perlu berusuha menangi hatinya. Buat dia cintakan kamu kembali!" Nasihat Tengku Aisyah.

"Insyaallah. Kalau kami ada jodoh, Zein akan pastikan dia hak Zein seorang!" Jawab Zein sambil tersenyum.

Tengku Aisyah memeluk anak lelaki nya. Beberapa saat kemudian, Zein melepaskan pelukan lalu menyalam tangan mamanya.

Pintu kereta dibuka lalu Zein masuk ke dalam perut kereta. Dia tidak boleh mengalah begitu sahaja! Dia perlu terus berjalan ke hadapan!

___________

           "OKAY, everyone please out of bus and please queue up!" Arah Amber. Semua pelajar kelasnya turun satu-persatu.

Amber turun paling akhir. Kepala hoodie bewarna hitam itu dinaikkan menutupi tudungnya.

"Amber, come here!" Panggil Prof. Mariana. Amber akur lalu berjalan ke hadapam Prof. Mariana.

"What is it?" Soal Amber. Prof. Mariana tersenyum sebelum dia menyerahkan sebuah fail bewarna hijau.

"This is our sechdule during our stay here." Terang Prof. Mariana dengan senyuman. Amber mengangguk faham. Dia menyambut huluran Prof. Mariana.

Amber melihat jadual hari pertama. Mereka akan disambut dengan pelbagai jamuan sebelum melewati satu bilik kuliah.

Amber terus ke seorang lelaki yang memakai kemeja bewarna hitam dan putih. Prof. Mariana kata itu orang yang akan menyambut mereka.

"Hi." Sapa Amber. Zein terkejut mendengar suara seorang perempuan. Dia memandang gadis yang menyapanya itu. Gadis itu memandang ke bawah.

"Can I help you miss?" Soal Zein. Amber mengangguk perlahan. "Kami pelajar daripada London. " Jawab Amber.

Zein terkejut. "Saya dulu duduk Malaysia." Terang Amber apabila lelaki di hadapannya diam. Mungkin terkejut.

"Ohh, boleh saya lihat jadualnya?" Soal Zein menghulurkan tangan. Amber memberikan jadual. Kepala masih menunduk ke bawah.

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Where stories live. Discover now