BMAP JUST TWO OF US 5

4.4K 177 3
                                        

           DURANI tersenyum manis kepada pelajar-pelajarnya. "Baiklah, sampai di sini sahaja, anak-anak." Kata Durani.

"Bye Cikgu Ran!" Lambai murid-murid tadika. Durani melambai kembali.

Selepas anak muridnya pergi, Durani kembali ke bilik guru lalu pergi ke biliknya.

"Huh... Mencabar betul..." Keluh Durani bila punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi.

Ting!

Telefon dicapai lalu melihat nombor yang di save. Terus senyuman terbit daripada bibirnya.

Syad Comei

Sayang, bie dah balik tapi jalan jam sikit. Sayang tunggu bie ehh?

Kk, sayang tunggu. Jangan lama k?

Ok, jangan ke mana-mana. Love you, sayang... 😘

Love you too😗

"Amboi Cikgu Ran! Tersenyum nampak. Mesej siapa tu, boyfriend ke?" Soal Cikgu Damiya, guru yang lebih tua darinya.

"Ehh, ma-mana ada. Saya mesej dengan kawan." Jawab Durani tergagap. Tiada sesiapa di dalam sekolah ini tahu jika dia sudah berkahwin.

"Saya tahu. Eksperasi ini yang selalu saya tengok bila mesej dengan orang kita sayang. Alah, saya pun sama je waktu baya Cikgu Ran." Terang Cikgu Damiya tanpa segan.

Terus Durani mengangguk. "Bukan boyfriend. Suami." Jawab Durani. Terbuntang mata Cikgu Damiya.

"Bila kahwin? Tak ajak saya pun?" Soal Cikgu Damiya hairan. "Habis sahaja Universiti terus kahwin." Jawab Dirani sambil tersenyum.

"Alhamdulillah... Syukur. Semoga jodoh kamu berdua panjang dan dimurahkan rezeki oleh Allah." Doa Cikgu Damiya.

"Ni, dah ada isi ke ni?" Sampuk Cikgu Farida terusenyum. Terus wajah Durani merah. "Belum ada rezeki lah tu Ida." Jawab Cikgu Damiya.

"Saya pergi dulu ye?" Pinta Durani. Terus Cikgu Damiya dan Cikgu Farida mengangguk.

Selepas mengemas meja gurunya, Durani terus mengambil beg tangannya lalu berjalan ke luar.

Sampai sahaja di hadapan pintu pagar tadika, dia melihat anak muridnya, Katrina menunggu seseorang bersama ayahnya, Encik Ikram.

"Hai Cikgu Ran." Sapa Encik Ikram. Durani memandang Katrina lalu memandang Encik Ikram. "Waalaikumsalam, Encik Ikram." Perli Durani.

Encik Ikram menggaru tengkuknya.

"Ada apa ya?" Soal Durani hairan. "Begini, Cikgu Ran tahu kalau saya tiada isteri kan?" Soal Encik Ikram.

Durani mengangguk. Ya, dia pernah dengar tentang itu. "Dan Rina kata Cikgu Ran seperti  ibu keduanya. Jadi saya ingat ingin melamar Cikgu Ran menjadi isteri saya." Kata Encik Ikram.

Durani terkejut. Dia tidak tahu bagaimana ingin mengatakan jika dia sudah punya suami.

"Sa... Saya..."

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang