BMAP BAB 19

5.9K 248 3
                                    

BMAP BAB 19

"KAU dah kemas baju untuk dibawa pakai ke Malaysia?" Soal Durani yang kebetulan melintasi bilik Amber.

Amber yang sedang membelek baju yang ingin dipakai buat seminggu di Malaysia terkejut.

"Kau ni, main terjah tapi tak bagi salam dulu. Buatnya aku ada sakit jantung, kau orang pertama aku kacau." Kata Amber dalam geram.

Durani tersengih. "Sorry... Janganlah buat lawak macam tu. Kalau betul, aku juga yang kena jawab dengan Raja dan Pemaisuri." Kata Durani.

Amber menggeleng perlahan. "Aku hampir siap. Cuma..." Amber melirik ke dalam bagasi hitam silver miliknya.

"Cuma?" Soal Durani semula. "Aku tak tahu nak padankan shawl warna apa dengan kemeja t yang baru aku beli ni." Jawab Amber sambil tersengih.

Durani menepuk dahi. "Sini. Aku tengok." Durani menghulurkan tangan. Pantas Amber menyerahkan kemeja t bewarna merah bercorak kotak hitam.

Durani menteliti sekejap. "Disebabkan kulit kau putih melepak, kau perlu padankan ini dan..." Shawl bewarna hitam pantas diambil.

"Ini, dah siap!" Durani tersenyum bangga. Amber termenung. "Hai, dah kenapa pula termenung? Nak jadi Mat Jenin ke?!" Sergah Ilyana pula.

Amber dan Durani mengurut dada. "Kau ni, tak kacau orang tak boleh ke?! Mat Jenin tu suka berangan, bukan termenung!" Kata Amber.

Ilyana menggaru tengkuk janggal. "Er.. Ye ke?" Amber menunjukkan penumbuknya.

"Dah, korang keluar! Aku nak mandi." Kata Amber lalu menghalau dua ekor kawannya. "Ala... Nak duduk sini!" Rengek Ilyana kuat.

Amber mengeluarkan dua pucuk pistol lalu mengacu ke kepala Durani dan Ilyana. "Wanna fight?" Cabar Amber berani sambil tersenyum sinis.

Durani menepis pistol itu. "Sure. Why not?" Sahut Durani. Ilyana juga berbuar perkara yang sama. Amber terus menekan butang merah yang tersembunyi di belakang potret.

Bilik tidurnya bertukar kepada bilik latihannya. Tiada sesiapa tahu kecuali mereka bertiga.

Amber mengambil sniper, Durani mestilah revolver kesayangannya manakala Ilyana hanya menggunakan pedang samurai yang berkilat.

"Siapa yang dapat kalahkan robot itu akan dapat reward..." Kata Amber. Mereka bertiga menumpukan perhatian.

"Sedia... Mula!!!"

Berbagai jenis robot yang keluar dari balik pintu bilik latihan itu. Amber terus mengambil air yang masih ada kesan elektrik. Air itu sudah lama. Lebih kurang 2 minggu lepas.

"Tepi!!" Jerit Amber lalu berlari seperti ninja dan menjirus robot-robot yang bermata merah. Mod robot-robot itu telah bertukar menjadi kejam.

Seketika, robot-robot yang terkena jirusan air itu terbaring dengan badannya mengeluarkan asap tebal.

"Hei, kata tak guna senjata kedua!" Bengang Durani dan Ilyana.

Amber tersengih sebelum dia menunjukkan 👋, bermaksud latihan tamat.

Bilik latihan persendirian itu bertukar kepada bilik tidur Amber. "Dah, pergilah mandi. Aku nak mandi juga ni." Kata Amber lalu mengambil tualanya.

"Kalau mandi bersama apa salahnya kan?" Soal Durani dengan muka gatalnya. "Kau ni lesbian ke apa? Aku tak suka LGBT okay. So, boleh blah dan keluar daripada bilik aku ya, Cik Durani dan Cik Ilyana." Halau Amber dengan senyuman sinis.

"Eleh! Aku pergilah ni!" Durani menarik Ilyana keluar daripada bilik Amber. Amber mengunci pintu bilik sebelum dia masuk ke dalam bilik air.

Berpeluh badannya akibat latihan. Badan direndam dalam tab mandi. Tiba-tiba, dia mendapat satu panggilan.

Samsung J4+ diambil di tepinya. Amber membuat loud speaker. "Hello?" Takkan nak bagi salam kot, dalam bilik air ni. Agak-agak sikit kay.

"Haa akak. Esok nak pindah ke Malaysia kan?" Soal Ryan dari sebelah talian dengan nda yang cukup selamba.

"Otak kau. Bukan pindah bangang tapi pergi melawat. Prof. Mariana kata pergi ke sana untuk ajar mahasiswa dan mahasiswi yang lemah dalam sesuatu subjek pelajaran." Terang Amber.

"Tak kisah?" Soal Ryan tiba-tiba. "Apa?" Soal Amber hairan. Tiba-tiba sahaja adiknya ini.

"Zein. Dia ada di Universiti Malaysia. Yang takdirnya dia pun ambil course medic. Tapi... Ada seorang perempuan yang cuba rapat dengan dia. Nama dia..."

"Stop, stop, stop. I go there just want to take a lesson and not find a lover." Amber pantas membantah. Ryan mengeluh di hujung talian.

"Okay. If that what you want. Jangan sampai dia cari orang lain." Pesan Ryan sebelum dia memutuskan panggilan.

Amber bersandar pada tab mandi. "Entah Arael. Aku tak tahu..." Amber menutup mata. Cuba melupakan segala masa silamnya.

___________

MATA dicelik. Amber menoleh ke kanan dan kiri. Dia tidur di dalam tab mandi rupanya. Amber mandi lalu dia keliar.

Dia memakai kemeja t bewarna biru lembut. Jeans hitam dipakai. Tudung bawal bewarna biru tua dipakai lalu dia terus mengambil bagasi turun ke bawah.

Beg tangan yang terisi beg dompet, iPhone X, kad pengenalan dan 10 peket gula getah mint dibawa supaya tidaklah dia bosan semasa menunggu kapal terbang berlepas ke Malaysia.

Turun sahaja dia ke ruang ramu, senyap sunyi sahaja. Baru pukul 5 pagi. Dia pula 'cuti'.

Amber terus masuk ke dapur bagi membuat sarapan. Apron bercorak daun 4 diambil dan dipakai ke lehernya.

Kuali dikeluarkan dari atas kabinet dapur. Chopstick diambil lalu Amber mengeluarkan minyak dan beberapa biji telur.

____________

DURANI dan Ilyana yang baru keluar daripada bilik terbau sesuatu yang sedap. Terus mereka terkocoh-kocoh untuk turun bersama bagasi yang dibawa.

Dibawah, Amber enak menikmati roti telurnya. "Kau masak Amber?" Soal Durani. Amber hanya mengangguk sahaja.

"Jom makan!" Ilyana mengambil tempat duduk lalu mereka berdua membaca doa makan lalu makan.

.

.

.

.

.

Bab ini agak... Hambar. Ye hambar. Bab seterusnya part Zein pula. Jangan risau... Dia dah ada girlfriend sah pun.

Hehehe 😁

To Be Continue

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Where stories live. Discover now