BMAP BAB 23

5.9K 250 9
                                    

BMAP BAB 23

           "TERIMA kasih." Amber tersenyum manis kepada mak cik kantin Universiti itu. Mak cik itu membalas senyumannya. Amber terus mengambil roti sandwich kegemarannya itu.

"Sama-sama nak." Jawab mak cik itu lembut. Baru sahaja Amber mahu berpaling ke belakang, dia terlanggar seorang lelaki yang turut memegang makanannya.

Amber terjatuh juga lelaki itu. "Miss, are you okay?" Soal lelaki itu. Amber mengangguk lalu mengutip roti sandiwch kegemarannya itu. Beg tangannya diambil pantas.

Amber mengeluh. Fail-fail pentingnya telahpun berselerak di atas lantai Universiti. Buat malu sahaja.

Lelaki itu menolongnya. Amber mengambil helaian terakhir. Lelaki itu menyerahkan fail itu kepada Amber.

Amber terus mengambil fail-fail itu. Dia harus cepat untuk ke bilik kuliah bersama rakan sekuliahnya.

"Amber? Is that you?" Soal lelaki itu. Amber mendongak. Matanya terbuntang. Kenapa perlu lelaki ini?

Zein tersenyum sedikit. Gadis ini tampak semakin cantik setelah menutup auratnya menggunakan hijab.

Amber tidak terus menjawab sebaliknya hanya berjalan pergi. Kakinya pantas keluar dari Dewan Makan Universiti.

Zein mengeluh. Tiba-tiba, bahunya ditepuk. Zein menoleh ke tepi. Kelihatan Arsyad dan Daniel tersenyum.

"Pergilah kejar dia. Nanti terlepas." Kata Daniel sinis. Zein tersenyum sinis. "No way!" Zein terus berlari keluar dari Dewan Makan Universiti.

"Amber!" Amber menoleh. Kelihatan Zein sedang berlari mengejarnya. Amber panik. Dia masih tidak bersedia berhadapan dengan Zein setelah peristiwa 7 tahun yang lalu.

Kaki dilajukan. Dia tidak boleh berlari kerana kasut tumitnya membuatkan pergerakannya terbatas.

Sampai satu saat, Amber menoleh. Zein masih tidak lelah mengejarnya. "Pergilah kau!!!" Jerit Amber.

Zein tidak menghiraukan jeritan Amber malah hanya tersenyum. Tetapi, senyumannya mati apabila melihat sesuatu di hadapan Amber.

"Hei! Hati-ha—"

Amber terjatuh. Dahinya merah dan keluar sedikit darah. Zein terus mendapatkan Amber yang dalam keadaan pengsan sementara itu.

Zein melihat kiri dan kanan. Dia perlu membawa Amber ke UKS untuk mengubati luka itu.

___________

           AMBER membuka mata. Dia melihat kiri dan kanan. Di mana dia. Hospital? Tak mungkin.

Kakinya terdapat plaster bewarna putih. Rasanya kakinya melecet teruk. Tetapi, kenapa dahinya ditampal?

"Kau dah bangun?" Amber memandang ke arah pintu. Zein tersenyum kepada Amber. Amber diam. Sungguh dia rindu wajah itu.

Zein duduk di tepi katil wad Amber. "Dahi dan kaki kau dah ditampal." Kata Zein sebagai permulaan topik.

"Oh." Respon Amber sepatah. Tiba-tiba Zein ketawa amat kuat. Amber pelik. Kenapa pula ni? Dah kena sawan ke apa?

"Kau dah kenapa?" Soal Amber hairan. "Aku masih tak percaya kau langgar tiang lampu tadi." Jawab Zein.

Akhirnya, Amber ketawa bersama. Zein berhenti ketawa. Dia tersenyum melihat gadis itu tersenyum. Seperti di sekolah menengah.

"Macam di sekolah menengah." Kata Zein. Amber terus berhenti ketawa. Matanya memandang Zein."Ya..." Jawab Amber perlahan.

Amber bangun lalu turun daripada katil. "Kau nak ke mana?" Soal Zein hairan. Dia ikut bangun.

Amber diam. Tidak. Dia kena tegas. Seperti yang grandma cakap. Pembunuh dan manusia biasa tidak mampu bersatu. Dia kena dengar dan patuh.

"Hey, something wrong?" Soal Zein. Amber menggeleng. Langkahnya dilajukan. Zein ikut mengejar. "Kenapa nak lari dari aku?" Soal Zein lembut.

"Jawablah." Kata Zein sedikit memaksa. Amber diam. Dia masih melangkah. "Am—"

"Amber!" Alex berlari ke arah Amber. Dia melihat Amber dan lelaki yang bersama Amber.

"Is he the one at the picture?" Soal Alex. "None of your bussiness." Kata Amber.

"She is mine!" Kata Alex. Zein terlopong. "No, she is mine!" Tengking Zein geram. Alex tersenyum sinis.

"Wanna fight huh?" Soal Alex. Zein menggenggam buku limanya kuat sehingga menampakkan urat hijau.

"Is that what you want..." Kata Zein sinis. Dia sedia walau apa pun cabarannya demi mendapatkan kembali gadis itu.

Amber memandang Zein dan Alex. "You two stop it!!!" Jerkah Amber kuat. Lantak apa mahasiswa dan mahasiswi yang melihat?

"Alex, I advice you to find someone else! Why don't you understood what I'm talking to you?!" Tengking Amber. Alex menunduk.

Amber beralih kepada Zein. "Dan kau pula. Kenapa perangai masih tidak berubah?! Kau memang suka pukul orang ke?! Puas sangat ke buli orang hah?!" Tengking Amber kepada Zein pula.

Amber memandang kedua-dua lelaki itu. Dia tidak mahu memilih untuk bersama salah seorang. Dia tidak mahu menghancurkan harapan tinggi mereka.

"Senang cerita, kau dan kau pergi cari orang lain dan aku akan cari orang lain. Full stop." Amber terus berlalu pergi.

Zein memandang Alex tajam. Begitu juga Alex. "Aku akan dapatkan dia dulu!" Kata Zein. "No, she is mine!" Kata Alex pula.

Zein menolak Alex kasar sehingga terjatuh sebelum dia berlalu pergi.

.

.

.

.

.

Wow... Zein dengan Amber dah berubah dohh. Zein sekarang terlebih lembut tapi Amber makin kasar walaupun dah berhijab. 😯

So... Aku malas nak type. Tapi aku terpaksa... 😬

Bye...

To Be Continue

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Where stories live. Discover now