BMAP BAB 26

5.7K 236 16
                                    

BMAP BAB 26

           ZEIN mengambil nafas kasar. Mulutnya yang berdarah di kesat kasar. "Fokus Zein! Harini kita kena selamatkan dia!" Tengking Ilyana kuat.

Durani membetulkan rambutnya yang kusut selepas berlatih bersama Zein. Air mineral diambil lalu meneguknya.

Zein duduk lalu meneguk air mineral yang memang disediakan di dalam bilik latihan itu.

"May us join you guys?" Soal Arsyad yang masuk bersama Daniel. Durani dan Ilyana terkejut. Paling tidak percaya Ilyana. Dia hanya menunduk sahaja daripada bertantang mata dengan Daniel.

Daniel mengeluh. "Sure. We okey with it." Jawab Durani. Zein bangun lalu dia terus mempersiapkan dirinya untuk berlatih bersama Durani.

"Sudah, kita takkan guna seni bela diri." Durani berjalan ke arah meja yang disediakan lalu dia mengambil pistol dan membalingnya kepada Zein.

Zein menyambut pistol itu. Ini ialah pertama kali dia memegang senjata seperti ini.

"Durani, Ilyana, kamu semua perlu bersiap sedia petang ini untuk naik ke pesawat peribadi." Pemaisuri Arellyn masuk ke dalam bilik latihan itu.

"Maaf, Beta menganggu ke?" Soal Pemaisuri Arellyn yang melihat tiga orang lelaki yang dia yakin kawan rapat Amber.

"No." Jawab Durani. Zein, Arsyad dan Daniel menunduk hormat. "Baiklah, mari kita mulakan." Zein menutup mata kirinya.

Zein cuba menembak pada jantung patung itu tetapi ia tidak mengena dan peluru itu tersasar pula pada perut patung itu.

"Zein, kau tidak perlu hanya fokus pada sasaran kau. Kau kena tenang dan kosongkan minda. Tangan perlu lembut dan..."

Bam!

Peluru tepat mengena pada jantung patung itu setelah ditembak Durani. "See? It is easy to learn. Ia sama sahaja caranya seperti memanah." Kata Durani.

Ilyana mengambil jus anggur lalu diberikan kepada Arsyad dan Daniel. "Duduklah. Aku tahu korang penat." Pelawa Ilyana bersahaja. Seperti tidak pernah mengenal mereka.

Arsyad dan Daniel tersenyum serentak sebelum mereka menyambut huluran Ilyana.

Ilyana pergi ke arah Durani dan Zein. "Macam nilah, biar aku lawan robot aku. Kau tengok dan cuba ikut semula." Cadang Ilyana.

Zein mengangguk. Dia harus berusaha keras. Dia perlukan gadis itu. Dia tidak akan lansung mengalah untuk menyelamatkan gadis itu. Dia harus terus berjalan untuk maju ke hadapan.

"Code 35, Mode Dangerous Evil." Kata Ilyana. Daniel memandang Ilyana. Wajah gadis itu tegang sahaja.

Sebuah patung robot bermata merah bercahaya keluar. Ilyana tersenyum sinis. Dia terus mengambil pistol lalu menebak ke arah patung robotnya itu.

Tetapi tiada hasil. Patung robot itu berjalan pantas ingin mendapatkan Ilyana tetapi dielak lalu Ilyana menyepak kuat kepala patung robot itu.

Patung robot itu jatuh tetapi bangun kembali. "Fire Laser." Kata patung robot itu. Lasar keluar daripada mata patung robot itu.

Ilyana mengelak kesemuanya. Dia mengambil dua Katana, pedang Jepun lalu dia berlari ke arah patung robot itu. Mata patung robot itu ditikam dengan kedua-dua Katana miliknya.

Patung itu jatuh. Matanya masih merah tetapi sudah berkurang. "Done." Kata Ilyana. Beberapa robot keluar daripada satu pintu lalu membawa robot itu masuk untuk membaiki semula patung robot itu.

"Terbaik!" Puji Zein teruja. Dia amat teruja melihat aksi Ilyana tadi. Wajahnya amat tenang sahaja semasa berlawan dengan patung robot yang di dalam peringkat Iblis itu.

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Where stories live. Discover now