LENGANNYA yang di tusuk pisau itu di balut dengan rapi. Tiba-tiba, pintu biliknya di ketuk seseorang. "Masuk!" Arah Amber, tidak memandang.
"Eve, Eve okey tak?" Soal Mak Nah membawa secawan teh. "Aish, Eve okey je Mak Nah! Jangan risau lah. Kalau tusukan macam ni, 1 minggu nanti baiklah!" Jawab Amber.
Amber tersenyum. Mak Nah sudah seperti ibunya. Haih, rindulah pula kepada Pemaisuri Arellyn.
"Tak perlulah pergi sekolah. Duduk dekat rumah, teman Mak Nah. Ya?" Pujuk Mak Nah. Amber menggeleng perlahan. "Mana boleh, ini last year Eve." Bantah Amber.
"Tapi—"
"Mak Nah tak perlu paksa dia! Rael daripada semalam dah pujuk akak, akak tetap berkeras nak ke sekolah. Biarlah dia." Ucap Ryan yang sudah lengkap berseragam sekolah.
Mak Nah mengeluh. "Pergi sekolah nanti, jangan paksa tangan makan. Suruh kawan Amber suap atau tak Rael yang suap. Boleh?" Pesan Mak Nah yang masih risau.
Amber dan Ryan lansung membuat tabik hormat. "Menurut perintah!" Ucap Amber dan Ryan lalu mereka tertawa.
⚔️⚔️⚔️
AMBER masuk ke dalam kelasnya seperti biasa lalu duduk disebelah Zein yang terlihat tidur. Buku teks Sains di keluarkan.
"Amber, tangan kau macam mana?" Soal Ilyana lalu tanpa berkata izin, Ilyana terus menarik tangan kanan Amber dekat.
Amber hanya membiarkan.
"Entahlah. Asal darah itu berhenti, aku rasa tak perlu jumpa doktor." Jawab Amber selamba. Ilyana laju membuka balutan Amber.
Kesan tusukan yang di terima oleh Amber semalam dilihat. "Hm, luka yang kau dapat ni lebih dalam dari yang aku sangka." Ucap Ilyana.
"Betul. Tak sangka adik Dean dapat tusuk aku lebih 1 cm dalam. Budak yang menarik." Jawab Amber.
Bibirnya mengukir senyuman yang dapat menunjukkan sisi taringnya. "Luka ni, dalam tapi kau balut nipis sangat." Terang Ilyana.
Amber tersengih.
Pap!
"Yosh! Ini bandage yang kau minta!" Durani muncul sambil meletakkan pembalut luka di atas meja Amber. Ilyana tersenyum kepada Durani.
Pembalut luka itu di keluarkan dan lengan Amber di balut. "Aduh, rasa- rasanya tak cukup. Durani, belikan lagi. Kalau tak, darah kau keluar." Arah Ilyana
"Baik!"
"Oi, diam."
Amber, Durani dan Ilyana serentak memandang ke arah Zein. Zein laju menguap sambil memandang tajam ke arah ketiga-tiga gadis di tepi.
"Oi, asal lengan kau tu?" Tanya Zein apabila sedar lengan Amber dibalut oleh pembalut luka. Keningnya auto terangkat.
Amber terdiam lalu melihat sekilas lengannya. "Kenapa kau nak tahu?" Soal Amber pelik. "Oi oi oi, aku nak tanya pun salah? Kenapa?"
Zein memegang tangan Amber dan berkira-kira membuka balutan itu, namun Amber menepis. "Tak perlu sampai macam tu!" Marah Durani.
Tapi, Zein tidak mengendahkan dan sekali lagi memegang tangan Amber dengan erat. Tepat betul-betul kesan luka itu berada.
"Lepas! Sakit bodoh!" Amber cuba menarik tangannya namun sia-sia. "Zein, lepaskan lengan dia!" Marah Durani.
"Lengan dia, berdarah!"
Zein terus memandang pada lengan Amber setelah mendengar kata-kata Ilyana. Betul, balutan lengan Amber di cemari darah merah pekat.
Amber menepis lengan Zein lalu menutup lengannya. "K-k-klinik.
Pergi klinik!" Arah Zein."Tak nak!"
"Pergi!"
"Tak nak!"
"Pergi!"
"Tak nak!"
"Tch! Menyusahkan!" Sekelip mata, badan Amber di dukung Zein pergi klinik sekolah sambil berlari. Tidak menjangka, Amber diam saja.
⚔️⚔️⚔️
ZEIN memeluk tubuh. "Aku tak kira, aku nak jaga dia." Zein tetap dengan pendiriannya. "Kenapa kau nak jaga Amber?" Soal Durani.
"Perlu ke aku beritahu alasan aku?" Soal Zein hairan. Ilyana menggeleng perlahan. "Kalau kau nak jugak jaga dia, terpulang." Keluh Ilyana.
Durani memandang Ilyana tidak percaya. "Kau gila ke!? Mamat ni cengkam luka dia sampai darah! Takkan nak suruh—umph!"
"Zein, aku benarkan kau jaga Am sampai waktu sekolah tamat tapi, suapkan dia makan." Arah Ilyana. Zein mengangguk.
"Okey je."
Ilyana terus mengheret Durani balik ke kelas semula. Setelah lama diri di luar klinik sekolah, Zein masuk.
Zein melihat Amber yang telah tidur lena di atas katil bersama lengannya terbalut dengan tebal dan rapi.
Kerusi di tarik lalu melabuhkan punggung. "Benda apa yang kau
buat sampai dalam sangat luka?
Haih, tak faham aku." Kata Zein sendiri.Wajah lena Amber di tenung dalam.
"Kalau aku jumpa kau dulu, mesti sekarang aku suka kau kan?" Zein menyelitkan rambut Amber.
⚔️⚔️⚔️
MATANYA perlahan-lahan terbuka lalu memegang balutan lengannya. "Cepat kau bangun!" Tegur Zein.
Di tangannya, terdapat semangkuk bubur ayam dan air mineral. "Baik! Kau mesti laparkan? Masa makan!" Zein sudah bersedia menyuap.
"Bubur tu?"
"Mak cik kantin masakkan." Jawab Zein yang seakan faham. "Hm." Itu sahaja yang keluar daripada mulut Amber.
Zein duduk di tepi katil Amber lalu menyua sesudu bubur tanda untuk menyuap gadis itu.
Amber merenung lama lelaki di hadapannya itu. "Kenapa kau ni tiba-tiba baik?" Soalnya kasar.
Wajah Zein mula cemberut. "Oi, jangan cakap banyak! Sekarang, rasanya aku dah cukup baik nak suapkan tau!" Marah Zein.
Mulut Amber tersengih. "Faham."
Mangkuk bubur yang berada pada Zein di rampas laju. "Kau nak suap aku untuk minta maaf betul? Tapi, tangan aku masih berfungsi lah..." Amber tersenyum sinis.
Zein memandang ke arah lain.
"A-aku jaga kau sebab nak ponteng kelas je!" Zein cuba mereka alasan. "Hm, tipu." Kata Amber yang tidak percaya.
"B-betul lah!"
"Kau tak yakin! Tipu!" Amber terus ketawa kuat membuat Zein terpaku melihat. "Ah, ini kali pertama dalam hidup aku ketawa macam ni."
Zein memandang Amber, lama. "Selama ni, kau tak pernah ke?" Keningnya berkerut. "Pernah je.
Tapi, dah lama sejak tu." Terang Amber lalu menyuap bubur.Just, how much of your secret did
you wanna keep?Zein mengeluh panjang.
Vote⭐
Comments💭
Follow👥
To Be Continue
YOU ARE READING
[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔
RomanceSiapa Yang Tidak Mengenali Silver Death Mafia, Kumpulan Mafia Paling Ditakuti Di England Dan Di Segenap Dunia. Pengaruh Kumpulan Itu Sungguh Kuat Dan Tidak Mampu Ditandingi. Tetapi Tiada Sesiapa Tahu Yang Ketua Kumpulan Itu Ialah Perempuan. Puteri...