BMAP JUST TWO OF US 3

4.8K 218 4
                                    

PERUTNYA yang kini 9 bulan diusap- usap perlahan. Jam di dinding lantas dilirik. "Dah pukul 5 petang ni. Mana suami aku ni?" Soal Amber sendiri.

"Hm, patutnya Zein teman aku. Tapi, dia terpaksa kerja  pula." Rungutnya. Tiba-tiba, loceng rumah berbunyi.

Amber laju memandang ke luar.

"Siapa pula yang datang?" Amber mahu bangun namun pergerakan terbatas. "Khai, bukakan pintu tu! Sekarang!" Jerit Amber kuat.

Khai yang setia menemani bosnya, akur. Khai terus berjalan ke  pintu utama, membuka pintu.

"Puan Durani, Puan  Ilyana, selamat petang." Sapa Khai pada  kedua-dua teman baik bosnya. Durani dan juga Ilyana tersenyum membalas.

Khai membuka luas pintu utama itu lalu memberi laluan. "Miss berehat." Khai menunjuk ke arah yang berada di ruang tamu.

"Thank you." Durani menarik tangan Ilyana masuk. "How's your day today, princess?" Soal Durani ceria.

Ilyana meletakkan beg plastik yang agak besar di atas meja kaca di situ. "Ya Allah! Korang datang ni, kenapa tak bagitahu?" Soal Amber pelik.

"Kitorang nak tengok anak buah je." Jawab Ilyana lalu berjalan duduk di sebelah Amber. "So, what's that?"

Tangan Amber mencapai beg plastik yang di letakkan Ilyana. "Daniel kata dua-dua baby boys, so we bought this for them." Jawab Ilyana ramah.

Amber tersenyum. "Thank you so much." Ucap  Amber. "Am, jangan
lupa, esok kau perlu check up tau." Ilyana mengingatkan.

Amber tersenyum. "Aku ingatlah. Nanti aku ingatkan  Zein." Jawab Amber bersahaja. "Am, semalam, kami ada fight dengan geng hisap dadah." Jelas Durani.

"Bapak best." Amber mengeluh. Durani  memandang  sekeliling. "Mana suami kau?" Soal Durani hairan.

Ilyana turut memandang sekeliling. "Haah, mana Zein Am?" Soal Ilyana yang kini juga hairan. "Zein bekerja harini." Jawab Amber tenang.

"Isteri tengah mengandung kut, dia boleh pergi kerja?" Soal Durani  tak puas hati. "Rilekslah. Sekarang, aku patutnya yang  marah. Ni, terbalik." Jawab Amber diselangi tawa.

Ilyana menggeleng. "Kitorang serius, dia boleh ketawa." Ejek Ilyana geram dengan sikap kawannya ini. "Dahlah, jangan risau. Aku tahu jaga diri aku." Pujuk Amber.

Durani mengeluh. "Ikut kaulah. Ni, aku dah lambat. Aku pergi dululah ya?" Pamit Durani lalu bangun.

Ilyana melihat jam. "Allahuakbar! Malam ni aku perlu ambil sepupu dekat airport. Aku pun sama pergi dulu. Bye Am." Ilyana bangun  dan mengikuti Durani keluar.

Amber hanya melambaikan tangan kepada dua rakan baiknya tu. Baru sahaja ingin bangun untuk naik  ke atas dan berehat, pintu rumah  kini sekali lagi di buka.

"Sayang, abang dah balik!" Panggil Zein lalu masuk ke  dalam  dengan tergesa-gesa. "Abang, kalau ya  pun tanggalkan kasut tu!" Arah Amber.

Zein tersengih, dia baru saja perasan dia belum menanggalkan kasut kerja miliknya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Setelah meletakkan  kasutnya, Zein masuk semula dan meletakkan beg kerjanya dia atas sofa single dan  di labuhkan punggung di tepi Amber.

"Sayang, I'm so sorry to make you wait. Maafkan abang?" Zein terus memohon maaf. Amber memeluk tubuh suaminya erat.

"Tak apa, sayang maafkan. Sayang tadi, risau sangat tau  kalau-kalau abang balik lewat." Adu Amber.

Zein membalas pelukan itu lalu dia mencium ubun-ubun isterinya. Dia bersyukur isterinya memahami.

"Jangan tinggalkan  sayang." Bisik Amber di telinga Zein. Zein hanya tersenyum lalu  laju  mengetatkan pelukan. "Abang janji."

"You'll Always Be Mine Assassin Princess. Always, Till The  End."

Vote

Comments💭

Follow👥

To Be Continue

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Where stories live. Discover now