JAM dinding di jeling sekilas sebelum Sean bangun daripada duduknya. Dia turun ke bawah dan terus ke dapur.
Secawan kopi siap selepas beberapa minit dia di dapur. Setelah itu, Sean membawa kopi itu ke ruang tamu.
Saat melintasi laluan untuk ke ruang tamu, matanya melihat cermin yang tergantung di dinding. Sean menatap dirinya.
Rambut kusut, mata panda, misai yang tidak dicukur. Senang cerita, sejak abangnya pergi, hidup Sean menjadi kurang terurus.
Perlahan, bibirnya mengukirkan sebuah senyuman. "Bunuh. Kau."
⚔️⚔️⚔️
HARI baru bermula. Amber bangun daripada katil dan seperti selalu, dia akan meregangkan otot sendinya.
Lenguh. Semalam, dia dan juga Ryan manahan mata mereka hanya untuk menonton movie The Ring.
iPhone 7+ yang terletak di atas meja diambil. "Tak ada apa yang menarik pun." Keluhnya sambil jari menarik- narik ke atas skrin iPhone.
Sedang asyik Amber melihat-lihat Instagram, tiba-tiba sahaja Durani menelefonnya. "Nak apa minah ni, telefon pagi-pagi?"
Namun, dia mengangkat jua.
"Oi, ada apa call aku pagi-pagi ni?"
"Amboi kau, salam mana?"
Amber tersengih biarpun dia tahu Durani tidak dapat melihat.
"Aku dengan Ilyana nak lepak IOI kejap. Aku telefon ni nak ajak kau. Manalah tahu, nanti kau merajuk tiba-tiba kan?"
"Ceh, kau ingat aku budak ke?"
"Kau yang cakap, bukan aku."
Kedengaran tawa Durani daripada hujung talian.
"Pukul berapa?"
"Dalam pukul 10 pagi ni."
"Hm, okeylah."
Durani mematikan talian. Amber terus meletak iPhone nya di atas meja. Amber berjalan mengambil tuala dan meluru ke bilik air.
Tak sampai 20 minit, Amber keluar dengan dirinya sedang berkemban. Dia membuka almari bajunya.
Setelah puas dengan pemakaiannya, iPhone di ambil lalu di masukkan ke dalam beg tangan kecil. Amber terus krluar biliknya.
Kaki berjalan menuruni tangga.
"Awal kau bangun." Tegur Amber kepada adiknya, Ryan. "Uhm, aku janji untuk online ML." Hanya itu sahaja jawapan Ryan.
Ryan pause permainannya lalu dia memandang kakaknya. "Awal-awal pagi ni kau nak ke mana kak?" Soal Ryan hairan.
"IOI sekejap." Ringkas saja jawapan Amber untuk soalan adiknya. "Hati- hati." Pesan Ryan lalu menyambung permainannya.
Amber meminum segelas air putih sebelum mendekati Ryan. "Bagitau Mak Nah aku keluar sekejap okey." Pesan Amber.
Ryan mengangguk.
Amber masuk ke kereta CR-V hitam kesayangannya lalu menghidupkan enjin. Gate automatik terbuka.
Tidak lama, Amber mula memandu CR-V hitam itu di atas jalan raya.
YOU ARE READING
[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔
RomanceSiapa Yang Tidak Mengenali Silver Death Mafia, Kumpulan Mafia Paling Ditakuti Di England Dan Di Segenap Dunia. Pengaruh Kumpulan Itu Sungguh Kuat Dan Tidak Mampu Ditandingi. Tetapi Tiada Sesiapa Tahu Yang Ketua Kumpulan Itu Ialah Perempuan. Puteri...