BMAP BAB 7

7K 329 2
                                    

DURANI mengangkat tangannya lalu mengeluh. "Cikgu, cepatlah bagitahu. Berjanggut kitorang tunggu ni untuk tahu apa yang cikgu nak cakap."

Cikgu Elisha tersentak atas teguran dari pelajarnya. Laju dia berdehem, membetulkan anak tekak.

"Baik, untuk tahun ini kelas  kita
telah pun di pilih  oleh  pengetua sendiri untuk turut  serta  dalam sebuah perkhemahan yang mana hanya kelas kita sahaja yang ikut. Semua WAJIB  untuk ikut kerana pihak penganjur bersetuju untuk tidak mengenakan kita bayaran." Panjang lebar penerangan  Cikgu Elisha.

Arina mengangkat tangan dengan riak tak puas hati. "Cikgu, saya tak boleh pergi." Bantah Arina.

Cikgu Elisha memandang Arina. "Awak ada sebab ke untuk tidak mengikuti?" Soal Cikgu Elisha.

"Saya demam."

"Pfttt." Seisi kelas laju memandang Amber yang tertawa. "Haa? Alasan mengarut betul. Macam mana  kau boleh tau kau akan demam?" Perli Amber sinis.

Arina mengecilkan matanya, tidak puas hati. "I rasa, I tak ada kut nak kacau you. So, just  mind your own business. Okey?" Perli Arina pula.

Amber tersenyum. "Marah? Oh, I minta maaf, I sengaja." Sindirnya. Arina memeluk tubuh.

"You cabar I, Amber?"

"Kalau you rasa tercabar."

"Sudah cukup!" Cikgu Elisha lansung menghentikan keduanya. "Arina, tak ada bantahan. Kamu dan geng kamu perlu juga pergi!" Tegas Cikgu Elisha.

⚔️⚔️⚔️

KELAS bising kerana ketiadaan sang guru di dalam. Amber yang  tertidur mula bangun dan menggeliat.

Dia melihat ke sebelah, tempat Zein. Terlihat Zein di tempatnya, melukis sesuatu di atas buku latihan sekolah.

"Amber!" Panggil Ilyana. Amber laju menoleh ke tempat Ilyana. "Aku nak pinjam buku latihan!" Ujar Ilyana.

Amber mengangkat ibu jari.

Dia meraba bawa meja, mencari-cari buku latihannya. Tiada. "Aik? Lari ke mana buku latihan aku ni?" Ucapnya sendiri.

Amber mencari lagi. Tiada.

Tiba-tiba, dia teringat buku latihan yang di conteng Zein. Amber lantas merampas buku latihan yang telah penuh dengan kesan contengan.

Bukunya.

"ZEIN!" Jerkah Amber lalu menepuk meja Zein. Zein memandang Amber, tak bersalah. Amber mencekak kolar kemeja sekolah Zein.

Wajah Zein dan Amber kini hanya seinci. "Oi, kau tahu tak  salah kau sekarang ni?!" Jerkah Amber lagi.

Seisi kelas menutup telinga. Bingit.

Zein menggeleng dengan wajah suci. Amber ketawa keras lalu tanpa belas dia menumbuk perut Zein, kuat.

"Uhuk! Uhuk!" Zein terbatuk-batuk keras setelah menerima tumbukan keras di perutnya. Amber tersengih. "You better not mess with me."

Zein menarik tangan Amber yang ingin berlalu pergi. "Tunggu, aku.. uhuk!" Zein ingin memohon maaf namun perutnya terasa perih.

"Haih." Keluh Amber lalu dia  tepis tangan Zein. Amber melutut depan Zein lalu dagu  Zein  di angkat agar wajah Zein memandangnya.

Amber mengecilkan matanya.

"Heh, memang patut kena tipu. Kau lemah." Sindir Amber. "Maksud kau apa?" Soal Zein ingin tahu.

Amber mengangkat kening.

"Ikut aku, kalau kau mampu untuk bangun." Amber lantas bangun dan keluar daripada kelas.

⚔️⚔️⚔️

ZEIN duduk perlahan di tepi Amber. "Semak?" Soal Zein apabila yang dia lihat, Amber duduk di depan semak- samun.

"Shh, depan tu. Take a look. Awek kau.. kan?" Tunjuk Amber sambil tersengih sinis. Zein mengintai.

Sepasang kekasih sedang berpelukan mesra. Zein mengecilkan mata, tidak jelas. "Aku tak nampak. Siapa?" Tanya Zein ingin tahu.

Amber mengeluh.

"Itu awek kau." Jelas Amber sekali lagi. Zein  memandang sekali  lagi. Kali ini, dia nampak dengan  jelas.

"A-arina." Zein ternganga melihat teman wanitanya dan musuhnya, Arfiq sedang bercakap-cakap dan berpegangan tangan.

Amber bangun.

"Langkah seterusnya, pilihan kau sendiri. Tapi pastikan kau jangan menyesal dengan apa akan jadi." Amber terus melangkah pergi.

⚔️⚔️⚔️

AMBER menapak kembali ke dalam kelas lalu berjalan ke mejanya. "Yo!" Sapa Arsyad dan Daniel. "Kenapa?" Soal Amber.

"Err, mana Zein?" Soal Arsyad ingin tahu. Amber mengangkat  bahunya, berpura-pura tidak tahu.

Arsyad dan Daniel memandang antara satu sama lain. "Am, apa sebernanya kau buat dengan Si
Zein?" Durani  dan  Ilyana  pula
datang.

Amber mengeluh. "Look, aku tak tahu apa yang korang fikir but, aku tak ada buat apa-apa pada mamat tu. He'll be back once he settles his matter." Ucap Amber tanpa basa-basi.

Setelah itu, Amber bangun untuk rehat. "Woi, rehat!" Jerit Amber. Durani dan Ilyana menoleh. "OK!" Terus mereka tergesa-gesa keluar.

Arsyad dan Daniel? Entah lah..

Vote⭐

Comments💭

Follow👥

To Be Continue

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Where stories live. Discover now