BMAP BAB 24
MATANYA dipejamkan perlahan. Sudah lama rasanya dia tidak membunuh. Amber membuka matanya semula.
Sesekali tudungnya ditiup lembut oleh angin pada petang itu. Suasana ini mengingatkan dia kepada Lucas.
Air mata perlahan menurun. Tiba-tiba, handphone miliknya berdering. Amber mengesat air mata itu menggunakan tangannya sebelum mengambil Vivo di dalam beg tangannya.
"Ayumi?" Soal Amber perlahan. Dia mengangkat panggilan itu. "Assalamualaikum?" Sapa Amber.
"A... Akak..." Nada suara Ayumi begitu sayu. "Ayumi? Kenapa ni?!" Soal Amber cemas.
"Akak... A... Yumi... Sayang... A... Akan.." Kata Ayumi perlahan sebelum panggilan tiba-tiba terputus. Amber memandang Vivo miliknya.
Habis bateri.
Amber berdecit geram. Dia tidak boleh ke Jepun dalam masa seperti ini. Amber bermundar-mandir memikirkan adik angkatnya itu.
Tiba-tiba sebuah kereta hitam berhenti di hadapannya. Amber terkejut. Dia mengeluarkan samurai silver miliknya. Dia tidak boleh melihat sesiapa di dalam itu kerana cermin kereta itu gelap.
Tiba-tiba, seorang lelaki yang tidak dia kenali keluar daripada kereta itu. "Who are you?!" Soal Amber geram.
"Bring her now." Arah lelaki itu kepada anak buahnya. Lima orang anak buah lelaki itu terus memasukkan Amber ke dalam kereta.
Mata dan mulut Amber ditutup menggunakan kain. "Let me go!!!" Jerit Amber. "Suck." Kata lelaki itu lalu dia melekapkan sehelai kain yang terdapat sejenis cecair.
Perlahan-lahan, dunia Amber mulai kelam dan akhirnya dia pengsan. Samurai terjatuh dari tangannya.
___________
ZEIN berjalan ke arah taman Universiti. Dia terkejut melihat sebilah samurai yang tajam yang sama digunakan Amber.
Zein mengambil samurai itu lalu dia berlari mencari Durani dan Ilyana. Kalau tidak silap, mereka sedang dalam perjalanan ke tandas Universiti.
Tiba-tiba dia ternampak Durani dan Ilyana yang juga sedang cemas. "Err, hei!" Panggil Zein teragak-agak.
Durani dan Ilyana memandang Zein. "Zein, kau ada nampak Amber? Aku dengan Ilyana dah cari dia tapi tak jumpa." Kata Durani.
Samurai di tangan Zein diserahkan kepada Durani. Durani terpempam. "Bagaimana boleh ada pada kau?" Soal Durani hairan.
"Terjumpa." Jawab Zein. Ilyana mengeluarkan pistol lalu dihala ke arah Zein. Zein terkejut.
"Tunduk." Arah Ilyana. "Apa?" Soal Zein hairan. "Tunduk sekarang!!!" Tengking Ilyana. Durani tersenyum sinis lalu mengeluarkan bom asap.
Zein terus menunduk. Durani membaling bom asap lalu Ilyana pula menembak seseorang.
Setelah bom asap hilang, seorang lelaki terus berlari pergi. Durani mengambil pistol lelaki itu.
"Dragon Hood." Kata Durani. Ilyana terus mengeluarkan laptop miliknya lalu melihat data tentang Dragon Hood.
"Sial. Diorang punya data semua diblok." Kata Ilyana. Durani mengambil laptop itu lalu dia menghack laptop itu.
"Dragon Hood. Salah satu Gengster yang mengamalkan ajaran sesat di daerah Tokyo, Jepun. Dikatakan mereka akan memakai hoodie bewarna hitam dan muka mereka di make up seperti vampire. Mereka akan berkumpul di satu tokong dan akan meminum darah seorang perempuan remaja. Dikatakan itu satu-satunya cara demi memuja Tuhan mereka iaitu... Lucifer... Kebetulan, dua hari lagi ialah hari pemujaan Lucifer." Kata Durani. Beberapa saat, Durani terkedu. Begitu juga Ilyana dan Zein.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔
RomanceSiapa Yang Tidak Mengenali Silver Death Mafia, Kumpulan Mafia Paling Ditakuti Di England Dan Di Segenap Dunia. Pengaruh Kumpulan Itu Sungguh Kuat Dan Tidak Mampu Ditandingi. Tetapi Tiada Sesiapa Tahu Yang Ketua Kumpulan Itu Ialah Perempuan. Puteri...
![[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔](https://img.wattpad.com/cover/173666188-64-k74130.jpg)