DHM - 8 -

199 25 0
                                    

"Hoi, kau nak buat apa dekat sana tu! Nak menceroboh tanah ke apa?" sergahan kasar itu membuatkan Hafiz menoleh pantas.

Dia yang sedang duduk bercangkung mencabut beberapa rumput kecil di kawasan tanah terbiar itu terkejut dengan sapaan itu. Hafiz pantas berdiri menanti kedatangan lelaki berusia itu ke arahnya.

"Oh, kau rupanya! Patutlah aku ada dengar desas desus pasal kau. Rupanya dah keluar kau eh?" kata lelaki tua itu.

Hafiz menelan air liur pahit. Tangan kanan cuba dihulurkan untuk menyalami.

"Pui, aku tak bersalam dengan pembunuh, penjenayah!" herdik lelaki itu bersama wajah bengisnya.

"Pak Long .., saya masih hormatkan Pak Long." kata Hafiz dengan lembut.

Bakri mendegus kasar. Matanya mengerling Hafiz yang cuba bersalaman dengannya.

"Aku tak ada anak saudara yang masuk penjara. Pergi, lebih baik kau berambos saja daripada kampung ni! Buat malu saja kau nak tunjuk muka di sini. Syaitan!" Bakri sengaja memberikan kata-kata pedih itu.

Hafiz melepas keluh. Ditelankan saja kata nista itu. Dia kemudian berlalu sahaja meninggalkan bapa saudaranya yang masih tetap merenungnya tajam.

"Sekali lagi aku nampak muka kau di kampung ni, nahas kau aku panggilkan orang kampung untuk kerjakan kau!" Bakri memberi amaran keras.

Hafiz pura-pura tidak mendengar. Dia tahu kenapa lelaki itu begitu marah kepadanya. Kerana dia, Khairil sepupunya, anak kepada Bakri, juga turut terjebak dengan pekerjaan haram. Tetapi Khairil terselamat daripada hukuman berat dan dimasukan ke pusat pemulihan sahaja.

"Kurang ajar! Berani dia datang sini balik," Bakri meludah kasar ke arah jalan. Belakang Hafiz yang menjauh diperhatikan lama. Hatinya benar-benar sudah membenci Hafiz. Kerana Hafiz, keluarga mereka malu besar. Kerana Hafiz, adik kandungnya meninggal dunia. Entah apalah silap adiknya mengajar anak sehingga berani menyentuh pekerjaan haram itu?

***

Hawa melajukan langkah kaki apabila melintasi Warung Pak Dir. Cepat-cepat dia buka langkah besar. Dia tidak mahu bertembung dengan manusia paling durjana di kampung itu.

"Hawa,"

Hawa mengeluh. Ketika dia ingin bergegas pulang, namanya diseru pula.

"Ya, Pak Dir," Hawa terpaksa menyahut.

"Ni, Hawa .., Pak Dir dah lama tak nampak ayah kamu ke surau. Apa khabar dia? Masih tak sihat lagi ke?" tanya pemilik warung itu.

Hawa melepas keluhan lega apabila dia tidak melihat kelibat lelaki durjana yang dibencinya itu. Dia kemudian mengambil tempat duduk di salah sebuah meja kosong di dalam Warung Pak Dir itu.

"Ayah dah sihat .., tapi tulah, motor kapcai dia pula tak sihat. Tu yang ayah tak dapat pergi berjemaah di surau." jawab Hawa.

"Oh .., patutlah." Pak Dir mengangguk faham.

Hawa mencapai gelas yang berisi air sejuk yang dihulurkan oleh Pak Dir. Dia kemudian meneguk air itu dengan perlahan.

"Kamu ni dari mana pula?" Pak Dir ingin tahu perihal Hawa pula.

"Dari perpuskataan, lepas tu pergi kedai Cik Milah," balas Hawa senada.

"Dari kedai, tapi tak ada barang pun?" Pak Dir hairan melihat Hawa yang hanya berjalan dengan tangan kosong.

"Tak ada apa nak dibeli pun,"

Diari Hati MandatoriWhere stories live. Discover now