DHM - 20 -

207 31 2
                                    

Pagi itu Hafiz membersihkan kawasan kebun getah milik keluarganya. Habis rumput dan daun kering dibersihkan dan dikumpul untuk dibakar. Sebelum dia ke pekan mencari pekerjaan, dia mahu membantu untuk membersihkan kawasan pokok getah yang menjadi punca rezeki ibunya ini. Kasihan sang ibu dan adik, tiada daya melakukan kerja tersebut bagi keseluruhan kawasan itu berdua.

"Hafiz, ibu dengan Hariz balik dululah, ya? Nak siap-siapkan makan tengah hari," beritahu ibunya setelah selesai menoreh beberapa baris pokok.

Hafiz sekadar mengangguk. Hariz juga sama mengekori Suriati pulang. Tinggallah Hafiz sendirian di kepulauan pokok getah di situ. Dia lantas meneruskan sahaja kerja-kerja pembersihannya. Beberapa pohon getah yang tidak sempat ditoreh oleh ibu dan adiknya disambung.

"Dah tua dah pokok ni, nak tak nak je susu dia keluar," desisnya sendiri. Sedikit sebanyak Hafiz bersyukur kerana pohon getah itulah orang tuanya mendapat rezeki halal untuk membesarkan dia dan Hariz. Bibirnya mengukir senyuman mengingati masa lalu bersama orang tuanya dahulu.

"Bangun cepat!"

Tiba-tiba Hafiz terkejut mendengar jeritan di dalam hutan itu. Dia lantas menoleh di sekelilingnya mencari-cari gerangan pemilik suara. Pelik, setahunya ibu dan Hariz sudah pulang. Siapa lagi yang ada bersamanya ketika ini?

"Cepatlah, aku dah cakap jangan sampai kena tangkap dengan penoreh dekat sini!"

Sekali lagi Hafiz mendengar suara itu. Dia maju setapak dua ke arah kawasan yang tidak jauh dari tempatnya tadi.

"Cepat! Dah pukul berapa ni?"

"Ish, mana ada orang menoreh dekat sini ... ni semua pokok tua, dah tak ada hasil,"

"Adalah! Aku ada dengar suara orang tadi, lepas tu ada bau asap bakar daun kering ... kita kena cepat selesaikan tempat ni. Kalau kena tangkap dah tak boleh operasi dekat sini!"

"Ish, yelah-yelah ... bagi aku tidur sik-kit je lagi. Kepala aku masih peninglah,"

"Tulah kau, dua malam ni melantak tak ingat dunia!"

"Kau pun sama! Tak payah mengata akulah!"

"Ish, dah lah tidur tu. Nanti dekat rumah kau sambunglah ... sekarang ni kita kena cepat pergi dari sini. Kau tak ingat pesan tuan besar kita? Kalau tertangkap oleh sesiapa dekat kampung ni, bekalan kita automatik lesap!"

"Hah? Hisyh ni yang aku tak suka, nak main ugut pula. Bukan aku tak bayar!"

"Dah, cepatlah!"

"Ish, yelah!"

Mahu tidak mahu beberapa orang yang berada di situ bangkit dari pembaringan dan meninggalkan kawasan berkubu mereka semalam. Sebelum benar-benar meninggalkan kawasan itu, segala bekalan dan peralatan mereka sempat bersihkan daripada tertinggal di situ.

Hafiz mengepal penumpuk melihat manusia yang baru sahaja meninggalkan kawasan itu. Dia yang bersembunyi di belakang pokok besar melepas keluhan kasar. Mata dan telinganya jelas memerhatikan individu mencurigakan itu.

***

"Mazli, kau ke mana dua tiga malam lepas? Aku cari dekat sini tak ada, dekat kedai akak kau pun tak ada! Kau pergi mana ni?" tanya Raimi lalu duduk berhadapan dengan Mazli yang sedang melepaskan asap tebal.

"Aku ada kerja luar," balas Mazli ringkas.

"Pak Dir, kopi pekat satu!" pinta Raimi kepada pemilik warung tersebut.

"Kerja luar? Kau masih bawa lori sawit ke apa ni?" tanya Raimi lanjut. Matanya memerhatikan penampilan Mazli yang kekihatan tidak berapa terurus.

"Yelah ... dah itu mata pencarian aku sekarang ni," acuh tak acuh Mazli menjawab. Entah kenapa dia mula rasa rimas dengan soalan-soalan Raimi itu.

"Aku tahulah ... tapi, bukan ke tauke Ah Beng dah jual ladang sawit dia tu kepada kerajaan. Jadi secara automatiknya kau dah tak ada kerja, sebab dulu bos kau tu kan Tauke Ah Beng. Lori sawit mana pula yang kau bawa ni? Itu yang aku nak tahu," ujar Raimi sejurus mencicip kopi pekat yang dipesannya tadi.

"Apa kau fikir Ah Beng saja ke punya ladang kelapa sawit dekat sini? Kau orang baru, mana kau kenal tauke-tauke dekat sini. Aku dah banyak buat kerja untuk tauke-tauke dekat sini, kau apa tahu?" balas Mazli. Nadanya makin meninggi secara tiba-tiba.

Raimi menelan air liur pahit melihat reaksi tidak diduga daripada Mazli itu.

"O ... okay, kau janganlah marah-marah macam ni. Aku tanya saja, ajak borak ... tak payahlah naik suara,"

Mazli sekadar memberi jelingan tajam. Terus sahaja dia bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan Raimi yang termanggu di situ.

***

"Hafiz, dah habis sapu tu ... temankan saya cuci kawasan belakang tu pula ... makin kotor pula kawasan tangki tu, sedangkan tempat tu tempat berwuduk, tak elok dibiarkan kotor berlumut macam tu," kata Ustaz Azman.

Petang selesai asar, Hafiz turut membantu lelaki itu membersihkan surau di kampung itu.

"Ar ... ustaz, boleh saya tanya?"

"Apa dia?"

"Erm ... dekat kampung ni, erm selama ni, sebelum saya keluar penjara ... ada apa-apa kes besar, tak?" tanya Hafiz berhati-hati.

Ustaz Azman mengerutkan kening sambil mengusapkan janggut tipisnya.

"Kes besar macam mana tu?"

"Hemm ... tak apalah kalau tak ada, Alhamdulillah ... saya harap apa yang saya terlihat tu tak benar," balas Hafiz.

"Kamu nampak apa tu? Cuba jelaskan ... saya ni tak berapa faham kalau Hafiz tak cerita betul-betul," pinta Ustaz Azman.

"Macam ni, saya nampak ..."

"Dia nampak apa, dia dengar apa ... tak perlu ustaz percaya kata dusta orang macam tu. Dah terang-terang penjenayah, pembunuh ... ustaz jangan fikir dia ni dah berubah, sedikit sebanyak ... darah kotor tu masih mengalir dalam diri dia," potong Bakri yang kebetulan berada di situ.

Hafiz melepas keluhan berat. Meskipun sudah biasa mendengar kata-kata itu dari bapa saudaranya sendiri, namun masih pahit untuk ditelan. Jelingan tajam Bakri tidak dia pedulikan. Terus saja dia meneruskan kerjanya. Biarlah manusia memandangnya hina, yamg penting dia tahu Allah s.w.t. tidak membezakan setiap satu manusiapun dari sisi-Nya.

"Pak Bakri, tak elok berdendam ... bukan ke,"

"Diamlah, kau orang luar tak faham!" Bakri pantas memintas kata-kata Ustaz Azman. Sungguh keras hati lelaki tua itu.

Ustaz Azman mengelengkan kepala. Sukar baginya meneguri orang yang degil. Tetapi dia tidak mahu berputus asa, dia pasti ada cara lebih halus dan lembut untuk memujuk lelaki tua itu. Buat masa ini, lebih baik berdiam daripada menuang minyak ke dalam api.

"Bakri, kau dah selesaikan ke dengan pohon buluh yang aku pesan tu? Jangan lambat, nanti tak sempat siap sebelum pesta!"

"Kau tak payah runsinglah Ishak, aku dah separuh jalan tebang buluh tu ... esok lusa aku angkat pergi tepi Balairaya." mujurlah perhatian Bakri teralih daripada Hafiz. Lelaki itu lantas berlalu dari situ.

Hafiz terjeda dari melakukan kerjanya. Apa yang didengarinya sebentar tadi ... mungkinkah?

"Hafiz, tak payah ambil hati dengan Pak Bakri tu. Saya faham, mungkin kerana kamu ada pertalian ... dia masih rasa kecewa kepada kamu. Bersabar sajalah ... Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar," pesan Ustaz Azman.

*
*
1053 Words
10 March 2019
11:20
*
*

Diari Hati MandatoriWhere stories live. Discover now