DHM - 25 -

339 20 7
                                    

Hafiz mengangkat kotak besar berisi air minuman di dalam botol daripada troli mudah alih ke atas lori.  Sudah larut malam begini, namun kerja masih belum selesai. Keringat dingin yang membasahi wajah disapu dengan tuala kecil.

"Hafiz, ada sebuah lagi lori untuk esok. Kau boleh tak ni?" tanya Azril, penyelia kilang air botol minuman itu.

"Okay bang, boleh ..." walaupun penat dan kelaparan, Hafiz meneruskan sahaja kerjanya. Sempat juga dia mengerling beberapa orang pekerja lain yang sedang enak makan asap.

"Hoi, kau orang ... cubalah tengok si Hafiz tu, kerja belum siap, belum rehat." tegur Azril kepada pekerja lain yang berada di situ.

"Dia baru, dah tahu nanti kerja ni sia-sia, dia berhentilah tu," balas Kamal yang bersama-sama rakan lain menghisap rokok elektronik berperisa.

Azril mengelengkan kepala. Puas sudah penyelia itu menegur sikap Kamal dan rakannya yang suka bersambil lewa membuat kerja. Lagipula dia tidak mahu mencari nahas, silap hari bulan dia pula yang akan dibelasah teruk oleh kumpulan budak-budak kilang itu. Kerana itulah yang terjadi kepada penyelia sebelumnya. Kamal dan rakannya bukan boleh ditegur kasar, mereka berani menggunakan kekerasan jika sudah naik hantu mendengar bebelan penyelia kilang. Zaman sekarang sudah aneh, orang atasan lebih takutkan orang bawahan.

***

"Ibu, Hawa pergi dulu ya," Hawa tergesa-gesa memakai sepatu hitamnya dan mengalas beg bimbit serta beg fail. Waktu sudah menunjukan jam tujuh lima belas minit pagi. Dia sudah terlewat untuk membuka taska yang kebiasaanya dibuka pada jam enam empat puluh lima minit pagi.

"Yelah, lain kali tidurlah waktu pagi lagi. Lambat mengalahkan orang yang beranak pinak," bebel Asnida.

"Okay, bye ... Assalamualaikum," sempat juga Hawa berlari anak lantas menyalami tangan si ibu.

"Abah, bawa laju sikit boleh?" pintanya kepada Haji Rauf yang menghantarnya menggunakan motorsikal tua.

"Nak laju macam mana, kalau dah terlewat macam ni tak boleh buat apa," balas Haji Rauf. Selepas pasti Hawa telah naik membonceng dan duduk selesa, dia menghidupkan enjin motorsikal.

Hawa mengigit bibir. Macam manalah dia boleh tertidur selepas subuh tadi? Kebiasaannya dia terus saja bangun, senaman ringan dan mandi. Pagi tadi akibat terlalu mengantuk kerana membaca novel hingga larut pagi, dia tertidur di atas sejadah bersama telekung yang masih dipakai. Nasib baiklah Hajar mengetuk pintu biliknya dengan kuat, kalau tidak pasti dia tidak sedar lagi.

Pon, pon!

"Allahu akbar!" Haji Rauf cepat mengawal kepala motorsikalnya daripada berlanggar dengan kereta mewah yang baru melintasi mereka dengan laju.

"Abah, ya Allah ... abah okay tak ni?" Hawa turut cemas. Nyaris sahaja nyawa mereka melayang oleh kerana pemanduan tidak berhemah si pemandu kereta mewah itu tadi.

"Alhamdulillah, abah okay. Nasib baiklah abah tak laju, kalau ikut apa yang kamu suruh, dah gol kita pagi ni." sempat lagi Haji Rauf membalas permintaan Hawa sebelum itu.

"Ya- ya abah ... alhamdulillah. Ish, laju betul orang tu! Dia tak pernah masuk jalan kampung ke?" Hawa membebel geram. Nasib baiklah ayahnya adalah seorang pemandu berhemah.

"Entahlah, abah pun tak pernah nampak kereta jenis itu dekat kampung kita ni. Tapi itulah, pesanan masyarakat ... biar lambat asal selamat. Ingatlah orang yang tersayang. Bukan saja-saja iklan tu beritahu kita," ujar Haji Rauf. Dia kemudian meneruskan pemanduan motorsikalnya menuju ke tempat kerja Hawa.

Hawa sekadar mengangguk. Lambat pun lambatlah, asalkan selamat. Salah dia juga tidur dan bangun lewat pagi itu.

***

Diari Hati MandatoriWhere stories live. Discover now