DHM - 22 -

146 22 3
                                    

"Minta maaflah ... Kami belum perlukan pekerja tambahan lagi ni. Kalau bukan musim perayaan, kami tak perlukan pekerja yang ramai,"

"Dekat sini kami cari pekerja wanita saja,"

"Kalau ada rekod macam ni, tak berani saya nak ambil bekerja. Minta maaflah ya ..."

Hafiz melepas keluhan. Peluh yang menitis disapu kasar. Sejak pagi lagi dia berjalan di sekitar pekan untuk mencari kerja. Sampai tengah hari ini masih belum bertemu dengan harapan.

Sebelum turun ke pekan pagi tadi dia sudah menjangka pasti ramai yang tidak memerlukan khidmatnya. Sama seperti sepuluh tahun yang lalu. Pencarian kerja bukan perkara mudah. Tetapi dicekalkan juga hati kali ini.

"Allahuakbar ... Allahuakbar ..."

Hafiz mengangkat punggung menuju ke masjid pekan. Sedar tak sedar, rupanya telah masuk waktu zohor. Lebih baik dia menyahut panggilan kerja agung terlebih dahulu sebelum meneruskan urusan duniawi ini. Selepas meletakkan beg di atas rak, dia lantas menuju ke kawasan mengambil wuduk'.

"Eh, Hafiz! Ya, Allah ... Hafiz Adam Bin Lathif, kan?"

Hafiz mengerutkan dahi melihat pemuda yang menyebut nama penuhnya itu.

"Betul, kan?" Pemuda itu tersenyum lebar sambil menghulurkan tangan kanannya.

"Ya, saya ..." Hafiz masih ragu-ragu namun salam yang dihulurkan disambut sopan.

"Aku lah, Dani ..."

"Dani?"

"Ha'ah lah ... Dani yang gemuk gedempol yang selalu kena buli dekat sekolah dulu,"

Hafiz mengerutkan dahi cuba memancing semula memori lama sebelum tersenyum lebar.

"Dani? Ya Allah, Ahmad Dani Bin Musri!"

"Haa ... Ingat pun kau nama aku, hehee," pemuda itu memeluk kemas tubuh Hafiz.

"Wah, dah kurus badan kau ni. Makin hensem ... patutlah aku tak cam." balas Hafiz dengan perasaan lega.

"Itulah ... dah lama sangat kita tak jumpa. Lepas habis SPM aku langsung tak pernah nampak muka kau dekat pekan ni. Tuptup muka kau masuk berita ... Tuptup lagi selepas lebih sepuluh tahun baru aku jumpa kau dekat sini." ujar Dani.

Senyuman Hafiz seraya hambar mendengar kata-kata rakan sekolah menengahnya dahulu. Kepala ditundukan ke bawah.

"Eh-eh ... kita solat dulu, lepas ni kita lepak borak-borak, ya? Ada banyak benda aku nak cerita ni. Hehee," Dani memancing semula wajah Hafiz yang seakan mendung.

Hafiz sekadar menagangguk dia turut membuntuti langkah kaki Dani menuju ke ruang solat.

***

"Bakri, aku rasa tak sedap hati lah." Luah Jamil sambil mengunyah keropok lekor. Warung Pak Dir seperti biasa menjadi port mereka duduk bersembang selepas pulang dari kebun getah masing-masing.

"Pasal apa pulak?" Bakri menyalakan rokok daun tembakaunya.

"Ni, dua hari lepas ... Aku pergi hujung kebun getah aku tu. Selalunya aku tak pergi sana sebab pokok dekat sana tu dah nak mati susu. Tapi hari tu aku ada tergerak hati nak ke sana. Sedang aku jalan-jalan aku jadi hairan, tau tak, pelik!"

"Apa yang peliknya?"

"Kawasan kebun aku tu macam bersih. Ada jalan." beritahu Jamil.

"Yelah jalan kebun getah. Apa yang peliknya? Itu pun kau nak hairan ke?" tukas Bakri.

"Yang peliknya, jalan tu tak pergi mana-mana kebun orang kampung ni. Jalan tu terus ke hutan rizab negeri. Siapa yang pergi sana? Kalau kerajaan nak masuk hutan, tak kanlah diorang nak lalu jalan bukit bukau tu? Diorang bukan ke lalu dekat jalan simpang rumah tok ketua?"

Bakri sekadar mengangguk sambil melepaskan asap tembakaunya.

"Lepas tu, aku jalan, terus jalan ... aku dengar suara! Diorang cakap slang, jadi aku tak berapa faham apa diorang cakap. Aku cuba jugak tengok orangnya, tapi aku tak nampak sesiapa pun. Masa tu aku rasa seram sejuk jugak. Yelah mana tahu aku terjumpa kampung bunian lah pulak, naya aku kena sorok!" Jamil berkata sambil berseloroh.

"Jadi, apa lagi yang kau nampak?" tanya Bakri.

"Bila aku toleh-toleh sekitar kawasan tu, aku baru perasan ada pondok kecik di situ. Adalah dua tiga orang ni aku nampak sedang duduk dekat situ."

"Diorang buat apa? Duduk je?"

"Yelah, duduk ... Aku tak nampak jelaslah apa yang diorang pegang. Sebab jauh, mata aku ni pun bukan macam teleskop. Tapi aku jadi hairan, tak sedap hati pula bila dah ternampak kawasan tu. Kenapa ada pondok tersembunyi dalam hutan tu? Untuk apa diorang bukakan jalan ke situ?" ujar Jamil. Sejak dua hari lepas dia sememangnya tidak senang duduk selepas terlihat kawasan pondok itu. Apa yang dia lihat sebenarnya lebih dari apa yang dia ceritakan kepada Bakri. Lagipun, dia mahu pastikan dahulu siapa yang boleh dia percayai sekarang ini.

"Hisy, sejak banduan tu balik ... Macam-macam pulak aku dengar. Sekarang ada pondok rahsia dalam hutan, esok lusa entah apa lagi yang nak jadi dekat kampung kita ni!" Bakri menuduh melulu. Puntung tembakaunya sudah dibuang ke tanah dan dipijak lumat.

***

"Makanlah, jangan segan ... Aku belanja," pelawa Dani.

Hafiz mengucap syukur di dalam hati. Tidak dia sangka, disebalik kekecewaan gagal mencari kerja, Allah dah aturkan pertemuan dan rezekinya bersama rakan sekolah yang sudah lama tidak bersua.

"Terima kasih, Dani ... sudi jugak kau nak duduk semeja dengan aku ni," ucap Hafiz.

"Apa yang kau cakap macam tu? Kita ni sama-sama manusia, hamba Allah ... tak baik membandingkan diri kita ni. Kau pun tahu aku ni pun bukan sempurna. Asyik kena buli saja," balas Dani.

Hafiz sekadar tersenyum.

"Kau pakai kemeja dengan seluar slack ni nak ke mana? Kau kerja apa sekarang ni? Ada beg fail pula tu." tanya Dani.

"Itulah ... aku pun tak tahu nak ke mana. Aku sebenarnya tengah cari kerja. Tapi ... dah macam-macam tempat aku cuba, semua pun tak bagi can. Mungkin sebab rekod aku, diorang tak boleh terima aku." beritahu Hafiz.

"Ohh, ingatkan kau ni jurujual insuran tadi. Hehee," Dani mengangguk selamba mendengar kata-kata Hafiz itu.

"Hoi, patutlah aku terhidu bau busuk! Rupanya betullah bangkai ni dah keluar." Hafiz menegakkan duduknya mendegar suara herdikan di belakangnya itu.

"Hah? Bangkai dengan bab* gemuk senantiasa bersama sejak zaman sekolah. Patutlah bau semakin kuat! Hahahaa!"

"Abaikan sajalah ..." bisik Dani kepada Hafiz yang cuba menenangkan wajahnya.

"Kau pura-pura nak abaikan? Hei, gemok. Kau jangan ingat aku lupa apa yang kau dah sailang. Aku boleh buat tunang kesayangan kau tu benci dengan kau, sampai kau dengan dia tak jadi kahwin, tau tak?" ugut lelaki itu. Dani sekadar mempamerkan wajah biasa walaupun di dalam hati sudah resah gelisah.

"Ezwan ... kau ni masih macam dulu, kan? Asyik nak tunjuk kuat depan orang yang lemah dari kau. Nak mengugut itu ini. Come on lah, dah dewasa ni ... bawa-bawalah berubah." tegur Hafiz sambil tersenyum meleret.

"Heh? Berubah? Kau tu yang sepatutnya bertaubat. Dah bunuh orang sampai meringkuk dalam penjara, ada hati nak betulkan orang!" balas Ezwan dengan wajah bengis.

"Aku dah laluinya, Ezwan. Perubahan aku dah berputar tiga ratus enam puluh darjah. Tapi, kau tu ... masih macam budak kecil. Mengugut orang, mengata orang ... langsung tak berubah." Hafiz semakin berani membalas.

Buk!

"Setan, kau memang kurang ajar!" Ezwan yang termakan provokasi Hafiz lantas melayangkan penumbuknya.

"Ya, Allah. Hafiz ... Ezwan!"

*
*
1095
13 November 2019
13:28
*
*

Diari Hati MandatoriWhere stories live. Discover now