DHM - 2 -

278 27 0
                                    

"Hariz!"

"Ya?" Hariz mendengus geram apabila namanya dipanggil kasar.

Cik Milah berjalan mendekati Hariz yang sedang menyusun beras di kedai runcitnya.

"Kau ada ambil stok gula aku ke?" tanya Cik Milah sambil memandang wajah Hariz dengan tidak puas hati. Selalu kalau ada barangan kedai runcitnya yang kurang, pasti Hariz lah yang mengambilnya.

"Ada, gula dekat rumah tak ada. Ibu pesan pinjam Cik Milah, nanti potong gaji Hariz saja. Masa tu Cik Milah tak ada," akui Hariz. Dia menyambung saja kerja menyusun beras. Bukan dia tidak biasa.

"Kau ni, berapa puluh kali aku nak pesan? Kalau nak ambil barang aku, minta izin dulu! Kau tahukan stok gula tu Cik Rose nak guna buat kuih? Dia dah pesan sepuluh kilo, sekarang tinggal sembilan kilo ... larilah pelanggan aku ni pada kedai Mamu tu nanti, hish!" marah Cik Milah lagi. Kepala Hariz ditolak-tolaknya.

"Bodoh, bodoh, bodoh! Memang dasar kau eh, aku bagi kerja, kau pula asyik nak mengambil barang aku saja! Lari pelanggan aku lepas ni nanti siap kau."

Hariz menelan liur pahit. Kemarahan Cik Milah memang ada benarnya. Memang dia salah kerana mengambil tanpa kebenaran semasa Cik Milah tiada, tetapi itu semua pasti akan dibayar bila hujung bulan nanti. Entah mengapalah Cik Milah tidak mahu bersimpati kepada dirinya dan keluarganya.

"Saya minta maaf, Cik Milah. Potonglah saja gaji Hariz nanti." kata Hariz lembut.

"Aku dah tak tahan, tiap kali barang rumah kau kurang saja kau ambil stok dari kedai aku. Kau ingat kedai ni apa? Bapak kau punya? Kau ingat aku ni baik hati nak sedekah amal jariah pada kau?" tempelak Cik Milah lagi.

"Cik Milah jangan melampau! Saya tak nak kurang ajar pada Cik Milah. Ya, saya salah ... saya minta maaf. Tapi saya tak lari mana, hujung bulan ni Cik Milah boleh potong gaji saya." Hariz cuba mempertahankan diri.

"Setakat gaji kau tu mana cukup nak bayar stok aku yang kau dah bawa balik sebelum ni? Itu belum kira hutang-hutang arwah bapak kau pada kedai aku ni. Sampai mati pun kau kerja kat sini belum habis lagi hutang tu tau!" Cik Milah mula meroyan gila. Sampaikan orang yang telah tiada pun disebut-sebut.

Hariz mendengus geram. Beras yang sedang disusun ditinggalkan. Dia lantas berlalu meninggalkan perempuan gila meroyan itu di dalam kedai sendirian. Basikal tua yang tersadai dikayuh dan dibawa pulang ke rumah.

"Hei, budak bodoh! Kerja kau tak siap, sampai mati pun kau akan jadi hamba kepada hutang keluarga kau!" jerit Cik Milah. Dia tidak peduli dengan mata-mata yang melihat tempelaknya. Puas hatinya mengerjakan Hariz.

Hariz menepis air mata yang sedari tadi bertakung di dalam kedai runcit Cik Milah. Dia mengayuh saja basikalnya dengan pantas ke simpang menuju rumahnya. Sampai sahaja di tangga, Hariz pantas memanjat dan masuk ke biliknya. Basikal tua milik arwah bapanya dibiarkan tersadai di bawah tangga.

"Hariz," panggilan lembut ibunya juga diendahkan.

Suriati mengeleng kepala melihat anak terunanya yang membawa diri di dalam bilik. Hariz dilihatnya menangis sambil memeluk lutut.

"Hariz .., Cik Milah marah Hariz lagi ke?" tanya Suriati kepada anak terunanya yang berusia lapan belas tahun itu.

Hariz tidak menjawab sebaliknya menyembunyikan wajah di sebalik tapak tangan.

"Hariz sabar sajalah ... kita banyak berhutang pada Cik Milah. Kita kena selesaikan hutang-hutang tu. Kesian abah di alam sana, amalnya tergantung kerana hutang," pujuk Suriati sambil mengosok tangan Hariz.

"Ibu ... kenapa kita ni miskin dan hina ibu? Apa salah Hariz, ibu?" Hariz meluahkan isi hati kepada ibunya.

"Hariz sabarlah .., Allah bagi kita ujian berat sebab Allah tahu Hariz kuat menempuhi ujian ni,"

"Semua ni sebab abang! Sebab abang abah meninggal, sebab abang orang kampung bencikan kita ... Hariz benci abang! Kalau dia ada, Hariz nak bunuh dia!" nyata Hariz dengan nekad.

Suriati sekadar mendengar pilu. Tidak mahu menambah minyak ke dalam api yang marak. Dan dia tidak mahu menambah luka pada hati yang lara.

***

"Ustaz, siapa tu?" bisik-bisik suara orang kampung bertanyakan gerangan manusia yang sedang melaungkan azan itu. Suara lelaki itu sungguh merdu memanggil umat di sekitarnya untuk menunaikan solat asar.

Hafiz terus sahaja melaungkan azan. Dia tahu, waktu asar telah lima minit berlalu namun tiada siapa yang melaungkan panggilan agung itu. Tanpa membuang masa Hafiz mencapai mikrofon dan melaungkan azan.

Rata-rata penghuni kecoh melihat gerangan asing itu. Bukan pula mereka senyap sambil menjawab laungan azan, sibuk pula mereka memerhatikan Hafiz.

Selesai azan, Hafiz berdoa. Dia kemudian menoleh mencari-cari kelibat imam yang bakal mengetuai jemaah surau kecil itu.

"Kau! Hish, tak mahu aku jemaah bersama kau!"

"Penjenayah rupanya!"

"Ahli neraka dah balik,"

Hafiz diam. Walaupun perit didiamkan sahaja kata-kata itu. Beberapa ketika kemudian imam surau muncul dan mengetuai solat jemaah. Hafiz yang terasa akan sikap ahli-ahli surau itu berundur dari barisan hadapan. Dia lantas mengambil tempat paling belakang dan turut tumpang solat berjemaah.

"Allahu akbar,"

***

"Raimi, janganlah ... ish!" Hawa cepat-cepat berjalan meninggalkan Raimi yang tergedik-gedik menghalang jalannya. Hati berdebar-debar apabila bertemu pemuda itu. Bukan kerana cinta, tetapi lebih tepat Hawa takutkan Raimi.

"Hawa, tunggulah ... abang nak sembang-sembang ni," pujuk Raimi anak ketua kampung di situ yang sering menganggu Hawa.

Hawa melebarkan lagi langkah kakinya. Bukan dia sombong, tetapi mengetahui perangai Raimi, lebih baik angkat kaki cepat. Raimi adalah seorang kasanova. Mana-mana gadis di kampung itu telah ramai menjadi mangsa Raimi.

"Hawa, makin Hawa lari ... makin suka abang kejar," Raimi masih cuba mendapatkan gadis itu. Sejak dahulu Hawa ialah gadis idamannya. Namun Hawa sering saja menolak lamaran keluarganya yang menyebabkan Raimi patah hati dan menjadi kasanova.

Hawa semakin gerun. Pantas sahaja kakinya melangkah. Rasa ingin pecut, tetapi takut jika Raimi cuba mengasarinya pula. Pernah suatu ketika dulu Hawa menampar pipi lelaki itu, dan dia nyaris kehilangan maruah diperkosa oleh Raimi!

"Hawa ..," Raimi pantas memintas lagi laluan gadis itu.

"To-tolong ... saya takut," Hawa menyusun sepuluh jari.

"Nak takut apa? Abang bukan nak ngap Hawa ... hari siang lagi ni," Raimi selamba sambil tersenyum sinis.

"Tolonglah ... saya nak balik rumah ni. Nak cepat," Hawa cuba mengelak ke kanan namun Raimi pantas mendabik.

"Nak cepat ke mana? Bukannya Hawa ada suami dekat rumah tu, lainlah kalau abang jadi suami Hawa ... dengan senang hati abang escort sayang,"

Hawa nyaris terjeluak namun ditahankan hati. Dalam hati dia berdoa agar Raimi cepat mati, sila meninggal, tak hinggin nak dijadikan suami.

"Tolonglah .., saya nak cepat. Nanti abah marah saya," rayu Hawa lagi.

"Kejaplah .., bagi abang borak-borak dulu dengan sayang. Abang akan pastikan orang tua tu tak marah sayang," paksa Raimi lagi.

"Tapi," Hawa buntu. Bagaimana lagi dia mahu mengelak gangguan makhluk durjana di hadapannya ini?

"Kejap je, ya?"

"Hoi, kalau dah orang tak mahu tu tak payahlah paksa. Buat malu saja. Pergi baliklah," sapa satu suara garau di belakang mereka.

Hawa dan Raimi sama-sama menoleh.

*
1105
12 Januari 2019
19:23
*

Diari Hati MandatoriWhere stories live. Discover now