+++
Sejak hari itu Taera terus menjauhkan diri daripada Jimin. Hal ini membuatkan Jimin sakit hati. Dia tidak sepatutnya berkata begitu pada tempoh hari itu. Dia menyesal sangat. Sangat menyesal.
"Kenapa muka masam saja?" Tanpa diundang Neeyeon bertanya demikian. Jimin menatap sendu ke arah Neeyeon.
"Sebab Taera kan?" Tanya Neeyeon sekali lagi. Jimin hanya mengangguk.
"Tulah aku suruh kau ubah sikap kau itu, tapi kau tak nak dengar. Sekarang kau keseorangan di sini. Tiada orang nak layan kerenah kau lagi," Nasihat Neeyeon.
"Ye aku tahu! Aku menyesal ok!!" Jerit Jimin dengan geram.
"Kau nak tahu?"
"Apa?!" Jerit Jimin lagi.
"Dari tadi asyik menjerit, seperti perempuan sedang period kau ni," Perli Neeyeon.
"Aku baling kau ke Sungai Han nak?!" Ancam Jimin.
"Kalau kau baling aku bagi tahu Tae oppa,"
"Taetae hyung tu bukan kekasih kau!"
"Excuse me, aku dengan Tae oppa sudah officially menjadi kekasih sejak minggu lepas ok," Dengan riak sombong dia berkata.
"WHAT THE F--"
"Park jaga mulut kau tu! Kau cili mulut kau nanti!" Belum habis Jimin mengumpat Neeyeon dengan cepat mencelah. Jimin hanya mampu mendengus.
"Kau sebenarnya suka tengok aku sedang menderita sekarang kan?" Tiba-tiba Jimin menanya soalan yang tidak logik.
"Kau gila ke?" Neeyeon mengerutkan dahinya.
"Aku datang sini nak bagi tips cara memujuk Taera tapi kau tak berminat jadi aku pergi dulu," Neeyeon terus beredar dari tempat itu.
"Tunggu!"
---
"Oppa kita nak pergi mana ni?" Tanya Taera lagi untuk kali yang kelima. Dari tadi Taehyung tidak menjawab soalannya.
"Nanti oppa beritahu dengan Taera, hari ini Taera ikut saja arahan oppa," Taera mengangguk malas.
Beberapa minit mereka berjalan akhirnya mereka sampai di destinasi yang ingin ditujui. Sungai Han.
"Oppa buat apa kita kesini? Jangan kata oppa nak jogging dengan Taera, Taera malaslah," rengek Taera.
"Adalah," Taehyung memandang ke semua arah dan akhirnya menjumpai sesuatu di sana.
"Chagiya!" laung Taehyung. Orang dipanggil chagiya tadi terus kesini dengan peneman di sampingnya.
"Tae oppa!" jerit Neeyeon dengan manja lalu memeluk Taehyung.
"Rindu dengan oppa ke?" goda Taehyung.
"Mestilah rindu! Oppa asyik sibuk dengan kuliah sampaikan mesej yang Neeyeon hantar tak di balas," ajuk Neeyeon.
"Maafkan oppa chagiya, hari ini oppa luangkan masa bersama dengan chagiya nak?"
"Nak!Nak!" Jawab Neeyeon seperti budak kecil diberi gula-gula.
"Dari tadi aku tengok drama yang tidak bermutu," Perli seseorang. Bukan Taera melainkan Park Jimin.
"Hyung tahu kau cemburu sebenarnya,"
"Mana ada aku cemburu!"
"Oppa jom kita berjalan sekitar sungai Han nak?" Taehyung mencubit pipi kekasihnya dengan geram.
"Okay chagiya, Jimin jaga adik aku," Taehyung dan Neeyeon meninggalkan mereka berdua di situ.
Jimin memandang ke arah Taera.
"Apa?" tanya Taera dengan dingin. Jimin hanya tersengih macam kerang busuk.
---
Hanya bunyi air di Sungai Han memenuhi keheningan antara mereka berdua. Tiada kata yang hendak dikeluarkan. Kedua-dua ego untuk memulakan percakapan.
"Taera," dengan perlahan Jimin memanggil Taera. Taera menoleh ke arah Jimin.
"Maaf," Satu perkataan keluar dari mulut Jimin.
"Untuk?"
"Bersikap keanakan terhadap kau, aku sepatutnya biarkan kau bebas melakukan apa sahaja tapi aku mahal mengongkong kau selama ini. Aku takut kau akan menjauhkan diri dari aku kalau kau mendapat kawan baru nanti. Jadi aku sentiasa mengawasi kau di sekolah.
Tapi aku salah, terlebih mengongkong kau . Bukan sebab kau menjauhkan diri dari aku tapi hati kau hancur sebab kelakuan aku. Hati kau sakit dengan aku. Taera aku betul-betul minta maaf. Aku sebenarnya sangat mencintaimu Taera," Ucapan yang diluahkan oleh Jimin menyebabkan Taera bertindak memeluk Jimin.
"Maafkan aku, maafkan aku. Aku tidak perasan yang kau mencintai aku. Aku ingatkan kau bermain dengan kata-kata cintai kau terhadap aku," Air mata Taera terus mengalir.
"Park Jimin mungkin suka bermain dengan kata tapi kalau tentang cinta Park Jimn tidak pernah menipu," Jimin mengelap air mata Taera. Kemudian mendekatkan mukanya ke arah Taera lalu...
Chuppp
Bibir mereka bertembung. Taera hanya mampu memejamkan mata menikmati ciuman yang diberi Jimin. Tiada lumatan hanya ciuman cinta yang ikhlas daripada hati Jimin.
"Saranghae Park Taera,"
"Saranghae too Park Jimin,"
---
Manakala Neeyeon dengan Taehyung sedang memakan ice cream tidak beberapa jauh daripada tempat Jimin dengan Taera.
"Oppa baguslah rancangan kita berjaya," Neeyeon asyik memandang ke arah Jimin dan Taera sedang berpelukan mesra.
"Ya chagiya tapi oppa risau dengan Taera,"
"Kenapa?"
"Chagi tahukan Jimin tu gatal. Mana tahu dia ambil dara Taera sebelum mereka kahwin nanti,"
"Aku mengaku Jimin itu memang gatal, tapi aku percaya Jimin akan tunggu malam pertama mereka nanti selepas mereka kahwin,"
"Kenapa chagiya yakin sangat? Kita mana tahu apa yang berlaku antara mereka berdua,"
"Rahsia," Neeyeon mengecup bibir taehyung sekilas.
"Chagiya bagitahu dengan oppa! Chagiya! Chagiya!"
The End
YOU ARE READING
[C]Miss Coldhearted [PJM]
Teen Fiction[Kisah antara puteri ais dan putera idaman] Cover by @itzmepotatoes ⓒ2018