Chapter Seventeen

96 14 7
                                    

+++

"Park Jaehyun sudikah anda mengahwini Kim Taeyeon sebagai isteri anda, menjaganya apabila sakit,menerima kekurangannya, menyayanginya sepenuh hati dan setia untuk selamanya?"

"Aku Park Jaehyun sudi mengahwini Kim Taeyeon sebagai isteri aku."

"Kim Taeyeon sudikan anda mengahwini Park Jaehyun sebagai suami anda, menjaganya apabila sakit,menerima kekurangannya, menyayangi sepenuh hati dan setia untuk selamanya?"

"Saya Kim Taeyeon sudi mengahwini Park Jaehyun sebagai suami saya."

"Pengantin lelaki sila memberi ciuman kepada pengantin
perempuan."

Chupp

"Dengan ini kamu berdua pasangan suami isteri yang sah."

Tepukan gemuruh memenuhi tempat itu, di mana ayah Taera dan ibu baru saja sah menjadi pasangan suami isteri. Taera terharu akhirnya ada seseorang mencintai ayahnya menerima dirinya sebagai anak kandung, tanpa sedar mutiara kecil menitis daripada kelopak indah Taera.

"Taera kau tak apa-apa?"

Neeyeon perasan bahawa kawan baiknya menangis. Ini pertama kali Taera menangis di depan matanya untuk sekian lama.

"Aku tak tahu kenapa aku menangis hiks..tapi aku okey saja hiks..." Air mata Taera terus mengalir.

"Sabarlah ini tandanya kau menangis gembira kerana ayah kau telah berkahwin dengan seseorang dia cintai seperti eommamu."

Neeyeon memeluk Taera lalu mengusap belakang Taera dengan lembut.

"Apa itu menangis gembira? hiks..hiks...Sejenis penyakit ke?"

"Tak kawan baikku, satu perasan hadir daripada hati kau itu." Neeyeon menunjukkan ke arah dada Taera.

"Tapi ini jantung bukan hati hiks..hiks..."

Neeyeon hanya menepuk dahi. Tak sangka kawan baiknya ada juga bahagian bodoh daripada dirinya.

---

"Tahniah, akhirnya kamu berdua berkhawin juga aku tunggu kau berdua sejak dari sekolah menengah lagi untuk menghadiri majlis perkhawinan kamu berdua." Kata ibu jimin.

"Kau ini aku jatuh cinta dengan orang lain begitu juga isteriku kan sayang?"

"Ya Minji aku jatuh cinta dengan suami aku walaupun dijodohkan oleh orang tuaku."

"Hmmm yelah aku mengalah, aku tumpang gembira untuk kamu berdua, jangan lupa bagi anak buah kepada aku okey."

"Kalau ada rezeki." Jawab ayah Taera manakala ibu baru Taera hanya tersipu malu.

"Aku nak perkenalkan anak aku ini, tunggu kejap--PARK JIMIN DI MANA KAU?! EOMMA NAK JUMPA KAMU SEKARANG JUGA! KALAU TAK EOMMA BAKAR BOXER KAU NANTI!" Jerit ibu Jimin.

"Eomma jangan malukan jimin!"
Jimin merengek. Jimin terus menutup mukanya apabila menuju ke arah ibunya menjerit memanggil namanya.

"Ada eomma kisah, ini anak aku Park Jimin. Jimin sila beri hormat kepada kawan baik eomma."

"Annyeong uncle dan aunty, Park Jimin imnida!" Jimin memberi tanda hormat.

"Minji dia sebiji dengan kau dulu semasa remaja. Manja sangat
hehehe." Taeyeon mengusik Minji.

"Well anak aku nak buat macam mana, tahu main game kerja dia kat rumah bukannya nak tolong aku buat kerja rumah, kalau disuruh mengadu sakit perut lah, sakit kepala,sakit kaki dan blablabla..."

Ibu Jimin terus mengomel. Jimin pula bertambah malu mendengar omelan ibu kesayangannya, tanpa mereka sedar Taera, Neeyeon dan Taehyung menuju ke arah mereka.

"Tahniah aunty dan uncle atas perkahwinan anda!" Neeyeon mengucap dengan girang.

"Tahniah appa eomma taetae tumpang gembira untuk perkahwinan eomma dan appa!"

"Terima kasih sayang, tae baby."

"Taera pula tak ucap tahniah kepada appa dan eomma ke?"

"Appa,eomma tahniah atas perkhawinannya,Taera gembira akhirnya appa jumpa kebahagiaan appa."

Taera menangis lagi dengan memberi senyuman yang sangat indah terukir di bibirnya. Ibu bapa Taera terkejut dengan reaksi Taera.Ibu bapa taera gembira akhirnya anak kesayangannya tersenyum semula untuk sekian lama. Taehyung juga begitu.

"Anak appa akhirnya tersenyum semula seperti dulu hiks.."

"Eomma pun gembira anak eomma senyum kepada eomma hiks..hiks.."

"Tak sangka senyuman saeng indah sekali huhuhu..."

Mereka berempat berpelukan sambil menangis gembira.

Jimin memberi reaksi sama, sangat terkejut. Jimin paling parah sebab senyuman Taera seindah matahari yang terbit. Jimin hampir pengsan melihat senyuman Taera.

Tuhan jangan bagi aku mati dulu disebabkan senyuman indah dia...

+++

[C]Miss Coldhearted [PJM]Where stories live. Discover now