BAB: 1

920 13 0
                                    

Kedengaran keriuhan di sekolah rendah melayu parit umang. Pelajar cuba melarikan diri. Anak-anak muda kampong membantu pelajar yang kecil untuk melarikan diri. Semua pelajar lari menjauhi kawasan sekolah.

“ cepat, cepat!!! Pergi bersembunyi…cepat!!” terdengar teriakan suara Helmi daari jauh mengarahkan semua pelajar dan guru untuk bersembunyi. Sungguhpun kekurangan asas keselamatan, namun pemuda kampong yang sasa dan hitam manis tersebut sentiasa mengadakan sesi keselamatan seperti bersembunyi dan sebagainya untuk semua penduduk kampong.

Helmi melihat anak jam di lengannya. Satu senyuman yang manis terukir dibibirnya. Suatu riak wajah yang menunjukkan kesyukuran jelas terpapar pada wajahnya. Senyuman manis nya semakin memanjang apabila melihat kelibat Fatima.

Fatima, guru kampong tersebut yang muda setahun dari Helmi. Fatima berdarah kacukan Inggeris dan melayu. Setelah tamat belajar di tanah inggeris, Fatima pulang untuk membangunkan anak bangsanya yang mundur dari pendidikan. Ibunya  Mak hisa adalah  sebilangan kecil guru yang berbangsa inggeris di bawa ke tanah Ariami, manakala ayahnya Pak abu adalah seorang doctor yang telah berkhidmat untuk tentera inggeris di tanah Ariami hamper dua puluh dekad. Sungguh datang dari keluarga yang kaya, namun keperibadian Fatima sangat senang di kelilingi orang kampong.

‘phritttttttttttt….!!!!!’. Satu siulan wisel telah ditiup oleh Helmi menunjukkan sesi latihan keselamatan telah tamat. Kelihatan kelibat pelajar keluar dari tempat persembunyian asal. Riak pelajar dalam keadaan penat selepas beberapa minit berlari dan bersembunyi di sekitar belukar dan ruang bawah tanah yang disediakan oleh penduduk kampong. Kelihatan silauan air-air peluh menitik disetiap wajah pelajar dan guru. Panas matahari menarik setiap mata pelajar untuk tertutup kecil.

Helmi tersenyum puas melihat peningkatan masa untuk pelajar bersembunyi dan lari dari bahaya.
Sesi keselamatan di kampong dan sekolah telah di titik beratkan oleh pihak inggeris kerana dikhuatiri akan berlaku peperangan dari pihak jepun akibat salah faham semasa rundingan perniagaan import dan eksport dengan pihak inggeris. Hampir 5 tahun Jepun mendiamkan diri dari perundingan dengan mana-mana pihak inggeris. Inggeris telah menghantar beberapa orang mereka untuk berada di jepun, namun tiada perkhabaran pulang dari mereka. Wujud ketakutan dalam diri pihak inggeris akan keadaan Jepun mendiamkan diri, maka pelbagai sesi latihan perang dan persembunyian telah diadakan di dalam setiap kampong.

“Fatima, kau tengok helmi tu, tadi masa budak berlari, dia perhati je kau. Aku syak dia minat kat kau” Aireen berseloroh sambil mengemas buku yang bertaburan di meja.
Fatima hanya menggelengkan kepala. Senyuman diukir dibibirnya. Bibirnya yang bersaiz sederhana dengan hidung yang mancung dan kecil serta bermata coklat muda menjadikan Fatima antara pemudi yang menjadi bualan orang kampong. Aireen dipandang Fatima dengan senyuman. Aireen hanya menggelengkan kepala melihat telatah rakannya yang sama belajar di kolej dahulu.

“Aku tak faham dengan kau Fatima. Dulu masa kolej, banyak lelaki nak berkenalan, nak ajak kawen, nak jadi buah hati. Semua lelaki tu bijak, kacak, kaya. Kalau aku sudah menjadi teman hidup, malah sekarang sudah punyai anak 3 4 orang”. Aireen berkata dengan suara keluhan dari hatinya. Fatima hanya mengangguk setuju namun tiada kata yang diungkapnya.

Fatima tahu umurnya meningkat dan telah sesuai untuk menjadi isteri orang. Namun hatinya tidak berkenan dengan sesiapa yang mendekatinya sebelum ini. Helmi dilihatnya sebagai pemuda kampong yang berani dan bijak. Namun tiada putik perasaan di mata Fatima apabila melihat helmi. Hati Fatima masih kosong dan tujuannya sekarang hanya mahu melihat anak bangsanya bangun dari kemunduran.

“assalamualaikum cikgu” Sapaan azmi yang masih berpeluh selepas berlari sambil membawa sekeping nota kecil.

“ walaikum salam azmi. Kenapa awak tidak berada dalam kelas?” Fatima bertanya sambil mengukirkan senyumannya.

“abang helmi sampaikan nota kepada cikgu Fatima”. Sambil memberikan nota kecil di tangannya kepada Fatima.
Fatima melihat pada Aireen sambil menunjukkan riak wajah yang keliru dan tersenyum dengan menggangkatkan keningnya. Nota di ambil dan Azmi terus berlari anak menuju ke kelas nya.

“ Is that love letter honey..??” Aireen berseloroh ketawa dan berlalu pergi ke kelasnya sebelum anak muridnya menjadi anak orang utan dalam kelas. Fatima hanya menggelengkan kepala dan nota dibuka di tangan nya yang putih dan halus.

Cikgu Fatima,
Terima kasih atas kerjasama hari ini. Sampaikan Salam kepada Cikgu Hisa dan Dr. Abu
HELMI.

Nota yang ringkas penuh tanda hormat terhadap dirinya dan ibu bapanya. Fatima melipat kemas nota tersebut dan berlalu pergi menuju ke kelas.

Teratak HatiWhere stories live. Discover now