Bab 9

374 8 2
                                    

Ema POV

' mana dia ni'.
keluh kesah hati fatima menunggu natasha keluar dari rumah.
Disingkapnya tingkap dari bilik, mencari kelibat natasha.
Perasaan rindu semakin mendalam apabila natasha jarang memunculkan diri di rumah mahupun setiap pagi fatima ke sekolah.

'Lama sangat tak jumpa, baik aku yang pergi rumah dia'
hati fatima berbisik sendirian.
Dicarinya alasan yang munasabah untuk berjumpa dengan jiwa yang telah lama dia rindui.

" Mak, Dr Natasha tak datang rumah ke?"

"Semenjak kau balik, tak pulak mak tengok dia kat sini. Waktu kau kat London haritu, selalu mak tengok dia bermain basikal, berborak dan lepak dengan helmi tu. Lagipun mak tengok makin rapat dia dengan helmi. Orang kampung pun dah berkata-kata tentang mereka. Natasha cepat je sambar Helmi tu" Mak siah berseloroh.

Berkerut wajah fatima mendengar bibit ayat ibunya. Takkan seminggu Helmi dah beralih arah. Takkan seminggu mereka dah bercinta. Takkan Natasha tak ingat wajah fatima. Ada peluang lagikah fatima untuk mendekati natasha. Pelbagai soalan yang timbul di hati fatima. Namun satu yang terdetik dihatinya, dia tidak mampu untuk menyatakan kebenaran.

HELMI POV

Makin lama, semakin rindu rasa hatinya terhadap Fatima. Sejak Fatima balik, fatima langsung tidak memberi perhatian terhadapnya. Yang keluar persoalan di mulut fatima adalah tentang Dr Natasha. Perasaan iri kadang-kadang muncul. Bukan sahaja fatima yang sering bertanya, malah Dr Natasha dilihatnya semenjak ini asyik melihat tingkap dan ruangan rumah fatima, begitu juga fatima. Kalau nak berjumpa, pergi laa rumah. Bisik hati Helmi. Itu lah yang perlu Helmi hadapi, kedua-dua wanita itu sentiasa bertanyakan khabar melalui nya. Padahal kampung ini kecil, kenapa sukar nak berjumpa.

____________

Fatima mencari baju yang sesuai untuk aktiviti yang bakal dianjurkan pihak british di sekolah. Aktiviti mengeratkan hubungan sesama kampung dikatakan. Kemungkinan besar dia akan bertemu dengan jiwa yang dirindui nya, Natasha. Aktiviti ini meliputi keseluruhan orang kampung. Baju biru, ungu, hijau, merah dipilih berhati-hati.

" cantik nya baju ungu ni fatima, baik kau pakai baju ni, sesuai dengan kulit kau yang cerah" kata mak siah melihat anaknya kebingungan.

"Mak, saya ni nak pergi sekolah je, tak perlu la cantik kan" balas Fatima.

"Kot ada yang berkenan. Kau tengok la Helmi pun dah dengan Dr Tasha" Ujar maksiah.

Fatima membiarkan maknya membebel. Akhir sekali dia memilih baju hitam, kerana telah pudar hatinya mendengar cerita Natasha dan Helmi yang semakin rapat.

Tepat jam 10 pagi, kedengaran hon dibunyikan menunjukkan kedatangan gabenor british di sekolah. Semua penduduk berkumpul di padang sekolah dan bertepuk tangan apabila gabenor naik ke atas pentas.

Sepintas berlalu, kelibat Natasha dari jauh dilihat fatima. Natasha berbaju hijau, mengikuti gabenor dari belakang. Teringat peristiwa belakang pentas di minda fatima. Fatima tersenyum seorang diri.

'Kalau ada jodoh, kita akan bercakap lepas ni Natasha' bisik hati fatima.
Sepanjang aktiviti hari tersebut, mata fatima hanya melekat pada Natasha. Tidak dihiraukan apa yang berlaku, ucapan yang penting, yang hanya dimata dan dihati fatima adalah Natasha yang menggunakan kaca mata hitam duduk bersama barisan bangsanya sendiri.

-----------------------------------------

Natasha perasan ada mata-mata yang melihatnya dari jauh. Perasaan tidak keruan menjadi-jadi dihatinya. Dilihatnya segenap manusia yang hadir . Syukur menggunakan kaca mata hitam, jadi anak mata nya bergerak tidak diketahui ramai.

Setelah beberapa minit, terpana hati Natasha melibat fatima memerhatikannya jauh di sana. Maka tidak membuang masa, Natasha memandang fatima melalui kaca mata hitamnya. Tidak diketahui fatima, mereka memandang sesama sendiri.

Fatima disuruh untuk memberi penerangan kepada para penduduk tentang keselamatan dan penggunaan barang asas semasa perang. Natasha pula disuruh untuk memberi ceramah tentang asas pertolongan cemas. Masing- masing sibuk pada khemah mereka sepanjang hari. Usai waktu rehat, fatima pergi mencari tempat yang sunyi untuk makan tengahhari. Tidak di sedarinya, Natasha mengikutinya dari belakang.

Fatima duduk dan mula makan makanan yang disediakan. Ayam kicap, daging panggang, sayur kacang menu utama pada hari tersebut.

"Hai, fatima" terbatuk fatima mendengar suara yang dirinduinya.

"eh, nah air" Natasha menghulurkan botol mineral kepada fatima.

Fatima minum sedikit dan menelan makanan dan minumannya. Natasha duduk sebelah fatima dan membuka bungkusan makanannya.

"Boleh kan saya duduk sini" Tanya Natasha.

"Dr ... dah duduk kan...takkan saya nak halau" seloroh fatima yang makin berdebar hatinya.

Kedua-duanya makan dengan  senyap. Makanan tidak dapat dirasa, yang dirasa keduanya adalah degupan jantung.

"Errr, Dr, saya dengar Dr ada hubungan ke dengan Helmi?" pertanyaan yang keluar dari fatima.

Natasha terbatuk. Di ambilnya botol air fatima, dan diminumnya air fatima. Tersedak mendengar soalan Fatima. Takkan Fatima tengok dia tadi sebab iri hati melihat dia dengan Helmi.

"Eh .., mana awak dapat cerita merepek ni".sambil natasha ketawa.

"orang kampung...." Fatima melihat
Natasha dengan kekeliruan.

" Eh, tak lah...saya ni tak ada perasaan pun dengan Helmi. Tak pa, jangan risau, Helmi saya tahu, sudah berpunya. Saya takkan ambil buah hati orang" Jelas Natasha dalam nada mendatar. Natasha tersenyum kepada fatima. Senyuman dibalas. Kedua-duanya bertentangan mata.

"Natasha, ....ermm....saya nak tanya soalan.." ujar fatima teragak-agak.

"Untuk awak, saya sanggup dengar semua soalan" jelas Natasha senyuman terukir.

"Di London..."
bersambung..
---------------------------------------------------------

Yallsssss....Hahahhahahaa
Update laterrr....
Late Update salahkan Jiwa ini.
These few weeks, pelbagai peristiwa berlaku.

So i had to entertain my baby.
She is emotional expressive person.
Her hormones sometimes is my bestfriend, sometime is my annoying things..But..She is my baby..and everything about her is my everything...

later..

Teratak HatiWhere stories live. Discover now