BAB 11

345 11 2
                                    

Terpampang wajah kebahagiaan antara dua hati yang bertaut. Ema dan Natasha. Setelah hampir putus asa dalam mencari cinta hatinya, kini semuanya membuahkan hasil yang lumayan buat Natasha.
Keduanya berjalan, sambil Ema, merangkul penuh tangan Natasha.
"Maaf..." ayat keluar dari mulut Natasha.
Ema keliru. Adakah dia mengguris perasaan Natasha dengan tingkah lakunya.
"Is a word that help me to be with you" senyum Natasha sambil melihat wajah Ema yang comel mengecilkan bibirnya.
Ema tersenyum kegembiraan sekali lagi. Pintu rumahnya diketuk, perlahan tangan Natasha dilepasnya.
Seakan faham budaya dan kesukaran untuk mereka menyatakan kepada keluarga Ema, Natasha menelan pahit kenyataan yang perlu diatasinya.
Mak Siah berada di ruang tamu, Pak Abu tidak kelihatan.
Ema menyapa maknya yang leka mendengar di corong radio.
"...pihak tentera telah berada di beberapa kawasan untuk mengatasi ancaman luar, sila ikut arahan dari pihak yang telah diberi kuasa. Penyelewengan ini boleh menyebabkan...."  terus radio ditutup Mak Siah bila Ema menyapa dari belakang.
"Apa yang berlaku Mak?" Ema bertanya.
"Mak pun tak pasti Fatima. Ayah kau dengan Helmi tadi ada perjumpaan dengan gabenor luar. Eh, Natasha tak ikut sekali perjumpaan?" Melihat kelibat Natasha yang berada di rumahnya.
" Mak, Dr. Natasha bagitahu dia nak belajar budaya dan bahasa lebih, jadi Dr akan tidur sini pada hari-hari yang dia nak belajar" Ema sempat memberi alasan.
"Tidur hari-hari pun tak pe Dr Natasha. Boleh temankan fatima ni kat bilik sesorang" Mak Siah bersahaja.
"Saya pindah sini sahaja Mak cik, banyak sangat benda saya perlu jelajah" Natasha berseloroh.
Ema terbatuk mendengar ayat Natasha. Tahu akan budaya dan kelakuan orang barat yang mempunyai makna lain.
"Ha.....haa....okay Mak, saya masuk bilik dulu" laju kaki fatima jejak ke biliknya.
Tidak lama selepas itu, Natasha masuk dan meletakkan beg bajunya disisi almari fatima. Fatima segera menutup dan menguncikan pintu.
"Apa awak cakap tadi?"
"As you said, i need to learn right...so i am thinking i want to learn by exploring you" tergelak Natasha dengan raut wajah Ema.
"I am gonna melts like candle you know..why are you so hot at sudden?" sambil ema mengipas dirinya menggunakan tangan.
"well...its only for you, my love" jawab Natasha sambil tersenyum.
___________________________________
Malam yang hening menyatukan dua hati yang merindui sesama sendiri. Ema memeluk erat tubuh Natasha, yang membelai setiap uraian rambut Ema. Betapa sayangnya Natasha terhadap wanita yang telah mengambil hatinya dulu sampai sekarang.
Sekarang fikiran mereka ligat memikirkan perhubungan mereka.
Bagaimana nak teruskan. Perlu bagitahu siapa..dan pelbagai soalan lain.
Kedengaran suara Pak Abu di ruang tamu bersama Helmi.
Satu kegusaran pada kedua mereka, kerana yang didengar adalah perkahwinan.

____________________________________
"Selamat pagi sayang.." ujar Natasha melihat kelibat Ema yang bersiap awal untuk ke sekolah.
"Selamat pagi, sayang. Hari ni saya bawakan awak lunch, okay?" jawab Ema sambil mengenyitkan matanya.

"wahhh, did i get a personal chef?" seloroh Natasha.
"No, you got a love and life partner, so be grateful beautiful" sambil memberi ciuman pada bibir Natasha.
Natasha tersenyum melihat telatah berani Ema dari semalam.
Ema keluar dari bilik terus kedapur untuk bersarapan bersama keluarganya. Dilihatnya bersama mereka ialah Helmi yang sedang membantu menyediakan sarapan seawal embun pagi.
"Eh, awalnya kemari Helmi?" Ema bersahaja.
Natasha masuk kedapur dan melihat Helmi sedang senyum terhadap Ema.
"Fatima, Helmi ni bagitahu dia nak buat latihan pepagi ni kat sekolah. Sebab tu datang bincang dengan bapak kau pagi ni, sekali bapak kau ajak dia sarapan" Jawab Mak Siah
"Ha,Dr, mari sarapan sekali" Mak siah melihat kelibat Natasha di pintu dapur. Natasha meluru duduk bersebelahan Ema, kerana tidak mahu Helmi berdekatan Ema.
Helmi duduk di sebelah Mak Siah, dan Pak Abu duduk sebelah Mak siah dan anaknya.
Nasi goreng, ayam goreng berempah serta sambal goreng menusuk kalbu perut mereka. Air teh dan kopi susu menambahkan lagi selera dan aroma pagi hari.
"Ha, Dr, belajar apa laa malam tadi?" Mak siah sambil menjamah makanannya.
Natasha terbatuk semasa menghirup teh panasnya.
"Fuh...panas air teh ni Mak siah..sampai saya terbatuk" jawab Natasha.
"Malam tadi saya suruh dia tanda kat daerah yang orang tak pernah masuk lagi mak" jawab ema selamba.
Natasha terbatuk dengan kuat...sambil di tepuk ema dari belakang.
"Yes, i am..Sampai tertidur saya, sebab penat sangat"
Kali ni Fatima pula terbatuk.
"okay mak, bapak, ke sekolah dulu" sambil bersalam dan meninggalkan meja makan.
"Dr Natasha, sebab awak sudah rapat dengan anak saya, i think you should know this first. We want her to marry Helmi" selamba Pak Abu berkata sambil tersenyum.
Helmi pula terbatuk.
Natasha umpama hilang akal. Baru dikecapi bahagianya, kini akan hilang.
"Congratulations Helmi" jawab Natasha.
"I have to go. See you again Mak siah, Pak Abu" longlai langkah Natasha balik menuju ke rumahnya.

______________________________________
Hati Natasha tidak keruan. Hati Fatima bergirang gembira. Makanan tengah hari yang dibuat fatima adalah nasi putih bersama daging kicap pekat dan sambal goreng serta timun. Air sejuk tembikai diperahnya dari rumah untuk disaji bersama buah hatinya yang tidak senyum sejak dia sampai.
"Kenapa laa ni sayang?" tanya fatima sambil mengusap tangan Natasha.
"I am thinking about my patient and lot of things i cannot handle. And There is a news about communist at certain villages now...and things i cannot handles.." ujar Natasha sambil menekup kedua mukanya.
Pertama kali Fatima melihat Natasha dalam keadaan begini.
"whatever happened, i am always with you, Natasha" sambil memeluk buah hatinya.
"I love you so much..." Dr Natasha menangis dalam pelukan fatima.
Pertama kali...pertama kali...Fatima melihat air mata Natasha jatuh.
____________________________________
"Apa??" suara fatima kedengaran dari ruang dapur.
"Bapak kau dah putuskan hal ini fatima" Mak siah duduk tidak mampu menghadap amarah anaknya yang lemah lembut itu.
"Mak.....Natasha angguk ke?" Ema bertanya.
"Iya" Mak Siah hairan dengan soalan diajukan
Fatima segera masuk ke bilik..menangis tanpa henti...
'tok, tok, tok' ketukan pintu rumah Mak siah kedengaran.
Mak siah segera membukakan pintu rumah.
"Cepat-cepat ambil barang penting, bagitahu fatima sekali" Pak abu bergegas ke biliknya.
Mak siah membuka pintu bilik fatima. Ternyata masih sembap mata anaknya itu.
"Fatima, kemas barang kau, ambil yang penting sahaja" Fatima keliru dan terus menyiapkan apa yang disuruh oleh maknya kerana mengetahui perkara yang tak diingini akan berlaku.
"Bapak, kita nak kemana malam-malam ni?" tanya ema sambil membimbit beg2 mereka dan berjalan kaki.
"Ke sekolah..pihak Jepun sampai ke daerah kita dah..semua orang kampung berkumpul di sekolah untuk elak perkara yang tak di ingini berlaku.
"Dr Natasha?" tanya Fatima.
"Dia yang bagi informasi dan pihak gabenor telah menunggu di sekolah" jelas Pak Abu.
Lega jiwa fatima mendengar penjelasan bapanya.
Sampai di sekolah, ligat mata Fatima mencari kelibat jiwanya. Disebalik orang ramai, berjalan mundar mandir bertanyakan keadaan  orang kampung adalah Dr Natasha. Pekerjaan Dr, namun diumpama sudah menjawat timbalan gabenor. Natasha dilihatnya, sibuk mengendalikan orang kampung bersama beberapa ahli penting.
Fatima segera mengalihkan pandangannya kearah lain, kerana masih sakit dengan kenyataan yang diberikan oleh Mak Siah tadi.
Natasha mencari-cari kelibat Fatima. Risaunya umpama ibu kehilangan anak, umpama esok tidak berjumpa. Dilihatnya kelibat yang dirinduinya sedang mengemas barang di satu sudut. Segera Natasha pergi ke arah Ema dan membantunya.
"Tak pa, nanti saya aturkan. Lagipun Helmi akan datang tolong saya" ujar ema, menahan air matanya.
Terkilan Natasha mendengar ayat ema. Ungkapan dikeluarkannya
"Jaga diri, Ema. Saya sayang awak" Natasha berlalu dengan air mata dan terus mengelapnya takut dilihat orang lain.
Dan ini kali kedua Ema melihat Natasha menangis....

'BOMMMMM'
Letupan kedengaran jauh di luar daerah....

______________________________________
yayayayayaya

yeasss i am updating this story...
dont be mad for late update
the plot already on my mind since the beginning of story
just i don't have a 'not lazy' spirit to write

aha...next chapter will be more advanterous...

4 more chapters guysss...just read and vote.

Teratak HatiWhere stories live. Discover now