Fatima POV
flashback
Sampai hati dia buat aku mcm ni..Dah la duduk dengan perempuan lain, lepas tu bercinta pulak dengan orang lain. Aku dia declare as bestfriend. Aku dah ke hulu hilir dengan dia, siap dia bagi bunga..argh...
Air mata ema jatuh. Mat saleh yang menjadi kekasihnya dijumpai bersama dengan perempuan lain. Bergegas ema lari ke tandas berdekatan dengan pentas teater.
Ema adalah salah seorang pembantu teknikal untuk kumpulan teater. Kerja belakang tabir adalah kemahiran ema, kerana bidang bahasa adalah major dalam pengajiannya. Maka kehadiran ema tidak tetap dan hanya diperlukan sebelum rehearsal ataupun semasa teater berlangsung.
Semakin deras air mata ema jatuh. Di bukannya pintu tandas, syukur tiada orang. Linangan air mata ema deras turun. Hampir lima minit ema menangis. Sudah habis air mata nya. Teringat akan presentationnya selepas ini membuatkan ema berjalan mundar mandir. Anxiety dengan orang ramai terutamanya lecturernya yang strict menjadikan harinya makin buruk.
'what a fucking nice day'...keluh hati ema.
Pintu tandas dibuka. Kelihatan pokok masuk ke dalam tandas. Hijau..kayu warna hijau.??? jelas ternyata dalam hati ema. Pokok hijau melihatnya sambil tersenyum.
'cantik..' hati ema tertaut. Mata hijau wanita tersebut membuat ema tenang sebentar.
"hey...you greenish tree."..alamak..apasal pulak terkeluar tree..aku nak cakap greenish eye.
Wanita tersebut bercakap sesuatu, namun amat sukar didengari ema. Umpama ada tarikan antara mereka bibir bertaut..Ema tersedar dari realiti.
Hanya maaf yang mampu diungkapnya. Gegas ema berlari keluar.
" Ema we are going to take a photo of teater people, take care of the technical props". Arahan terus dari ketua teknikal membuat ema tersedar.