Bab 3

419 14 1
                                    

Parit Umang, sebuah perkampungan yang indah. Luas terbentang padi yang menghijau dengan bauan embun pagi yang segar. Natasha membuka matanya. Lena terulit mimpi rindukan perkampungan di London. Namun keindahan alam di parit umang dengan sinaran matahari pagi yang indah memberi perasaan yang sukar diterjemahkan oleh Natasha.

15 jam perjalanan menggunakan kereta dari pusat Bandar ke perkampungan parit umang memberi keletihan kepada Doktor muda tersebut. Kelesuannya dapat di tutup dengan kecantikan paras wajahnya yang sentiasa berseri dan matanya yang sentiasa jernih kehijauan. Satu tarikan nafas yang dalam di ambil Natasha untuk memberi kesedaran padanya yang dunia nya akan bermula sekali lagi di tempat yang asing. Keluh hati Natasha untuk mengharapkan sesuatu yang indah berlaku di Kampung parit umang ini sebagai kenangan terakhir dia di Tanah Ariami.

“Dr, kita telah sampai ke kediaman doctor” jelas pemandu Natasha yang keletihan dan kelesuan akibat memandu selama 15 jam.

“Baiklah, terima kasih atas jasa dan bantuan awak. Banyakkan berehat dan tidur untuk pemanduan awak seterusnya” Nasihat Natasha sebelum kereta bergerak pergi.

Kelihatan seorang pemuda berbasikal menghampiri kediaman Natasha. Pemuda tersebut turun dengan membawa kunci rumah.

“hello doctor. I am Helmi. I bring your house key” Tegur helmi setelah penat mengayuh basikal dari rumah Dr. Abu.

“ Oh Helmi, saya boleh bercakap melayu. Terima kasih atas bantuan awak. Dimana rumah Dr. Abu? Saya hendak bersua dengan beliau sebelum memulakan tugas saya esok hari” Balas Natasha sambil membuka pintu rumah nya dengan kunci yang diberi Helmi.

“wow, saya tidak sangka awak boleh berbahasa dengan baik, doctor. Kalau boleh, petang nanti saya akan bawak doctor ke rumah dr Abu. Saya harap Dr berehat dahulu kerana perjalanan yang jauh”

Usai Helmi berlalu pergi, Natasha masuk dan mengunci pintu dan membuka tingkap untuk membenarkan cahaya pagi masuk. Keheningan dan kenyamanan udara pagi masih memberi rasa yang nyaman terhadap Natasha. Dilihatnya tilam yang besar dan empuk, tidak mensia-siakan waktu untuk Natasha menyambung tidur kerana hanya tidur ayam di dalam kereta.

'Maaf…………..'

‘Tok! Tok! Tok!’ pintu diketuk berkali kali. Natasha bingkas bangun dari mimpinya. Setelah 7 tahun, baru mimpi yang lama berulang kembali. Jelas kerinduan pada hatinya pada dengan ungkapan kata maaf tersebut.

“Doktor, Doktor. Helmi ni. Doktor..” Laung helmi dari luar yang berpeluh menunggu Natasha sejak 20 minit yang lalu.

“maaf helmi, saya baru terbangun. Berikan saya sedikit masa untuk bersiap”. Natasha bingkas menjawab helmi dan berlalu untuk berkemas.

“Assalamualaikan dr Abu” Salam diberikan oleh helmi dari luaran pintu rumah keluarga dr Abu. Jauh rumah dr abu dengan dr Natasha hanyalah lima minit berjalan kaki. Natasha berfikir dalam hati yang helmi boleh sahaja menunjukkan arah rumah dr Abu, mengapa helmi bersusah payah membantu untuk menemaninya pergi ke rumah Dr senior tersebut.

“Walaikum salam helmi. Good evening dr Natasha. Saya dengar doctor fasih berbahasa?” Pak abu yang berkaca mata dan bertubuh sederhana seusia 50-an menyapa Natasha dengan ramah.

“ Evening Dr abu. Iya, saya fasih berbahasa sejak sampai di tanah Ariami. Parit umang adalah servis terakhir saya di tanah ini sebelum saya dihantar balik” jawab Natasha dengan senyuman.

Dr. Abu membenarkan tetamunya masuk. Helmi melihat sekeliling rumah Pak Abu. Kelibat yang menjadi pujaan hatinya tidak kelihatan. Natasha perasan akan kelakuan Helmi dan hanya menggelelngkan kepala.

“Pak abu, errrrrrr, Fatima ada di rumah?” Tanya helmi sambil tersipu malu. Natasha tersenyum. Akhirnya terjawab juga persoalannya tadi.

“kamu ni Helmi. Fatima baru balik dari sekolah. Kemungkinan nanti dia akan turun untuk membantu ibunya menyiapkan makanan malam. Alang-alang kamu di sini Helmi, dr Natasha, marilah kita makan malam bersama sebagai jamuan selamat datang doctor ke parit umang ini” Ajak Dr Abu terhadap helmi dan Natasha.

“Terima kasih Doktor. Kalau dr sudah ajak, saya tidak menolak” Jawab Natasha sambil memandang helmi.

“Saya pun begitu juga Pak Abu.” Senyuman Helmi penjang ke telinga.

Natasha berborak dengan dr Abu tentang tempat perubatan dan segala perkaitan dengan kelengkapan perubatan yang terdapat di tempat kerjanya. Helmi yang merupakan orang yang arif dan sedia maklum tentang kelengkapan perubatan membantu Dr Abu menjelaskan perkara tersebut. Natasha cukup kagum dengan pengetahuan Helmi tentang teknologi dan kelengkapan perubatan.  Malah penyakit- penyakit yang pernah direkodkan pun Helmi sangat arif mengalahkan Dr Abu. Rupanya, Helmi adalah anak Dr Aisyah yang telah lama berkhidmat di kampong tersebut dan telah meninggal dunia 10 tahun lepas. Tidak hairanlah pengetahuan Helmi sangat luas dalam perubatan setelah di perkenalkan oleh Dr Abu semasa percakapan mereka.

“Kenapa awak tidak mahu menyambung dalam perubatan Helmi?” Tanya Natasha setelah Pak Abu berlalu pergi mencari isteri dan anaknya.

“Saya sudah menyambung kedoktoran Dr, namun sejak pelbagai masalah yang melanda kampong ini, saya bersedia untuk berkhidmat menjadi penjaga orang-orang kampong. Mereka mudah ditindas, jadi saya tidak mahu anak bangsa saya tertipu. Maafkan saya jika percakapan saya menyakitkan hati Dr” Jelas Helmi dengan nada penuh hormat.

Natasha hanya mengangguk setuju. Natasha merasa tanah jajahan sepatutnya diuruskan penduduk sendiri. Orang asing sepertinya hanyalah menumpang dan cukup sekdar membantu dan bukannya mengambil alih kuasa pentadbiran. Natasha tersenyum dan meleretkan matanya nya ke arah yang lain.

Azan Maghrib telah berkumandang. Satu jam di rumah dr Abu tidak berasa lama. Natasha hanya membaca rekod rekod perubatan yang disediakan Pak Abu. Manakala keluarga Pak Abu serta Helmi telah solat berjemaah di tingkat dua rumah pak Abu. Jelas suara merdu Helmi mengimamkan keluarga Pak Abu. Tenang rasa Natasha dengan alunan surah yang dibaca Helmi dan angin malam yang masuk melalui jendela rumah.

Setelah habis rekod yang dibacanya, Natasha memandang kearah gambar yang tersusun rapi di dinding rumah dr Abu. Setiap satu wajah di perhatikan. Dari gambar anak kecil, keluarga besar, hinggalah gambar dr Abu dan isterinya memeluk seseorang perempuan. Gambar yang hitam putih diperhatikan dengan teliti. Wajahnya amat jelas di dalam gambar, tetapi sukar dikenal pasti. Wajah tersebut sangat dikenalinya, namun amat berlainan. Natasha hanya menggelengkan kepala.

“Mungkin hanya ilusi”..keluh Natasha sendirian..

“Dr. Natasha, silalah makan bersama di dapur kami” pelawa Mak Hisa setelah solat maghrib.

Natasha senyum dan menuju ke dapur rumah mereka.

------------------------------

jeng jeng jeng

Hi guys, Cerita ini hanyalah imaginasi sahaja, tiada kaitan dengan sesiapa.

So bila agaknya Natasha akan bertemu dengan orang yang mencuri hatinya 7 tahun lepas.. saya akan cuba update setiap minggu okay…

Vote guys…

Teratak HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang