Bab 5

343 14 0
                                    

Natasha POV

Jam hitam tersemat di tangan. Baju 'match' dengan jeans. Mesti nampak tenang dan bijak depan Ema...eh~~pesakit.
Oh hati kenapa kau berdebar ni.

Hari pertama masuk klinik mesti tepat. Sekarang dah masuk jam 7:00 pagi. Tanah Ariami sudah dilimpahi cahaya matahari. Arghhh...kenapa kau nerves ni hatiiii...klinik buka jam 8 pagi...kenapa aku nerves ni dari bangun tadi.

Lama dah duduk kat tangga rumah, kenapa tak muncul lagi budak ni.

Kelibat dua wanita ditenung dari jauh. Jelas degupan jantung terhenti, namun masih bernyawa. Ema dilihatnya tersenyum dek kerana gurauan rakannya.

Gegas natasha bangkit dan membawa kot putih dilengan dan beg bimbitnya.

Bertenang hati.....aku perlu bertenang...

"Hai fatima..dan kawan fatima." mcm awkward pulak rasa.

"Eh, Dr Natasha. Awal Dr pergi klinik. Pukul 8 baru buka ni Dr. Lagipun klinik 10 minit je dr rumah Dr".

"Oh, saya tak tahu pulak." eh..aku ni nak menipu pulak.

"Dr boleh bercakap melayu?" kawan ema ni sepa pulak.

"Ni Dr Natasha. Baru sampai. Ganti dr Imran. Dr, ni Cikgu Aireen"

"Hi Airen. Saya dah lama berkhidmat untuk tanah ariami. Mungkin ini rotation terakhir saya sebelum balik" Tapi aku nak balik bawak Ema sekali Airen.

Perjalanan yang singkat cukup menggembirakan Natasha. Tangan natasha dibiarkan bebas ditepi sebelah Ema. Tersentuh semasa perjalanan menghasilkan tenaga elektrik dalam diri natasha.

"Eh, Dr ikut pergi sekolah ke?" Sapa Airen..

Natasha memandang sekeliling. Dilihatnya klinik tertinggal di belakang beberapa meter. Tersenyum sipu Ema melihat Natasha. Natasha membalas senyuman Ema hingga terlihat gigi putihnya. Bingkas mata Natasha ke arah Airen.

"Saya rasa nak jalan- jalan kat kampung ni. Pagi macam ni sesuai untuk senaman jalan kaki" cantik alasan aku.

"Tak kan lah Dr nak jejalan ni sambil bawak briefcase dengan kot putih Dr. Pelik orang kampung tengok Dr." Banyak pulak musykil Airen ni.

" Dr Natasha, sabtu ni singgah la di rumah saya. Saya akan tunjukkan kampung. Lagipun Sabtu nanti Dr tak masuk klinik. Boleh singgah sarapan dahulu sebelum saya tunjukkan kampung" Mata Ema menatap sebentar sahaja dan berpaling ke bawah. Senyuman terukir dibibir membuatkan Natasha hampir pengsan.

"Terima kasih Ema, err saya pergi klinik dulu. Terima kasih Airen"

Sebaik sahaja mereka berpaling ke arah bertentangan, Natasha memandang ke belakang semula, Ema berpaling semula ke arah Natasha. Keduanya berpaling serentak ke hadapan. Jantung Natasha seperti larian kuda. Bergegas Natasha ke klinik apabila melihat beberapa penduduk kampung mula duduk di bangku luar klinik.

-------------------------------------
EMA POV

"Fatima...Ema..., Eh tak silap aku nama ema ni ko guna masa kolej dulu kan? Kekawan kita pun panggil kau Fa..Ema ni ko guna untuk orang tak kenal kau kan. Ermmm....mana dia tahu nama Ema.." Airen berkerut dahi memandang aku.

Manalah aku tahu Dr tahu nama aku masa kolej. Hanya beberapa orang saja aku suruh panggil ema.

"Mungkin Dr dah biasa nama Ema kot" Mana laa aku tahu Airenn oi ....nak je aku jawab begitu..

"oh...okay ...see you later emaaaaaa" Airen berlalu pergi.

'Natasha...ermmm...aku tak ada kawan nama natasha. Natasha..cantik orang nya, secantik namanya, setegas peribadinya, selembut senyumannya. Aiii sejak bila alu pandai berseloka ni...seloka ka ni...ermm apa-apala'

"Cikgu fatima..cikgu fatima"

Alamak....suara ni lagi....

"Assalamualaikum cikgu." Sapa Helmi.

"Wasalamualaikum Helmi, ada latihan lagi ke?" takkan latihan setiap hari. Baru minggu lepas. Jangan hilang ayu Fatimaa.

" Oh, saya nak bagi kuih ni. Terbuat lebih tadi untuk sarapan" kemas bungkusan kuih ditangan helmi.

"oh, Terima kasih Helmi. Nanti saya kongsikan dengan cikgu lain. Mungkin beroleh tempahan untuk majlis"

" Fatima, errrr....sabtu ni awak lapang tak?"

"Saya dah berjanji untuk bawa Dr Natasha jalan kat kampung. Kalau helmi nak temankan pun boleh. Boleh helmi cerita sejarah kamphng ni kat Dr"

"ohhhh....mmmm...kalau begitu saya boleh tolong fatima. Jangan lupa makan kuih saya bagi" Senyum terukir. Fatima berlalu pergi.

-------------------------------------
Natasha

" Dr, kaki saya ni rasa kebas sentiasa" pesakit tua mengadu pada Natasha.

" Nenek, nenek tak makan pil kan?. Nenek ni kencing manis tau. Makan pil sentiasa. Kalau nak cepat potong kaki, boleh je saya tak bagi pil ni" Marah Natasha dengan nada sinis.

6 Jam menghadap pesakit. Tak lekang dek pqnas tak lapuk dek hujan pesakit yang datang. Perut Natasha dah berbunyi. Makanan pun belum dijamah nya sejak malam tadi. Perasaan menyesal tidak makan di rumah Dr Abu datang menyelinap.
Semua pesakit di marahnya. Sikapnya yang dingin menyebabkan pesakit hanya mengiyakan karenah Dr cantik itu. Jelas kebanyakkan pesakit adalah golongan lelaki yang hanya membawa sebab untuk berjumpa dengannya. Tidak ketinggalan golongan makcik dan nenek yang menyuarakan keadaan anak dan cucu bujang mereka yang dikatakan rajin, pandai dan hensem.

Muak dengan karenah pesakit, Natasha mengarahkan supaya klinik berehat sebentar selama 45 minit.

'Tok tok tok tok.' pintu natasha diketuk.
" Dr, errrr kecemasan di sekolah. Sorang cikgu patah tangan." nurse tersebut bergegas mengambil peralatan sesuai.

Natasha terkebil..

"Ema......." Terus kaki Natasha melangkah keluar dari bilik.

_________________________
vote guyssss... sorry for very late update.🎆🎆🎆🎆🎆🎆
😩😩😩😩
😘😘😘😘









Teratak HatiWhere stories live. Discover now