Bab 7

393 10 1
                                    

10 hari berlalu tanpa emosi.
berjasad manusia, namun tiada jiwa di dalamnya. Hari yang penuh dengan kekecewaan. Tiada langsung sungguh kelibat Ema di matanya. Dr Natasha cuba mengawal emosi marahnya beberapa hari. Kiranya seminggu lagi ditahan, mungkin besar sudah bertapak khemah di depan rumah Dr Abu.
Tidak diketahui salah silapnya terhadap gadis bermata coklat itu.
Dirinya ditinggal mentah-mentah tanpa sepatah kata. Umpama jantung hilang darahnya, tiada fungsi yang mampu menggerakkannnya.

Dr Natasha menyemak sejarah penyakit berjangkit di kampung tersebut. Banyak penyakit yang tidak sempat disembuhkan menemui jalan penamat. Penat matanya menatap kepingan kertas yang bercampur dengan pelbagai resit dan kertas ubatan. Setiap helaian semakin banyak keluhannya.

Kedengaran di radio, berita tentang serangan askar jepun di kawasan yang jauh dari perkampungan. Banyak angka kematian yang terlibat. Dr Natasha hanya mampu mengeluh dengan keadaan rakan setugasnya yang berkhidmat semasa perang kini. Terdetik hatinya untuk kembali ke kota membantu khidmat perawatan semasa perang. Masih teringat cebisan daging manusia yang tersepai lantaran ledakan bom semasa perkhidmatannya di beberapa daerah luar dulu. Namun itu menjadikan Dr Natasha makin berani dan bijak dalam percaturan perawatan semasa perang.

Jam dinding menunjukkan masa maghrib. Kebanyakkan pesakit telah lama beredar sejak asar tadi. Semakin jarang pesakit datang kerana takut akan ketegasan Dr Natasha yang sukar di bawa bergurau. Setiap kali gurauan dimulut pesakit, Dr Natasha segera mematahkannya. Patah dan hancur berkecai hati tiap pemuda yang datang.

Klinik ditutup. Jalan Dr Natasha hnya terus ke rumahnya. Tidak mahu mengeratkan hubungan dengan mana- mana jiran yang menegurnya. Hanya sapaan Dr Abu sahaja di jawabnya.
Selepas Ema mendiamkan diri, Natasha cuba pergi ke rumah Ema.

Hari pertama, Dr Natasha bersahaja berjumpa dengan Dr Abu bertanyakan penyakit kulit, padahal beliau arif benar tentang kulit . Namun setelah 2 jam berada di rumah Dr Abu, tiada langsung kelibat Ema.

Hari kedua, memberi alasan terlupa membeli makanan untuk malam hari. Singgah pada waktu maghrib untuk meminjam beras untuk dimasak. Disangkakan Ema yang memasak, rupanya Mak Ema yang mencuci pinggan.

Hari sabtu yang berjanji dengan Helmi, digunakan untuk bermain basikal dan mengelilingi rUmah Ema beberapa kali, dengan memberi alasan tidak pandai mengayuh basikal. Namun semua nya hanya kekecewaan.
Ema hilang entah kemana. 10 hari di umpamakan hari terburuk baginya.

'Kalaulah jantung ini bergantung pada jiwa dan rindu, mungkin sudah lama aku mati' bisik hati Dr Natasha sambil berjalan lesu ke rumahnya.

_________________________________

next will be Ema POV..hehehehe

sorry my late update..too much assignment and shit ..waiting for my mid sem break..i have some WTF plot 😉😉😉😉..see ya another update😊

Teratak HatiWhere stories live. Discover now