Kalau hati sudah suka
Semua indah saja
Itukah tanda bunga kasih bermula
Di dalam jiwaMemang benar kata dinda
Berkasih ada tanda
Tetapi hati mana sanggup merana
Sepanjang masaBerputus asa jangan
Mengeluh pun janganTenangkan hati janji jangan lupakan
Supaya amanBerpisah lama jangan
Berjauh pun jangan
Supaya rindu tidak jadi bebanan
Menyiksa badan----------------------------------------------------
Terngiang-ngiang lagu yang didengar Trisha sebelum berlepas ke London.Trisha. Bijak, pandai berbicara, klasik penampilannya, berani dan mempunyai raut wajah yang sangat cantik dan bersih.
Trisha melihat tarikh pada tiketnya.
29 April 1998. Kalau sampai ke London, Tarikh pun masih sama.'hmm..beza asia dan eropah..Happy Birthday to me..' bisik hati Trisha.
"Would you like some cofee miss?" Tanya pramugari tersebut pada Trisha.
" Nope, and thank you miss" jawab Trisha.
Perjalanan Trisha untuk menyambung pembelajaran di salah sebuah universiti terbaik di London telah bermula.
Mengambil bidang Sejarah dan Arkeologi adalah minat Trisha semenjak bangku sekolah lagi." Maaf..maaf, saya tak sengaja" dengar trisha suara dari belakang tempat duduk nya.
Trisha menoleh ke belakang. Dilihatnya seorang gadis seperti usianya bergegas hendak ke tandas. Gadis itu menoleh pada Trisha,
"For almost half of my life searching for you, i live because i want to find you, if there is no you,... Fatima..., i dont think i can live for the rest of my life.."
Tersentak Trisha terdengar ayat tersebut di fikirannya. Gadis tersebut kelihatan keliru dengan pandangan Trisha.
Trisha hanya tersenyum dan menoleh ke depan kembali.'Fatima...hmmm..siapa fatima.' Bisik hati Trisha.
-----------------------------------------------------------
'Takkan lahhhh..' Akma bercakap sendiri. Tandas kapal terbang yang sempit menjadikannya semakin gelabah.
'Takkanlahh orang selalu dalam mimpi aku ni dah masuk realiti..salah tengok kot.' Bisik hati akma.
'Aku ni mimpi lagi ke masuk flight ni?..aduii..'Akma menampar dan mencubit diri sendiri.
Selesai mencuci muka, Akma ke tempat duduknya. Tali pinggang di pasang dengan teliti. Risau terpelanting kalau berlaku kecemasan. Fikir Akma.
Banyak perkara terjadi hari ni. Dari jatuh katil, ke jatuh kerusi makan, sampai lah jatuh pada penumpang yang duduk disebelahnya sehingga kan menjadi perhatian penumpang sekeliling dalam kapal terbang. Sifat kalut Akma sentiasa menghantui dirinya, apatah lagi sekiranya dalam keadaan terburu-buru.
'Tub...' Pen penumpang hadapan jatuh di kawasan tempat kaki Akma. Akma mengambil pen tersebut. Wanita dihadapannya menoleh dan senyum kepada Akma. Akma terkesima dan cepat-cepat memberi pen itu semula.
Jari mereka bersentuhan.
'will you die with me..sayang...promise me..., die and live again..do what you are thinking..i love you..'
Trisha dan Akma terkelu..Seumpama ada seseorang yang bercakap pada diri mereka.
Akma menarik tanganya, dan memberi senyuman pada Trisha. Trisha membalas senyuman Akma dan menoleh ke hadapan.'Takkan lah mimpi ni realiti?' bisik hati Akma.
'Siapa bercakap dengan aku ni' bisik hati Trisha.
Perjalanan berbaki 8 jam. Kedua-duanya masih terkesima dengan peristiwa tadi. Namun tidak berkata-kata.
_Tamat _
-----------------------------------------------------------