🔚BAB 26🔜

243 14 0
                                    

2 Minggu kemudian ...

Eunha: awak tak nak bangun ke kook? Dah lama sangat dah awak tidur macam ni ? Awak tahu tak yang saya rindukan awak , saya mengaku yang saya masih sayang dan cintakan awak. Selama ni saya ego sebab saya kecewa dengan perbuatan awak sebelum ni tapi saya tak boleh nak nafikan perasaan saya pada awak ... bangunlah awak *Eunha bermain dengan jari jari Jungkook*

Jungkook terjaga dari "tidur"nya yang lama. Tangannya berasa lenguh , dia memandang dan melihat Eunha sedang lena di ulit mimpi. Jungkook tersenyum kerana wajah pertama yang dia nampak setelah dia bangun ialah Eunha. Jungkook mengusap kepala Eunha lalu Eunha pun terjaga apabila ada sesuatu yang bermain di kepalanya.

Eunha: awak dah bangun?!

Jungkook hanya tersenyum. Eunha bangun untuk memanggil doktor akan tetapi Jungkook lebih pantas menarik tangan Eunha dan Eunha terjatuh di atas badannya.

Eunha: awak kenapa pulak nak main tarik tarik saya ni ?
Jungkook: nak pergi mana ?
Eunha: panggil doktor lah , awak kan dah sedar. Saya nak panggil doktor supaya doktor boleh check keadaan awak ni dulu.
Jungkook: sekarang kan dah malam , esok esok jelah panggil doktor.
Eunha: mana boleh macam tu lagipun doktor Mina dah pesan kalau awak dah sedar dia suruh terus panggil doktor yang incharge.
Jungkook: hurmmm yelah , pergilah panggil cepat.

Jungkook diperiksa oleh doktor dan doktor memberitahu bahawa Jungkook sudah sihat cuma luka tembakan itu perlu dicuci setiap 2 jam untuk mengelakkan jangkitan kuman. Eunha telah pun memberitahu mereka yang lain dan Eunha berpesan kepada mereka untuk datang melawat Jungkook pada esok hari kerana Jungkook memerlukan rehat.

Eunha: awak, ni saya dah panaskan bubur ni, awak makan.
Jungkook: saya kan tak sihat betul lagi lagipun tangan saya ni tak boleh nak angkat sebab takde tenaga awak suapkan lah saya.
Eunha: haish , mengada ngada pulak dia. Kalau saya suap awak kena habis kan semua bubur ni.
Jungkook: okay...

Eunha pun menyuap Jungkook dengan berhati hati. Jungkook tersenyum kerana dia yakin bahawa Eunha sudah memaafkan dirinya. Jungkook juga bersyukur kerana sekarang ini semuanya sudah selesai. Daripada apa yang dikatakan Eunha, Jungkook tahu bahawa Lisa akan menerima rawatan yang sebaiknya dan dia tidak akan sesekali menyakiti Eunha lagi.

Eunha: awak nak apa apa lagi tak ?
Jungkook: taknak dah. Saya dah boleh keluar esok kan ?
Eunha: haah, tapi Jin oppa cakap kalau nak discharged ke apa ke awak kena tunggu dia datang dulu.
Jungkook: alahai kenapa?  Kalau dah boleh keluar tu keluar jelah kenapa nak kena tunggu hyung?
Eunha: mana lah saya tahu itu apa yang jin oppa suruh saya cakap dekat awak so saya sampaikan je.
Jungkook: eunha ..
Eunha: ye , *Eunha sedang sibuk menyimpan ubat ubatan Jungkook*
Jungkook: duduk sini sekejap *menepuk katilnya itu*
Eunha: *berjalan dan duduk di hadapan Jungkook* kenapa ? Ada apa apa yang tak kena ke ?
Jungkook: saya nak tanya awak something...
Eunha: apa dia ?
Jungkook: awak marahkan saya lagi?
Awak dah maafkan saya atau belum?
Eunha: kenapa awak nak kena tanya soalan soalan macam ni harini jugak awak tahu tak yang awak tu baru je sedar...
Jungkook: saya tak boleh tunggu lagi, saya nak tahu jawapan awak ,
Eunha: kalau saya cakap yang saya masih tak maafkan awak atau pun lepas daripada ni saya akan tinggalkan Seoul ?
Jungkook: kalau awak masih marahkan saya , awak tak perlu nak susah tinggalkan Seoul dan jauhkan diri awak dari Sowon noona tapi saya , saya yang akan pergi tinggalkan awak dan yang lain sebab sejak saya datang dalam hidup awak , macam macam benda yang awak kena tempuhi.
Eunha:*pegang tangan Jungkook* awak ni, baru je sedar tapi dah nak cakap benda benda ni , kook untuk pengetahuan awak , saya dah lama maafkan awak dan saya nak dengan awak macam dulu balik saya nak sentiasa ada dengan awak. Sejujurnya saya pun tak boleh takde awak dengan saya, selama dua minggu awak tak sedar kan diri ni , bagai nak mati saya risaukan awak.
Jungkook: auuu , soo sweet baby. Saranghae, Eunha-ya.
Eunha: saranghae oppa. Dah dah tidur lah esok pagi pagi mesti semua dah ada dekat sini.
Jungkook: hurmmmm yelah.

×PAGI×

Jin: so jungkook , eunha macam mana ?
Jungkook: macam mana apa hyung?
Jin: korang dah berbaik ke belum?
Jungkook: kami dah berbaik hyung dan kami dah balik macam dulu.
Eunha: oppa tak payah risau, semua akan jadi macam asal balik.
Jin: baguslah kalau macam tu. Jangan gaduh gaduh lagi , semua nya dah selesai. Lisa tengah terima rawatan and semua nya dah okay. Oppa tak nak Eunha marah kan kook dan hyung tak nak kook ulang balik apa yang kook pernah buat dekat eunha. *peluk jungkook dan eunha* dah jomlah kita balik. Semua orang tengah tunggu kita kat rumah.

Mereka bertiga pun pulang dengan kereta yang dipandu oleh jin sendiri. Jin sangat bersyukur kerana kedua dua orang terpentingnya sudah berbaik dan menjadi seperti sedia kala. Dia lega dan tidak sabar untuk menceritakan tentang ini kepada isterinya di rumah. Jungkook pula bahagia kerana Eunha telah menerimanya dan tidak memarahinya lagi.

×RUMAH×

Jhope: Jungkook !!!!!!!!! *jerit Jhope sebaik sahaja Jungkook , Jin dan Eunha masuk ke dalam rumah*
SinB: apa oppa ni jerit jerit ... Jungkook tu baru je keluar hospital kalau dia masuk hospital lagi sebab dengar oppa menjerit macam mana ?
Nayeon: dah dah.. Jungkook macam mana ?
Jungkook: kook dah ok noona cuma kadang kadang tempat luka tu rasa ngilu.
Taehyung: aku respect dengan kau sebab kau halang peluru tu dari kena Eunha.
Jimin: haah betul tu.
Umji: dahlah kita janganlah cakap pasal tembakan tu lagi, umji tak suka dengar pasal tu.
Yuju: ala ala baby umji ni. Ini untuk pengajaran sayang.
Yerin: eh sekejap , rose mana ?
Namjoon: dia dengan donghae keluar sekejap, dorang bagitahu oppa tadi.
Taehyung: macam ada sesuatu je.
Jin: memang ada pun. Donghae bagitahu yang dia akan pergi jumpa eomma Rose secepat yang mungkin.
Eunha: untuk apa ?
Jin: untuk apa lagi sayang ? Of course donghae tu dah berkenan and nak buat rose tu jadi wife dia.
Yerin: tapi tak rasa macam rose tu muda lagi ? Maksud yerin kan rose boleh pergi sambung belajar lagi or buat apa je untuk kejayaan diri dia?
Sowon: kalau dah sayang , dah suka memang tak boleh nak fikir apa dah. Unnie rasa keputusan donghae untuk pergi jumpa eomma rose tu sangat bagus sebab takdelah eomma rose rasa diketepikan pulak nanti.
Suga: Namjoon hyung dengan nayeon noona macam mana ? Majlis yang tangguh tu nak buat bila ?
Nayeon: mungkin tahun depan sebab kami berdua dah setuju yang kami nak spend time dulu dengan korang puas puas baru kitaorang nak buat majlis tu.
Yuju: jom kita pergi holiday nak ?
SinB: haah , lagipun dah lama kita tak holiday semua sama sama.
Jin: itu semua , oppa dan namjoon akan uruskan , korang semua jangan risau apa yang oppa tahu semua kena ikut , no excuse.
Sowon: betul tu , nanti unnie bagitahu donghae dengan rose sekali.
Jungkook: boleh kook nak cakap sikit?
Eunha: nak cakap apa?
Jungkook:kook nak mintak maaf dengan semua atas perangai kook yang teruk sebelum ni lagi lagi pada eunha. Sejujurnya kook menyesal sangat dengan perbuatan kook tu. Kook tak sepatutnya marah korang semua. SinB , kook minta maaf sebab kita bergaduh dekat tempat rehat Mingyu dulu , Yerin , Tae sorry sangat sebab cakap korang macam macam. Jin hyung , Sowon noona , kook minta maaf sebab selalu buat hyung dengan noona susah hati and Eunha , saya minta maaf banyak banyak atas segala salah saya pada awak.Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk jadi yang lebih baik daripada ni. Saya takkan sesekali sakitkan hati awak lagi.
SinB: saya dah maafkan awak kook lepas saya tahu yang awak memang betul betul berubah. Saya pun mintak maaf sebab saya belasah awak teruk dulu dekat tempat rehat Mingyu.
Yerin: Yerin pun , yerin pun dah lama maafkan kook cuma Yerin harap apa yang jadi hari ni jadi pengajaran untuk kita di masa depan.
Taehyung: haah kook , jangan fikir lagilah. Benda dah jadi and dah lepas dah pun so kita semua kena move on dengan kehidupan kita yang sekarang ni.
Eunha: dah dah , jangan sedih sedih lagi. Kita semua patutnya kena happy sebab mission kita berjaya !

HARD TO ACCEPT (EUNKOOK)Where stories live. Discover now