TENGKU SHAMIL melangkah masuk dengan penuh bergaya ke dalam bangunan SK Holding sambil berpimpingan tangan dengan isterinya, Aisyah.Kelihatan ada beberapa orang pekerja yang menyapanya lalu mengucapkan selamat pagi.Ada juga yang menunduk tanda hormat.Tengku Shamil dan isterinya hanya tersenyum manis.Kata papanya, Datuk Tengku Shah, seorang ketua tidak boleh sombong dengan pekerja kerana pekerja merupakan tulang belakang sesebuah syarikat.Sebagai CEO,dia harus menujukkan sikap yang baik pada pekerjanya.Dia tidak boleh sombong.Direnung wajah isterinya sementara menunggu lif terbuka.Isterinya nampak manis apabila mengenakan baju kurung moden berwarna ungu lembut.Dia tersenyum. Harap-harap isterinya akan kekal seperti ini.Tiada lagi tangisan mahupun luka di hatinya.
"Abang,jomlah masuk." Ajak Aisyah.
Tersedar kealpaan diri,terus Tengku Shamil tersenyum.Pagi-pagi lagi aku dah hanyut.Dah lama, rupanya lif terbuka.
Tanpa membuang masa,terus dia melangkah masuk ke dalam lif.Aisyah hanya tersenyum melihat tingkah laku suami kesayangannya.Pelik juga melihat suaminya yang terlebih gembira.
"Abang kenapa?" Soal Aisyah ketika dalam lif.Mujur dalam lif hanya ada mereka berdua sahaja.
"Kenapa apa?" Soalnya balik.Tidak faham dengan soalan isterinya.Ada yang pelik ke?
"Orang tanya dia,dia tanya balik orang.Abanglah, nampak happy semacam je.Pelik tahu." Marah Aisyah.
"Happy? Bukan ke abang selalu happy?"
"Memanglah, tapi happy abang lain macam je."
"Macam mana?"
"Macam nak pergi jumpa awek." Teka Aisyah.
Tengku Shamil terus ketawa.Geli hati dengan andaian isterinya.Nasib baik hanya mereka berdua sahaja dalam lif.
"Haah...abang nak pergi jumpa aweklah ni." Tengku Shamil ingin mengusik isterinya.
Tinggg.Pintu lif terbuka.
"Abang..." Jerit Aisyah lalu ingin mencubit bahu suaminya,tetapi lelaki itu sudah berlari keluar.
Bukkk.
"Eh...maaf...maaf.Tak sengaja." Ujar gadis di hadapanya.Dia duduk lalu mengutip kembali telefonnya yang jatuh.Aduh pecah.
"Erk...erk..." Tengku Shamil tergagap-gagap.Ambik kau. Mengusik lagi Aisyah.
"Abang..." Aisyah memanggil suaminya.Dia melihat dengan jelas suaminya melanggar seorang perempuan yang sedang bercakap di telefon itu.
Aisyah duduk sambil membantu gadis tadi mengutip telefonnya yang pecah. Di hulurkan beteri telefon kepada gadis yang berbaju kurung biru di hadapannya.Si gadis menyambutnya lalu tersenyum.
"Sekali lagi saya minta maaf ya,encik.Saya betul-betul tak perasaan tadi.Leka sangat cakap kat telefon sampai tak tengok jalan." Ujar gadis itu.Dia tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di pipinya.
"Tak apa,saya pun salah.Jalan laju sangat tadi," ujar Tengku Shamil.Terpegun dia dengan kecantikkan gadis itu.Manis. Aisyah di sebelah suka masam mencuka. Cemburu.
"Nak saya ganti ke telefon tu? Mesti dah rosak." Pelawa Tengku Shamil.
Gadis itu mengelang lalu tersenyum.
"Tak apa.Ini telefon mahal.Takkan sekali jatuh dah rosak." ujar gadis itu.
"Tapi sa..." tidak sempat Tengku Shamil ingin menghabiskan ayatnya satu cubitan hinggap di pinggangnya.
YOU ARE READING
KERANA DIA MANUSIA BIASA
RomanceAKAN DATANG DI SLOT SAMARINDA TV 3. Lakonan Emma Maembong & Shukri Yahaya🌷 "Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi,paling kesian akulah.Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni.Kau anak kau sama je." -Tengku Shamil...