🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷
"HAH...pergi mana ni? Baru sekarang balik." Tengku Shamil terus menerpa ke arah isterinya yang baru sahaja keluar dari kereta.
Terkejut Aisyah dibuatnya. Dia mengukirkan senyuman buat suami yang tersayang. Tanpa menjawab soalan, terus kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.
"Sya..." Panggil Tengku Shamil.Dia begitu risau akan keadaan isterinya.Dia takut Aisyah masih belum pulih sepenuhnya walaupun isterinya nampak normal.Balik sahaja dari kerja,alangkah terkejut apabila pembantu rumah menyatakan Aisyah masih belum pulang,padahal Aisyah pulang lebih awal daripadanya.
"Sya...Sya pergi mana? Risau abang tahu." Tengku Shamil memegang tangan isterinya, menyebabkan langkah isterinya terhenti.
Aisyah memandang Tengku Shamil sambil tersenyum.Dia tidak mahu menyusahkan suaminya lagi.Lelaki itu sudah banyak berkorban masa dan tenaga untuk dirinya.
"Abang tak payahlah risau...kan Sya dah balik ni. Mana budak-budak,bang? Senyap je rumah."
"Adik bawa mereka keluar.Abang call dah tadi,dia dah on the way nak balik dah." Beritahu Tengku Shamil.
"Oh..."
"Sya...okey ke?"
Aisyah ketawa.
"Kenapa abang tanya soalan macam ni? Sya nampak tak okey ke? Sya rasa Sya sihat je. Tak ada apa-apa masalah"
"Taklah, Sya nampak lain hari ini.Tadi, Sya pergi mana? Tak baik tahu tipu abang." Tengku Shamil dapat melihat perubahan raut wajah isterinya.
"Tak pergi mana-mana." Aisyah berdalih.
"Bukan...Sya pergi taman permainan ke?" Tengku Shamil meneka.
Aisyah terkejut.
"Kali ini,Sya pergi taman permainan yang mana pula?" soal Tengku Shamil .Dia dah agak. Pasti Aisyah akan merayap ke taman permainan.
Air mata Aisyah mula bertakung.Dia sedih.
Tengku Shamil yang perasan akan keadaan Aisyah mula gelabah.Dia tidak sepatutnya bertanyakan hal itu.
"Hisss,Sya jangan menangis.Abang tak marah kat Sya.Abang cuma risau akan keadaan Sya je.Lain kali kalau Sya nak pergi mana-mana even pun taman permainan, Sya beritahu abang dulu.Abang boleh temankan.Abang risau,kalau apa-apa jadi pada Sya." Tengku Shamil memujuk isterinya.Dia mengosok perlahan bahu isterinya.Ingin memujuk.
Aisyah mengesat air matanya yang jatuh.Dia sudah bertekad,tidak mahu lagi menyusahkan suaminya.Dia harus kuat. Dia sudah berjanji dengan dirinya,yang air matanya tidak akan tumpah lagi.Tidak akan sama sekali.
"Abang,jomlah kita masuk.Dah nak maghrib dah ni." Ajak Aisyah sambil tersenyum.
Lega hati Tengku Shamil melihat isterinya tersenyum.Walaupun, senyuman itu nampak hambar, tapi dia tetap berpuas hati.Dia tidak sanggup lagi, melihat Aisyah menderita.Cukuplah setakat itu.Jangan ada lagi derita untuk isterinya.
*Jangan lupa vote⭐️
YOU ARE READING
KERANA DIA MANUSIA BIASA
RomantizmAKAN DATANG DI SLOT SAMARINDA TV 3. Lakonan Emma Maembong & Shukri Yahaya🌷 "Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi,paling kesian akulah.Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni.Kau anak kau sama je." -Tengku Shamil...