TEASER- Siapa suami Nurin Aira?

1.5K 22 0
                                    

🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷

"Aira,tak nak cerita ke kehidupan Aira sebelum ni dengan bekas suami Aira. Mama..."
             "Suami???"  selamba Tengku Shamil melangkah ke arah mamanya yang sedang berborak dengan Nurin Aira."Dia ada suami ke?"
                "Shamil,kenapa cakap macam tu? Kamu tahu ke pasal bekas suami Aira.Kalau tak tahu senyap.Nanti fitnah namanya.Aira...mama tanya je,kalau Aira tak nak jawab pun mama tak kisah.Mama cuma nak tahu saja, sebab Alia tu comel sangat budaknya.Rambut pun ala-ala perang.Mungkin bekas suami Aira orang luar.Mama minta maaf ya sayang kalau Aira terasa dengan kata-kata mama."
             Dia tak sepatutnya membuka kisah lama Nurin Aira.Pasti menantunya sedih apabila teringat kisah lama.Tapi dia tidak dapat menahan diri,hatinya membuak-buak ingin tahu pasal Alia.
                "Hah,mama tanya jawablah.Kenapa senyap?" Tengku Shamil mengambil cawan yang berada atas meja itu. "Aduh..kenapa mama cubit Shamil? Sakitlah mama."
               "Kenapa kamu ambil cawan Aira? Nak cawan pergilah ambil kat dapur itu." Marah Datin Nur Kalsom.Tengku Shamil pantas meletakkan kembali cawan yang sudah separuh diminumnya atas meja semula.Erk...kalau dia tahu,memang dia tak akan minum air tu.Selamba sahaja dia mencapai cawan mamanya lalu dihirup perlahan.
               "Soalan mama kau tak jawab lagi."
               "Tak apalah,Aira lupa je.Buat-buat tak ingat dengan soalan mama tu."
               "Tak apa mama,Aira tak kisah."
              "Hah,kalau tak kisah,kau ceritalah.Aku pun nak tahu jugak" Sampuk lelaki itu.
               "Shamil kamu pergi masuk dalam. Mama nak borak dengan Aira pun tak senang. Menyibuklah kamu ni.Pergi masuk." tegas Datin Nur Kalsom.Tengku Shamil terus bangun dan berjalan menuju ke kolam renang.Kalau mamanya sudah bersikap tegas maka wajib dia kena ikut.
                "Aira jangan terasa hati ya dengan Shamil tu.Anak mama yang tu  'istimewa' sikit" Nurin Aira hanya tersenyum.Memang istimewa pun.

#keranadiamanusiabiasa

*Jangan lupa komen dan vote ⭐️

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now