"Au...aduh!" Nurin Aira terjerit kecil.Dia jatuh ke tanah selepas terlanggar pintu kereta seseorang.Dia tidak perasan pemandu kereta tersebut ingin keluar.
Nurin Aira memandang tajam ke arah lelaki itu.Dia bangun lalu menyapu-yapu pasir yang melekat di baju kurung.
"Tak nak minta maaf ke?" angkuh lelaki itu berkata.Dah tahu salah,minta maaflah.
Bulat mata Nurin Aira memandang lelaki itu.Ewah-ewah dia yang salah,aku pulak yang kena minta maaf.
"Bukan encik ke yang salah? Buka pintu tak tengok orang."
"Bukan cik ke yang salah? Jalan tak tengok kiri kanan." selamba lelaki itu berkata-kata.
Hampir terkeluar biji mata Nurin Aira melihat wajah selamba yang memakai cermin mata hitam itu.
"Dah tahu diri tu salah,boleh lagi salahkan orang.Harap je pakai kereta mewah,tapi perangai menyalahkan anak jin." Terus Nurin Aira menghamburkan marahnya.Tanpa membuang masa terus dia melangkah ke tadika Alia. Menyakitkan hati sungguh.
Terjengil biji mata lelaki itu.Pantas tangannya menutup pintu kereta
miliknya.Dia mengejar wanita yang memakai baju kurung moden warna putih ungu.
"Cik,cakap apa tadi?" lelaki itu menghalang laluan Nurin Aira.
"Saya cakap apa?"
"Cik,cakap saya anak jin ya?"
"Oh,yang itu...saya tak cakap pun encik anak jin.Saya cuma cakap, perangai cik mengalahkan anak jin. Itu je. Kenapa, encik nak ke jadi anak jin?" Nurin Aira membetulkan tanggapan lelaki itu.Dia pura-pura ketawa kecil.
Kurang asam perempuan ini!
Nurin Aira tidak betah melayan lelaki ini.Dengan pantas tangannya membuka pintu pagar tadika Alia.
"Kenapa encik ikut saya?" ujar Nurin Aira.Pelik, apabila lelaki itu turut masuk ke dalam tadika Alia.
Lelaki itu menjeling ke arah Nurin Aira.
"Tadika ni kau punya ke?" sinis nada lelaki itu.
*Jangan lupa vote⭐️
#keranadiamanusiabiasa
YOU ARE READING
KERANA DIA MANUSIA BIASA
RomanceAKAN DATANG DI SLOT SAMARINDA TV 3. Lakonan Emma Maembong & Shukri Yahaya🌷 "Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi,paling kesian akulah.Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni.Kau anak kau sama je." -Tengku Shamil...