🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷
SYAKIRA menutup pintu biliknya kasar.Dia secara tak tersengaja mendengar perbualan mama dan papanya ketika hendak turun ke bawah. Dihempaskan badannya atas katil sambil mencapai bingkai gambar lelaki pujaan hatinya. Air mata mula bertakung saat anak matanya terpaku pada gambar itu.
Hatinya sangat sedih apabila mengenangkan yang jejaka idamannya sudah menjadi milik wanita lain.Rasa semangat untuk hidup telah hilang begitu sahaja.Apa yang kurang pada dirinya sehingga Tengku Shamil menolak dirinya mentah-mentah? Langsung tidak memberi peluang kepadanya walaupun sekali.
Atau dia yang selama ini terlalu perasan sendiri.Bukankah awal-awal lelaki itu sudah memberitahunya yang tak mungkin mereka akan bercinta.Lagipun,bukannya dia tak tahu yang lelaki itu hanya sayangkannya sebagai adik sejak dulu lagi.
Ah,tak salah kalau dia cuba untuk berharap pada lelaki itu.
Memang tak salah,tapi kau dah terlalu berharap,itu yang salah. Kau terlalu yakin yang dia akan jadi milik kau.Bila tak dapat itu yang kau kecewa.
Tapi,Abang Shamil bukannya cinta pun kat isteri dia.Kahwin pun ala-ala kena kahwin paksa. Jadi,aku masih punya harapan untuk cuba nak ambil hati dia.
Syakira,Syakira kau masih tak dapat terima hakikat yang jodoh kau dengan dia tak ada. Berdosa tau,kau cuba runtuhkan masjid orang. Apa yang terjadi dalam rumah tangga mereka, biarlah mereka sendiri yang tentukan.Kau jangan masuk campur.
Syakira mengambil bantal lalu menekup kedua-dua telinganya.Ah...aku tak akan mengaku kalah.Ini Syakira,kalau dulu ya aku mengaku kalah sebab Abang Shamil berkahwin dengan Aisyah sebab cinta.Mereka saling mencintai dan cinta mereka terlalu kuat. Tapi,sekarang tidak.Aku tak akan mengalah.
Berkahwin tanpa cinta??? Mana mungkin mereka mampu hidup bahagia.Cinta itu sangat penting dalam perhubungan.
Syakira tersenyum lebar.Aku akan pastikan Abang Shamil jadi milik aku,Bukan janda anak satu tu.Huh,janda tak sedar diri.Entah-entah laki dia lari sebab tak tahan dengan dia. Janda tu,tak sesuai langsung dengan Abang Shamil.Tapi,bukan ke Abang Shamil tu duda? Sesuailah dengan perempuan tu.Argh...tak,tak.*Jangan lupa vote⭐️
#keranadiamanusiabiasa
YOU ARE READING
KERANA DIA MANUSIA BIASA
RomanceAKAN DATANG DI SLOT SAMARINDA TV 3. Lakonan Emma Maembong & Shukri Yahaya🌷 "Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi,paling kesian akulah.Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni.Kau anak kau sama je." -Tengku Shamil...