TEASER: "Abang Shamilll..."- Syakira

678 10 0
                                    

🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷
"ABANG Shamil mana?"
             "Waalaikummusalam.Apa khabar? Lama tak jumpa." Sindir Zarul.Dahlah datang tak bagi salam,tanya pun punyalah kasar. Macam nak ajak bergaduh je.
             "Jangan nak sindir aku.Abang Shamil mana?" Syakira menarik cermin mata hitamnya.Tajam dia memandang wajah Zarul yang kelihatan selamba.
              "Maaf cik.Sini bukan kaunter pertanyaan."
              "Makin menyampah pulak aku dengan kau..."
            Zarul hanya mencebikkan bibir. Dia menyampah dengan aku? Dia tak tahu ke yang aku lagi menyampah dengan dia.Syakira pantas melangkah masuk ke bilik Tengku Shamil Zaquan.Tak sampai beberapa minit dia keluar balik.
              "Boss you pergi mana?" Kasar Syakira bertanyakan soalan kepada setiausaha Tengku Shamil.Terkejut Anira dibuatnya.
                "Encik Shamil keluar lunch."
                 "Lunch? Lunch apa ke bendanya dah pukul 4 petang ni.Kau jangan nak tipu aku. Mana Shamil? Kau jangan berpakat dengan boss kau tu." Jerkah Syakira. Langsung tidak pedulikan mata-mata yang melihatnya.
               "Abang  keluar lunch tadi dan dia tak balik pejabat lepas lunch.Dia nak balik rumah terus.Puas hati? Tak percaya pergi je chek kat rumah tengok dia ada ke tak?" Zarul menyampuk apabila melihat setiausaha abangnya yang mula gelabah.Kesian pulak dia melihat Anira.Tak pasal-pasal kena jerkah dengan Syakira yang garang macam singa ini.
              "Dia keluar lunch dengan siapa?"
              "Dengan isterinya yang tercintalah. Siapa lagi? Kalau cakap dengan Aura mengamuk pulak,kang."
              "Shut up." Syakira menempik.
          Zarul hanya diam.Takut kalau dia melawan lain pulak jadinya.Macam orang tak betul pulak dia tengok sepupunya.
     "Tak guna betul abang kau tu. Balik ikut suka hati dia je.Macam syarikat ni bapak dia yang punya." Syakira terus meninggalkan Zarul dan Anira.Sempat dia menjerkah pekerja-pekerja lain supaya menyambung kerja.Sibuk hal orang je.
              Zarul terpinga-pinga.Syakira ni betul ke tak? Cakap main ikut sedap mulut je. Hisss...takut pulak dia melihat Syakira.Macam ada yang tak kena je.

*Jangan lupa vote ⭐️

#keranadiamanusiabiasa

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now