BAB 13

2.3K 31 0
                                    

DATUK TENGKU SHAH hanya mampu mengelengkan kepalanya melihat sikap anak keduanya yang berada di dalam bilik sambil memegang erat tangan Aisyah.Dia, yang berada di sebalik cermin kaca hanya mampu berdiam diri.

           Sayu hatinya melihat keadaan badan menantunya yang dipenuhi wayar-wayar berwarna.Anaknya itu langsung tidak mahu berenggang dengan isterinya sejak tiga hari yang lalu.Selepas sahaja mendapat panggilan daripada Tengku Shamil tiga hari lepas,dia,isteri,anak dan cucunya bergegas terbang ke Terengganu.

                Doktor yang merawat menantunya menyatakan Aisyah mengalami pendarahan yang teruk di kepala akibat terhantuk benda keras.Tulang belakangnya juga retak akibat dilanggar oleh kereta yang tidak sempat brek.Aisyah sudah tidak sedarkan diri sejak dari tiga hari yang lepas.

              "Atuk,mama kenapa?" panggil cucu sulungnya Tengku Ahmad Danish sambil menangis.

               Pantas Datuk Tengku Shah mendukung cucu sulungnya.Dia sedih melihat keadaan cucu sulungnya yang sejak semalam asyik bertanyakan keadaan mamanya."Mama,tak apa-apa sayang."

              "Kenapa,papa asyik menangis atuk?"

             Datuk Tengku Shah tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan cucunya.Dia mengesat air mata yang mengalir di pipi cucunya.

            "Danish,dah makan ke belum?" Datuk Tengku Shah merubah topik .Danish tidak akan faham keadaan mamanya.Tangannya membetulkan rambut Danish yang agak panjang kehadapan.

             "Belum.Atuk jom pergi makan.Danish lapar."

               Belum sempat Datuk Tengku Shah menjawab.Tiba-tiba dia berpusing apabila mendengar namanya di panggil.

              "Papa, macam mana keadaan Kak Aisyah? Dah ada perkembangan ke belum?" Tengku Shahir Zarul terus bertanya kepada papanya.Dia baru sahaja sampai ke hospital dengan mamanya setelah semalaman dia menjaga abang dan kakak iparnya.

              "Macam itulah,Zarul.Tiada perkembangan.Abang kau tu dari Kak Aisyah kena ragut sampai sekarang tak makan lagi.Risau papa tengok.Duk menangis je." Mata Datuk Tengku Shah dihalakan ke arah Tengku Shamil yang masih lagi setia di sisi Aisyah.

            Zarul terus mengambil Danish yang berada dalam dukungan papanya.

            "Daddy,Danish laparlah," adu Danish kepada Zarul yang dipanggil daddy.

            "Nanti,daddy bawa pergi makan ya" Zarul mengusap perlahan rambut panjang Danish yang hampir menutup mata itu.

            "Abang jomlah kita pergi makan dulu.Kesian Danish ni tak makan lagi.Som dengan Zarul pun tak makan lagi.Dania dengah Mah dah ada kat bawah,tengah makan." Datin Nur Kalsom mengajak suaminya makan.Teringat akan pembantu rumah dan cucu perempuannya yang ditinggalkan di kantin hospital sebentar tadi.

SURAYA mengetap bibirnya.Geram. Patutlah Myvi ungu milik Nurin Aira tidak kelihatan di rumah sejak dia pulang beberapa hari lepas.Ada dia bertanya ke mana perginya kereta Myvi Nurin Aira.Wanita itu hanya berdiam diri.

           Tidak langsung menjawab pertanyaannya.Rupa-rupanya,Nurin Aira telah menjual kereta kesayangannya untuk mendapatkan wang bagi membiayai penyakit emaknya.Nurin...Nurin,kenapa kau tak cakap kat aku kau ada masalah?

           Kadang-kadang dia sakit hati dengan perangai Nurin Aira yang kuat berahsia.Apa salahnya,meluahkan kepada dia.Kalau dia boleh bantu dia akan bantu.Kalau tidak pun,dia boleh menjadi pendengar setia.Sekurang-kurangnya,beban tu hilanglah sikit walaupun tak banyak.

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now