TEASER : Siapa sebenarnya Syakira?

1.5K 21 0
                                    

🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷
"So,Kira macam mana sekarang ini? Lima tahun tak jumpa dah lain.Nasib baik abang dapat cam lagi. Dah ada kekasih atau masih tunggu abang lagi? Abang single dah sekarang ini."
               "Apa salahnya? Kira pun single lagi." "
           "Syakira,abang main-mainlah. Janganlah ambil serius.Dah lima tahun tak jumpa, sesekali bergurau apa salahnya,kan? Dahlah,kita lupakan." Tengku Shamil masak dengan perangai Syakira.Dia takut gadis itu akan menyimpan lagi perasaan padanya.Dia tak nak lukakan hati adik sepupunya.Dia sayang akan adik sepupunya itu.
           "Kira tak bergurau pun abang.Kira serius.Abang je yang bergurau." Tegas Syakira berkata-kata.Sungguh,dia tidak mahu berputih mata.Dia mencintai Tengku Shamil sejak kecil lagi sehingga sekarang.Dia keluar negara pun, semata-mata untuk melarikan diri daripada Tengku Shamil.Dia tak sanggup melihat orang yang dicintainya sepenuh hati bahagia di sisi wanita lain.Perkara itu amat menyakitkan.Sangat menyakitkan.
         "Kira,takkan sepanjang lima tahun Kira kat Itali,satu lelaki yang sesuai dengan Kira pun, Kira tak jumpa.Takkanlah,Kira masih harapkan abang?"
         "Tak ada satu pun yang macam abang.Kalau Kira cakap ya,yang Kira masih menunggu abang.Apa abang nak cakap?" Syakira berterus terang.Dia sudah cakap yang dia tidak mahu berputih mata.Tengku Shamil mesti jatuh ke tangannya walau macammana sekalipun. Itu tekadnya.
          "Kira please.Jangan buat abang macam ini.Kira tahukan yang abang hanya mencintai arwah sahaja.Tak mungkin ada perempuan yang boleh ganti tempat arwah.Kira kena faham abang."
           "Habis siapa yang nak faham dengan Kira? Abang,sedar tak yang Kak Aisyah dah meninggal.Orang yang dah meninggal tak akan kembali lagi." Keras nada suara Syakira.Dia perlu menyakinkan Tengku Shamil dengan cintanya.
          "Kak Aisyah memang dah meninggal. Tapi dia masih ada dalam hati abang,sampai bila-bila." Tengku Shamil meletakkan tangan kanannya di dada.Mana mungkin dia terima perempuan lain dalam hidupnya selain Aisyah.
          "Huh,apa salahnya abang buka hati abang untuk perempuan lain.Come on lah abang, abangkan masih muda.Umur abang baru 28 tahun.Hidup abang masih panjang. Abang masih perlukan wanita dalam hidup abang.Abang tak nak ada zuriat sendiri ke? Abang nak hidup sampai tua ke dengan bayang-bayang arwah? Abang terlalu taksud dengan cinta abang."
           "Syakira." Jerkah Tengku Shamil Zaquan.Serta merta dia bangun.
           Syakira tersenyum sinis.
          "Kira betul-betul cintakan abang.Abang tahukan macam mana cinta Kira pada abang? Sejak kecil perasan itu dah ada.Kira dah cuba buang perasaan cinta ini terhadap abang masa abang beritahu Kira yang abang dah jatuh hati kat Kak Aisyah.Tapi Kira tak boleh, abang. Banyak kali Kira cuba,abang.Hati kira sakit sangat tengok abang dan Kak Aisyah bahagia. Kira cuba terima,tapi tak mudah abang.Sebab hati Kira dah jatuh cinta kat abang." Syakira mengesat air mata yang mengalir dipipinya.
          "Kira cuba terima cinta lelaki lain,tapi tak boleh sebab dalam hati Kira hanya ada abang seorang sahaja.Kira tak nak lukakan hati lelaki lain,sebab Kira dah rasa bagaimana sakitnya rasa dikecewakan.Demi nak hilangkan perasaan cinta Kira pada abang Kira sanggup ke luar negara abang,sebab Kira fikir bila Kira jauh dari abang Kira dapat lupakan abang.Tapi Kira silap abang.Kira lebih menderita kat sana,setiap masa,setiap saat Kira hanya ingatkan abang." Syakira terdiam sebentar.Pedih tapi itulah yang dirasainya.
          "Abang tahu tak? Betapa peritnya Kira selama ini.Hanya Kira yang tahu perasaan Kira. Kira tak pernah minta pun nak jatuh cinta kat abang,perasaan itu hadir dengan sendirinya tanpa dapat Kira tahan.Sangat terseksa abang,merindu orang yang disayang menjadi milik wanita lain."
           Tengku Shamil hanya meraup wajahnya.

           
*Jangan lupa vote⭐️

#keranadiamanusiabiasa

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now