🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷
"Aira!" Tersentak Nurin Aira apabila dijerkah begitu.Tengku Shamil berada di pintu dengan riak wajah yang sangat tegas.Nurin Aira memeluk Alia erat,dia takut dengan renungan lelaki itu.Itulah kali pertama Tengku Shamil memanggil dirinya, secara kasar pula itu.
Tengku Shamil terus mengheret Nurin Aira masuk ke bilik. Tidak dihiraukan langsung jeritan kecil Nurin Aira.Alia berlari mengikut mamanya itu. Tengku Shamil melepaskan lengan Nurin Aira yang digenggamnya di hadapan almari milik Aisyah.
"Apa ni?"
Nurin Aira tidak faham dengan maksud kata-kata lelaki itu.Apa yang dia telah buat?
"Awak cakap apa,saya tak faham?"
"Kau ni memang jenis macam ni ke,hah? Susah nak mengaku kesalahan sendiri. Aku dah pesan jangan usik barang-barang aku,kenapa kau degil?" Suara lelaki itu semakin tinggi. Makin berkerut dahi Nurin Aira.Apa dia cakap ni?
"Awak,saya memang tak faham apa awak cakap ni. Saya buat apa?"
Marah Tengku Shamil semakin bertambah.Tanpa berfikir panjang,dia mengambil baja-baju yang bergantungan lalu dilemparkan ke muka Nurin Aira.Tak cukup dengan itu,dia mengambil pula pakaian yang dilipat kemas lalu dilemparkan ke muka itu. Terkejut bukan main Nurin Aira dengan tindakan lelaki itu.Tak pernah seumur hidupnya dia dilayan seperti ni.
"Sekarang kau dah faham,belum? Aku pantang tahu tak,kalau orang usik barang-barang arwah.Aku dah pernah cakapkan dengan kau."
"Saya tak buatlah.Saya tak tahu apa-apa". Nurin Aira cuba untuk pertahankan dirinya.
Suasana makin panas.Tengku Shamil makin angin.Kenapa susah sangat perempuan ni nak mengaku? Kenapa masih nak pertahankan diri,walaupun diri itu sudah terang bersalah.
"Kau memang pandaikan berpura-pura.Sekarang aku tanya kau,mana baju-baju Sya."
"Saya tak tahu.Awak faham tak saya tak tahu apa-apa." Nurin Aira juga sudah meninggikan suaranya.Sakit juga hati apabila dituduh begitu.
"Eh...perempuan.Mana baju-baju Sya? Kau jangan nak naikkan darah aku.Tak ada siapa yang berani sentuh harta benda arwah." Sekali lagi Tengku Shamil menjerkah Nurin Aira.Hatinya panas apabila Nurin Aira hanya menjawab tak tahu.Tengku Shamil seperti hilang arah,dia merentap kuat lengan Nurin Aira.
Nurin Aira terkejut dengan tindakan drastik itu.Entah mana silapnya,tiba-tiba kepala Nurin Aira terhantuk kuat dengan dinding almari itu.Kepalanya mula berpinar-pinar.Tengku Shamil tergaman dengan situasi yang berlaku itu.Alia sudah menerpa ke arah Nurin Aira sambil menangis teresak-esak.
"Shamil!"*Jangan lupa vote⭐️
#keranadiamanusiabiasa
YOU ARE READING
KERANA DIA MANUSIA BIASA
RomanceAKAN DATANG DI SLOT SAMARINDA TV 3. Lakonan Emma Maembong & Shukri Yahaya🌷 "Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi,paling kesian akulah.Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni.Kau anak kau sama je." -Tengku Shamil...