TEASER: Kurang ajar!!!!

601 8 0
                                    

🌷KERANA DIA MANUSIA BIASA🌷
MAK CIK HASNAH mengetap bibir.Geram dengan adiknya Halimah.Sejak kecil memang suka menyusahkan orang.Tak boleh tengok aku duduk senang ada je benda nak dimintanya.Anak dia bukannya tidak bekerja.Ada.Tapi tetap ingin menyusahkan aku.Si Nazim ada,tak pun si Aira tu.
Takkan budak bertuah tu tak kirim duit dekat mak dia.Kerja kat Kuala Lumpur. Kau ingat kelas sangat ke kerja kat sana.Sakit hatinya apabila melihat Nurin Aira berjaya menjadi Akauntan dan sudah mempunyai kereta sendiri.Ramai pula penduduk kampung memuji anak adiknya.Pandailah,cantiklah,sopan santunlah.Dia yang mendengar serasa ingin saja menyumbat kapas dalam telinganya.
Kalau si Nazim tu patutlah tak kirim duit.Dia sendiri pun tak cukup duit untuk dirinya sendiri.Kerja kampung katakan. Tapi si Aira tu.Nak berasap telinganya mendengar nama itu. Dahlah,dulu malukan aku.Balik-balik, bawa seorang budak.Gempar satu kampung ni.
"Kau, ingat aku ini cop duit ke,hah?" Marah Mak Cik Hasnah sambil bercekak pinggang.
"Akak,Limah nak seratus je.Nanti bila Aira atau Nazim bagi duit,Limah bayarlah balik."
"Seratus je? Kau ingat duit tu turun dari langit ke?" jerkah mak cik Hasnah.
"Limah janji,Limah akan bayar balik,Limah janji" Mak Cik Halimah merayu.Kesian Aima,dia perlukan duit sebanyak seratus untuk menduduki ujian MUET.Mak cik Halimah tahu pun daripada jirannya yang menyatakan Aima bekerja di kedai makan selepas habis waktu sekolah sebagai pencuci pingan mangkuk untuk membayar duit ujian MUET.Sedih hatinya, melihat anaknya sebegitu.Tanpa membuang masa, terus dia mencari Aima, dan diheretnya pulang.
Dia tidak rela anaknya susah.Biar dia sahaja yang susah.Dia tak kisah.
"Akak, kesian Aima kak,dia..."
"Ah!...aku tak kisah.Itu masalah kau anak beranak."
"Tapi kak..." sedih hatinya dilayan sebegitu oleh kakak kandungnya sendiri.Dia ibarat orang luar.Padahal, mereka seibu sebapa.
"Tak ada tapi-tapi.Kau berambus.Naik benci aku tengok muka kau ni." Mak Cik Hasnah meludah ke tanah.

*Jangan lupa vote⭐️

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now