BAB 11

2.4K 32 0
                                    

NURIN AIRA melangkah masuk ke dalam pejabat dalam keadaan tergesa-gesa.Hari ini dia lambat lagi.Sudah dua hari dia lambat semenjak ketiadaan Suraya di rumah.Dia terlupa untuk mengunci jam loceng miliknya.Di skrin telefon, ada beberapa panggilan daripada Suraya yang tidak dijawab olehnya.Orang tidur,manalah nak sedar bunyi telefon.

            Nasib baik,Suraya cerdik. Dia pergi menelefon telefon rumah berkali-kali.Alia yang terjaga dahulu daripadanya yang mengangkat dan Alia juga yang mengejutkannya daripada tidur.Fuhhh...mujur ada Alia.

             Ketika itu jam sudah, menunjukkan angka 7.10 pagi.Kelam-kabut dia dibuatnya.Nurin Aira hanya sempat menyediakan roti bakar sahaja untuk Alia.Mujur,Alia tidak cerewet.Apa sahaja yang dia masak pasti akan dimakan.Tidak pernah merungut.

           Nurin Aira menarik nafas lega sebaik sahaja sampai ke biliknya.Tak sia-sia dia memecut Myvi ungunya.Apa yang diharapkan,sepanjang perjalanan ke biliknya dia tidak akan terserempak dengan Syed Ilham,kalau tidak memang teruk dia kena leter.

          "Alhamdulilah, selamat aku. Tak payah dengar mamat tu berletar pagi-pagi buta macam ni.Mamat tu, kalau berleter memang mengalahkan nenek tua.Benda yang tak ada kena mengena pun boleh masuk dalam ceramahnya.Pot pet pot pet mulut dia.Tak penat ke asyik cakap." Nurin Aira menundukkan badannya untuk mengurut kaki yang terasa sedikit sengal akibat berjalan tadi.Mulutnya masih setia mengutuk majikannya.

             Nurin Aira tersengih sebaik mengangkat tubuhnya.Alamak,kantoi! Bila masa pulak dia masuk? Aku tak perasan pun.Nurin Aira terkejut apabila melihat kelibat majikannya Syed Ilham sudah pun berada di hadapannya. Segak lelaki itu mengenakan kemaja ungu yang dilipat paras siku.Ungu??? Nurin Aira melirik ke tubuhnya.Haah,samalah warna baju kita.  

         "Dah habis?" Syed Ilham merenung wajah wanita di hadapannya lalu menarik kerusi dan terus duduk.

           Dah habis apa? Memang dia selalu bagi ceramah kat aku,kalau aku datang lambat, yang hairannya staf lain datang lambat okey je.Tak ada pulak nak bebel.Tak adil betul.Dahlah main duduk je.Siapa bagi kebenaran entah? Tahulah ini syarikat bapak dia. "Dah, encik. Saya dah hantar laporan itu atas meja encik sebelum saya balik semalam.Takkan, encik tak jumpa?" Lurus Nurin Aira menjawab.

           Syed Ilham merenung tajam ke arah wanita itu.Dia ni, tak faham ke saja buat tak faham? Boleh pagi-pagi hari,dia duk mengata aku.Depan aku pulak. Ni mesti,kes tak puas hati lagi ni.Semalam datang lambat,hari ini lagilah dia datang lambat.Balas dendam ke apa?

          "Encik" Nurin Aira mendengus geram.Boleh dia berangan depan aku. Janganlah dia suruh aku balik lambat hari ini.Kesian Alia duk rumah jiran sorang-sorang.

          "Oh,sorry.Saya tanya benda lain,benda lain yang awak jawab ya,"

          "Haah," Nurin Aira menjawab tanpa mengetahui maksud pertanyaan Syed Ilham.

           Terjengil biji mata Syed Ilham.

          "Awalkan awak mari hari ini.Dahlah awak mari awal,sempat lagi awak mengata saya." Syed Ilham menyindir Nurin Aira.Nak  main-main sangatkan.

           'Oh,memang pun saya mari awal encik,saya kan pekerja cemerlang, dan saya tak mengata encik,itu memang kenyataan' Tetapi kata-kata itu hanya terluah dalam hatinya sahaja.

           "Saya minta maaf encik"

           "Selain perkataan ini,apalagi yang boleh awak cakapkan.Saya dah muak dengar. Datang lambat asyik tu je awak tahu cakap."Tegas suara Syed Ilham.

          "Sorry encik...eh tak...tak" Nurin Aira pantas menekup mulutnya.Tersasul pula. Gerun dia melihat renungan tajam mata Syed Ilham.Pantas dia menundukkan wajahnya.

KERANA DIA MANUSIA BIASAWhere stories live. Discover now