Hanmin berjalan seorang diri ke kantin untuk membeli makanan dan minuman. Pergi kantin mestilah beli makanan dengan minuman kann.
Sampai saja di kantin, dia terserempak dengan Haechan yang sedang duduk seorang diri di sebuah meja makan. Hanmin tersenyum lalu menghampiri Haechan.
" Hai Donghyuck! " Hanmin duduk di hadapan Haechan. Haechan memandang Hanmin dengan muka pelik.
" Mana kau tau nama aku Donghyuck? "
" Aku stalk ig kau. " Hanmin tersengih.
" Tak ada kerja ke apa stalk ig orang? " Haechan menjeling.
" Ada. Tu lah kerja aku, stalk ig crush. "
" Crush?! " Tersembur nasi goreng kimchi yang dimakan oleh Haechan. Dah lah tersembur kena muka Hanmin. Harap tabah.
" Yahhh Haechan! Pengotor lah kau! " Hanmin mengelap mukanya dengan menggunakan sapu tangannya.
" Mian. " Haechan menyambung semula makan nasi goreng kimchinya.
" Kau kenapa terkejut sangat bila aku sebut perkataan crush tu? " Tanya Hanmin sambil memandang Haechan yang sedang mengunyah makanannya.
" Nothing. " Haechan menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Sedap pulak aku tengok nasi goreng tu. Suapkan weh. "
" Kau gila? Memang tak aku nak suapkan kau. Pergi beli sendiri lah. "
" Kedekut siaa kau. " Hanmin memuncungkan bibirnya tanda merajuk.
" Pikir aku tergoda ke tengok kau buat bibir macam tu? Makin menyampah aku tengok. "
" K fine. "
" Haechannnnkuuu. " Tiba-tiba Hyunmin datang lalu duduk di sebelah Haechan. Hanmin pun dah pandang Hyunmin dengan pandangan menyemak-lah-minah-ni.
" Kau nak apa? " Soal Haechan pada Hyunmin.
" Nak teman awak makan lah. "
Min : aku sebenarnya geli tau nak taip macam ni, tapi apakan daya, aku terpaksa juga. Huhu.
Taeil : kalau dah geli tu kenapa taip jugk?
Min : barulah gempak.
Taeil : gempaklah sangat.
" Aku tak perlukan kau lah untuk teman aku. Berambus lah. "
" Halaa Haechan ni. Saya kan yeochin awak. Kenalah teman awak makan. " Hyunmin tersenyum-senyum sambil memandang Haechan.
Hanmin pula dah macam tunggul dekat situ. Sabar lah Han, nanti dia notice lah kehadiran kau dekat situ.
" Sejak bila kau yeochin aku? Aku tak ingin ada yeochin macam kau. " Balas Haechan.
" Apa ni Haechan. Jangan lah cakap macam tu. Nanti saya akan jadi yeochin awak jugak kan? "
" Kau ni tak paham bahasa eh? Dah dia kata dia taknak yeochin macam kau, berambus je lah dari hidup dia. " Hanmin bersuara untuk menyedarkan dua makhluk dihadapannya itu bahawa dia masih lagi wujud di situ.
Kenapa macam keling je ayat aku tu?
" Eh sejak bila minah ni ada dekat depan kita? " Hyunmin bertanya sambil memandang Haechan.
" Dia ada dekat situ sebelum kau datang menyemak dekat sini. " Jawab Haechan.
" Apa dia buat dekat sini? "
" Aku teman Haechan makan. Kenapa? Ada masalah? " Hanmin mengangkat sebelah keningnya sambil memandang Hyunmin.
" Kau tak malu ke teman namchin orang makan? "
" Aku tak malu sebab Haechan bukan namchin siapa-siapa pun. Kau tu ha yang tak malu mengaku dia namchin kau. " Balas Hanmin.
" Boleh tak kau berambus dari sini? Biar aku je yang teman Haechan makan. "
" Kau tu yang patut berambus. Aku tak ada selera nak makan bila ada kau dekat sini. " Kata Haechan pada Hyunmin.
Hanmin dah tersenyum sambil pandang Hyunmin dengan pandangan aku-ada-backup-kau-hado?
" Kenapa awak backup dia?! Awak patutnya backup saya! " Hyunmin memukul-mukul lengan Haechan. Haechan pulak dah buat muka macam nak tampo je si Hyunmin tu.
" Kau berambus je lah. Bukannya susah pun nak angkat kaki pergi dari sini. Ke kaki kau tu berat sangat sampai tak boleh nak angkat? " Kata Hanmin lalu menjeling Hyunmin.
" Kau apahal jeling aku? Pikir mata kau tu lawo lah nak main jeling-jeling? "
" Sebab mata aku lawo lah aku jeling kau. "
" Lamakk nak gaduh pulak budak berdua ni. Nak gaduh, pergi gaduh jauh-jauh lah. Jangan gaduh dekat sini. Aku sembur nasi goreng ni dekat muka sorang-sorang nanti. " Haechan mencelah.
" Perempuan tu yang cari gaduh dengan saya dulu! " Hyunmin menjeling Hanmin.
" Eh apahal aku pulak? Kau yang tiba-tiba datang sini. Tadi aku bahagia je berdua dengan Haechan. "
" Kau.. memang sengaja nak cari gaduh dengan aku kan?! " Hyunmin bangun lalu mengambil air kopi panas kepunyaan Haechan dan dia menghampiri Hanmin.
Hanmin turut sama bangun begitu juga dengan Haechan.
" Kau nak buat apa? Nak simbah air tu dekat aku? Kau pikir aku takut ke? " Hanmin memandang Hyunmin yang berada di hadapannya.
" Kau dengan geng kau semua tu memang tak tau malu kacau namchin orang! Dah lah baru masuk sekolah ni, nak rampas hak orang pulak. Pikir korang semua cantik sangat ke? "
" At least hati kami tak busuk macam hati korang! " Hanmin membalas. Jangan ingat dia akan berdiam diri, memang tidak lah!
" Kau.. memang kurang ajar! " Hyunmin menyimbah air kopi panas itu pada Hanmin. Hanmin memejamkan matanya.
" Arghh. " Haechan mengerang kesakitan.
Min : Huaaa HAECHAN HERO UWUUU
Taeil : kau apahal over sangat ?
Min : sibuk lah kau!
Hanmin membuka matanya tatkala terdengar suara Haechan. Hanmin memandang tangan Haechan yang melecur akibat terkena kopi panas itu.
Dah terkena air panas, memang lah melecur kan.
" Haechan! " Hanmin memegang tangan Haechan untuk melihat tangan Haechan yang melecur itu.
" Haechan, saya.. " belum sempat Hyunmin berkata, Haechan pantas memotong.
" Kau diam! " Haechan berlalu dari situ dengan Hanmin. Yelah Hanmin tengah pegang tangan dia, so dia angkut lah Hanmin tu sekali pergi dari situ.
Hyunmin hanya memandang. Dia menggenggam tangannya tanda geram apabila melihat Hanmin mengikuti Haechan.
Min : padan muka kau! Yang kau simbah air tu apahal?
Taeil : dah kau yang bagi watak dia macam tu. Dia hanya menjalankan kerja dia je.
Hyunmin : betul! Aku sokong Taeil.
Min : huh, yelah! K bersambung.. stay tune for next chapter!
YOU ARE READING
My First and Last [NCT DREAM AF]
Random" kau yang pertama dan juga yang terakhir " ××× NCT DREAM ! MAAP YINI AF SUDAH TUTUP LAH WOI Cover by : @Nurlini26