17 ✨

98 13 67
                                    

Seorin berjalan menuju ke lokernya. Tiba-tiba badannya ditolak oleh seseorang dan menyebabkan badannya terhentak pada loker.

" Argh, sakitlah bongok! " Seorin memandang orang yang menolaknya tadi iaitu Jeon Meiko.

" Sakit? Kau punya sakit tu tak sesakit hati aku lah! "

Seorin menolak badan Meiko jauh daripadanya.

" Apa masalah kau siaa. Demam ke apa? Tiba-tiba datang serang. Gila eh. "

" Kau tu yang gila. Kau ingat aku tak tau ke yang kau nak usya Mark? Hello, Mark is mine okayy. Kau tak ada hak nak rampas dia daripada aku. " Meiko memandang tajam ke arah Seorin.

" Haduhh perempuan ni gedik-gedik pulak. Ada kena mengena dengan hidup kau ke kalau aku nak usya Mark? "

" Tentulah ada! Mark aku punya. Kau jangan mimpilah nak dapatkan Mark tu. "

" Kau pun sama, jangan nak mimpi yang Mark tu kau punya. Sedar lah diri tu sikit, dah lah perangai macam syaiton. Kau pikir Mark nak dekat kau ke? " Seorin tersenyum sinis apabila Meiko memandangnya tak puas hati.

" Kau pikir kau tu baik sangat ke ha? "

" Of course lah aku baik. Aku tak sejahat macam kau yang tiba-tiba serang orang sebab nak gaduh pasal jantan. Goshh, kau ada otak kan? Pikir matang lah dude. Dah besar kan. Buat apa nak gaduh-gaduh. Haduh aku malas lah layan perempuan macam kau ni. Dah lah, baik aku blah. "

Baru saja Seorin hendak melangkah pergi, Meiko menolaknya sekali lagi.

" Ehh kau ni memang nak aku hentak kepala kau dekat loker ni ke apa? " Seorin memandang Meiko.

" Sebelum kepala kau yang aku hentak, aku nak bagi kau warning. Jangan sesekali dekat dengan Mark! "

" Acah-acah gangster pulak. Kau pikir aku takut ke dengan warning kau tu? " Balas Seorin.

" Kau ni memang degil kan? "

" Kalau aku degil pun, ada menyusahkan kau ke? "

" Memang menyusahkan aku! " Meiko menghentak kepala Seorin pada loker dengan kuat.

Min : Lamakk macam drama lah siut

Taeil : Tu lah , kau lebih tengok drama nih . Sebab tu cerita kau pun dah macam drama

" Argh. " Seorin memegang kepalanya. Terdapat cecair merah mengalir.

" Aku dah kata, tapi kau taknak dengar. " Sekali lagi Meiko menghentakkan kepala Seorin ke loker.

Seorin hampir nak pengsan di situ.

" Siapa suruh kau degil? Ni lah padahnya. " Meiko menghentak kepala Seorin sekali lagi tetapi dengan lebih kuat.

Seorin rebah disitu. Sebelum dia menutup mata, dia memandang Meiko.

" Kalau aku.. mati.. nanti. Kau.. yang akan.. aku cari. " Dan akhirnya mata Seorin tertutup.

Min : Lekk dia belum mati lagi .

" Kalau kau mati, lagi aman hidup aku. " Meiko terus pergi dari situ.

***

Seorin membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya sakit terasa seperti mencucuk-cucuk. Dia memegang kepalanya, kepalanya sudah pun dibalut.

Seorin memandang sekeliling, dia ternampak seorang namja yang bediri membelakanginya.

" Uhukk. " Seorin buat-buat batuk untuk menyedarkan namja itu ke alam realiti.

Namja itu memalingkan wajahnya menghadap Seorin. Seorin agak terkejut melihat namja yang dikenalinya itu.

" Kau ke yang bawak aku ke sini? " Seorin memandang Mark yang sedang berjalan ke arahnya.

" Kau nampak ada orang lain ke dekat sini selain aku? "

" Manalah tau kalau orang tu dah pergi, tapi kau yang kena jaga. "

" Kalau bukan aku yang bawak kau, memang tak aku nak jaga kau. " Balas Mark.

" Whatever. Btw, thanks. "

" Hm. "

Seorin memandang Mark, tiba-tiba kepalanya kembali sakit.

" Arghh. " Seorin memejamkan matanya sambil memegang kepalanya.

" Kau baring lah. Kepala kau sakit lagi tu. " Mark menolong membaringkan Seorin. Lamakk sweetnya lahaii.

Seorin pandang Mark dengan muka pelik.

" Kau kenapa pandang aku macam tu? " Soal Mark.

" Kenapa kau caring tiba-tiba? Demam eh? "

" Aku bukan caring sebab kau eh. Ni aku tolong sebab kau sakit. "

" Hm, ingatkan sebab aku. " Seorin acah-acah merajuk.

" Dah lah, kau tidur dulu. Nanti aku panggilkan kawan-kawan kau. "

" Tak payah lah. Aku taknak menyusahkan kawan-kawan aku. Kau je lah yang teman aku. " Kata Seorin.

" Kau nak menyusahkan aku ke apa? "

" Hala, kau kan malas nak belajar. So, teman lah aku dekat sini. "

" Suka hati kau je kata aku malas belajar. Yelah, aku teman kau. Tapi kejap je, nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah. " Kata Mark.

" Bukannya ada pencegah maksiat pun dekat sekolah ni. "

" Manalah tau tiba-tiba ada. "

" Whatever. Aku nak tidur jap, kau jangan buat macam-macam eh bila aku tidur nanti. Kalau kau buat apa-apa dekat aku, memang aku campak kau dari tingkat dua ni. " Seorin memandang Mark.

" Kau sendiri yang suruh aku teman kau, lepastu kau sendiri yang takut kalau aku buat apa-apa. "

" Yelah, kau kan namja. Otak namja bukan betul pun kadang. "

" Baik kau tidur sebelum aku-- "

" Yahhh, otak tu jangan byun sangat lah! " Seorin menjeling.

" Ish, tidur je lah! Aku ni budak baik. Kau jangan risau. "

" Baiklah sangat. " Seorin pun menutup matanya untuk tidur.

Tanpa dia sedar, Mark tersenyum nipis sambil memandang ke arahnya.

Min : Yaa dah ada tanda-tanda bahawa Mark akan menyukai Seorin.

Taeil : Bersambung.. tunggu next chapter okayy.

Min : btw, Min mintak maaf sbb dah lama tak update . Huhuhu , maafkan seyaa . Hope korang still setia ngn af yini





thefabulousdaughter
Seo_rin89
Yuki_VaNilla12
Jun_min_wa
hmin04
Haera_RaraaShima
QurratuAAyyun
Tika_Atikah98
BibiOwlet96
ymin04
minghao_04
Zyerisz
Lovely_I12

My First and Last [NCT DREAM AF] Where stories live. Discover now