BAB 1

345 8 0
                                    

Seusai solat Isyak, kelihatan seorang lelaki muda masih duduk di saat jemaah lain mulai bersurai. Kepalanya menunduk seakan berfikir sesuatu yang dalam. Dia mengurut dadanya. Terasa hiba dan berat sekali perasaan itu. Tidak tahu punca asal atau penyebabnya. Lama.

Kehadirannya disedari oleh Wak Sabir yang merupakan Imam surau Kampung Thamar itu.

"Termenung jauh Indra?"

Wak Sabir memegang bahu Indra dengan lembut supaya dia tidak terlalu terperanjat.

Lamunan Indra terhenti apabila bahunya dipegang oleh seseorang.

"Wak Sabir rupanya."

Indra bingkas bangun untuk bersalam dengan Wak Sabir.

Wak Sabir membalas salaman Indra.

"Kamu ada masalahkah?"

Wak Sabir cuba menduga.

"Saya rasa tak sedap hati Wak. Rasa macam gelisah."

Jawapan Indra mengiyakan dugaan Wak Sabir.

Mendengar dia menjawab begitu, Wak Sabir terus menepuk belakang Indra. Tanda memahami.

"Langsungkanlah solat sunat, Insya-Allah dilapangkan hati kamu."

Indra hanya mengangguk saranan yang diberi oleh Wak. Barangkali masih berfikir.

Wak Sabir tersenyum. Biasalah anak muda yang masih dalam proses meningkat dewasa. Masalah datang tidak mengenal umur. Maka mendekatkan diri kepada Allah adalah jalan terbaik.

"Wak minta diri dulu Indra. Assalamualaikum."

"Terima kasih Wak. Waalaikumussalam."

Masih ada beberapa orang penduduk kampung Thamar yang menjalankan ibadah lain seperti mengaji Al-Quran dan berzikir. Indra mengambil peluang itu untuk melakukan solat sunat dua rakaat.

Panjang doa yang dipohon terutama sekali kepada kedua ibu bapanya. Selesai mengerjakan solat sunat, segala kerunsingan tadi kian lapang. Indra terus bergerak pulang ke rumah.

..........

"Aku kata pergi Sum, pergi! Sebelum anak aku nampak kau!"

Buk Sari merayu kepada Kesuma supaya pergi kerana dia dapat merasakan anak lelakinya sedang dalam perjalanan pulang dari surau. Kesuma masih tidak berganjak.

"Sudah lama aku bersembunyi Sari. Dia perlu tahu hakikat sebenar! Inilah saatnya..."

"Jangan Sum! Aku merayu!" Rayuan Buk Sari kian menjadi-jadi. Tetapi Kesuma langsung tidak mengendahkan perempuan tua itu.

"Arrghhh!"

Buk Sari berteriak saat Kesuma masuk melalui belakang tengkuknya. Lubang rumah Kesuma. Badannya sudah dikendali sepenuhnya oleh Kesuma.

Indra yang baru sahaja memberi salam, tersentak mendengar jeritan tersebut. Dia bergegas ke bilik dan terkejut melihat emaknya sedang melutut di atas lantai.

"Kenapa mak? Indra dengar mak jerit tadi. Kenapa diam saja ni mak?"

Bertalu-talu Indra menyoal emaknya. Buk Sari hanya diam. Dia cuba membangunkan Buk Sari, malang nasibnya, badan perempuan tua itu tiba-tiba menjadi berat sekali. Seperti ditindih sesuatu yang besar.

Indra bingung. Dia mengundur perlahan ke belakang dan berhenti di dinding. Buk Sari hanya tertunduk; mukanya diliputi rambut hitam yang sangat panjang. Tiba-tiba, perempuan tua itu bercakap sendirian. Kepalanya diangguk-angguk beberapa kali. Semakin lama, semakin kuat suaranya. Suara perempuan tetapi versi garau.

BOJO BELING (WATTY'S WINNER 2019)Where stories live. Discover now