BAB 8

70 3 4
                                    

Pertemuan sedarah jauh.

Malam pekat seakan tidak mampu menghalang niat Buk Loma yang sudah dipenuhi amarah. Ghairah benar perasaannya ingin bertemu Anggit. Menunaikan segala rasa yang terbuku di pekung hati; itulah desakan yang membuatkan Buk Loma terpaksa menipu suaminya.

Kereta yang dinaiki Buk Loma meluncur laju merentas bandar sebelum memasuki kawasan setinggan. Hampir 40 minit, barulah dia tiba di Kampung Hattala. Buk Loma terpinga-pinga melihat keadaan sekeliling. Terasa seperti pertama kali menjejakkan kaki ke situ. Sudah bertahun-tahun dia meninggalkan kampung halamannya.

"Ahh! Aku lupa arah tuju ke rumah Anggit."

Buk Loma memberhentikan keretanya di bawah sebuah pohon yang besar. Dalam sedar tak sedar, dia sudah berada di sebuah jalan yang sunyi. Kanan kirinya hanya dipenuhi hutan yang tebal. Sesekali bunyi cengkerik memenuhi suasana. Lampu jalan juga jauh antara satu dengan yang lain.

Dia memberanikan diri untuk keluar dari kereta. Enjin dibiarkan hidup. Peluh dingin memenuhi segenap badan; seram sejuk. Buk Loma memeluk tubuhnya sambil berjalan perlahan-lahan ke hadapan kereta. Tercari-cari sebuah rumah pusaka yang sepatutnya dia berkunjung. Selangkah demi selangkah dia cuba meninjau sekeliling. Hanya rimbunan pohon bergeser lembut ditiup bayu malam.

"Sepatutnya rumah tu berdekatan sini atau aku sudah nyanyuk kah?"

Kali ini, dia cuba memanggil nama Anggit berulang kali.

"Anggit, aku betul-betul nak jumpa kau. Tolong, aku sesat Anggit..."

Langit hitam semakin menyelubungi diri Buk Loma. Peluh dingin semakin rancak di bahagian tapak tangan. Tanpa berlengah, dia berjalan laju menuju ke kereta. Dikuncinya pintu dan cuba untuk bergerak. Malang nasibnya, kereta itu tidak berganjak langsung seolah-olah ada balak besar yang menyekat tayar itu.

"Anggit, keluarlah Anggit! Aku takut Anggit! Kumohon datanglah kepadaku!"

"Tok! Tok! Tok!"

Tingkap kereta diketuk kuat.

Buk Loma yang menutup mukanya akibat takut berasa gempar mendengar ketukan itu. Dia terpandang seseorang di luar; berkelumbung menutupi muka dengan kain batik.

"K-kau siapa?!"

Suara Buk Loma tidak didengari oleh perempuan misteri itu. Sekali lagi dia mengetuk cermin tingkap itu sebanyak tiga kali. Buk Loma memberanikan diri lalu membuka sedikit tingkap.

"Aku mohon kau untuk berbicara! Kau siapa?"

Buk Loma menjuih bibir supaya suaranya didengari oleh perempuan itu.

"Benarkah kau Loma, isteri Raden?"

Perempuan itu mula bersuara.

"Ya-ya benar. Aku isterinya. Bagaimana kau tahu perihal aku?"

Dia mengangkat dan menyelak sedikit kelumbung itu dan memperlihatkan wajahnya kepada Buk Loma. Ternyata itu Anggit!

"Anggitttt!"

Hampir luruh jantung Buk Loma setelah mengetahui perempuan itu sebenarnya kakak kandungnya sendiri. Dia terus membuka pintu kereta dan memeluk semahunya.

"Anggit, aku perlukan bantuanmu. Sudah lama aku tidak berkunjung melihat kamu dan rumah pusaka. Maafkan aku Anggit!"

Tersendu-sendu Buk Loma menangis di bahu Anggit.

Anggit tidak membalas pelukan itu. Sebaliknya dia cuma berdiam dan hanya sedikit tangisan yang mengalir.

"Mana rumah kita Anggit?"

Buk Loma menampakkan wajah yang sangat gembira melihat kakaknya.

"Bantuan apa yang engkau perlukan dari aku?"

Anggit terus mengetengahkan soalan lain. Dia mula berjalan perlahan. Kelumbung ditutup semula sehingga wajahnya terlindung.

"Anggit, kau tak rindu aku? Aku sangat perlukan bantuanmu. Dan aku percaya hanya engkau sahaja yang mampu tunaikan hasrat aku!"

Saat Anggit mendengar kata-kata adiknya, dia mengukir senyuman bangga. Tak disangka ilmu yang tersemat di dada bakal dia tunjukkan pada Loma.

"Ikut aku!"

Perintah Anggit. Dia memetik jarinya tanda untuk memukau Buk Loma.

"Baik Anggit."

Buk Loma terus mengekori langkah Anggit. Fikiran Buk Loma sudah dipukau. Tidak mengendahkan lagi keretanya diletakkan sahaja di situ.

Mereka berdua berjalan memasuki kawasan gelap itu. Buk Loma terus mengikuti Anggit seperti anak kecil yang mengikuti ibunya. Mereka melalui denai, cerun bukit dan juga aliran sungai untuk sampai ke tempat kediaman Anggit.

Selang sejam kemudian, tibalah mereka di sebuah gua usang yang sudah menjadi rumah Anggit. Gua itu kelihatan samar-samar saja hasil dari dua buah lampu minyak tanah. Anggit perlu hidup dalam kegelapan bagi mencapai tingkat tinggi dalam ilmu hitam.

"Duduk Loma!"

Dia memetik jarinya untuk menyedarkan adiknya dari pukau.

"Aku di mana Anggit? Macam mana aku boleh sampai sini?"

Dia terpinga-pinga melihat keadaan sekeliling. Gua dan cerun bukit sahaja yang kelihatan. Di bawah sana ada sungai mengalir segar.

Anggit hanya mendiamkan diri. Dia melepaskan baju dan kelumbungnya. Kain basah disarung menutupi dada. Rambutnya disanggul kemas dengan sebatang ranting pokok. Sebuah dulang berisi tujuh jenis bunga dilenggang di pinggang kanannya. Dia langsung tidak mengendahkan Loma.

"Anggit! Kau nak ke mana?"

Loma hairan melihat Anggit yang masih muda seperti dahulu dan tak dimakan tua langsung.

"Shushhhh..."

Anggit mengangkat jarinya ke bibir mulus itu. Matanya menjeling tajam ke arah Buk Loma.

"Jangan tinggalkan aku Anggit! Buk Loma memegang kaki Anggit.

"Kau tunggu di sini Loma! Lepaskan tangan aku!"

Anggit menolak Buk Loma sehingga dia tersungkur ke lantai.

"Anggittt..."

Buk Loma cuba bangun namun tindakannya itu terpaksa dihentikan apabila matanya tertancap seorang perempuan hodoh dengan lidah terjelir mengikuti belakang Anggit. Dia mengundur ke belakang sedikit akibat terkejut.

Anggit berhenti berjalan. Dia memandang Buk Loma.

"Kau mahukan bantuan aku bukan? Tunggu saja di sini sehingga aku selesai sucikan diri aku."

Anggit terus berjalan bersama makhluk di belakangnya ke arah sungai di bawah bukit.

"Dup dap dup dap."

Detak jantung Buk Loma semakin kencang apabila dia melihat sesuatu sedang berlari ke arah dia. Cuba menjerit, namun mulutnya terkunci rapat.

"Tolong!"

Hanya suara hati yang berteriak.

BOJO BELING (WATTY'S WINNER 2019)Where stories live. Discover now