BAB 2

214 5 0
                                    

Sejuknya embun malam kian memenuhi ruang rumah papan milik arwah Buk Sari. Malam itu, tinggallah Indra seorang diri di rumah. Akibat sedih dan kepenatan, dia berbaring di sofa usang itu; cuba melelapkan mata namun gagal. Dia terlihat seperti runsing akan sesuatu.

Indra tidak pasti sama ada hanya dia atau ada penduduk lain yang nampak susuk tubuh perempuan itu. Ingatannya menjadi samar-samar kerana dia tidak tahu apa yang telah terjadi selepas ternampak perempuan itu. Cuma apabila dia sudah sedar, hanya Bimo yang ada di sebelahnya.

"Semua orang dah balik dan tinggal aku saja. Waktu tu aku nampak perempuan berdiri! Lepas tu, aku dah tak ingat apa yang jadi. Bila aku sedar, ada Bimo saja. Bila aku tanya pasal perempuan tu, Bimo pun cakap yang dia tak nampak apa-apa."

Indra bercakap sendirian dengan harapan dia dapat mengingat semula.

Susuk tubuh itu milik perempuan muda yang berkebaya renda berwarna hijau nilam. Kain batiknya bercorak Jawa. Rambutnya disanggul kemas seperti artis Indonesia, Ashanty. Bunga melur terselit megah di bahagian atas sanggul dan meleret ke bahu kanannya. Wajahnya disolek seperti pengantin serta mata dihias celak hitam. Kulitnya kelihatan mulus; jelas kelihatan bibir merah bak delima merekah itu. Senyumannya manis menggoda. Tangannya disilang sopan.

Memori Indra hanya berhenti sampai situ sahaja.

"Tapi aku hairan la kenapa dia sebut nama ayah aku? Apa kaitan perempuan tu dengan dia? Takkan bunian? Hmm..."

Banyak persoalan mula timbul di benak jiwanya. Indra hampir terlelap. Tiba-tiba...

"Janji kita disatukan."

"Kasih tidak ketepikan."

"Mana mungkin perpisahan."

"Aku damba kesetiaan..."

Suara perempuan merdu bergema dari dalam bilik Buk Sari. (Rentak lagu dari Kodaline - All I Want)

Niatnya untuk tidur terpaksa dibatalkan. Dia mendengar seseorang sedang menyanyi di dalam bilik ibunya. Gementar bukan kepalang lagi kerana hanya dia seorang di rumah.

"Siapa tu?!"

Jerkah Indra.

Dia berjalan perlahan ke arah bilik emaknya. Daun pintu bilik dikuak sedikit. Dia menjengah keadaan sekeliling. Kosong. Kali ini, suara nyanyian itu semakin kuat.

"Cintailah aku."

"Aku tetap menunggumu."

"Hingga akhir hayatku..."

Nyanyian itu sendu sekali. Seram sejuk dibuatnya. Lutut berasa longgar dan hampir mahu jatuh. Ada angin kuat menerpa keluar dari bilik meniup Indra. Dia terduduk lalu terlunjur di hadapan bilik itu; dengan tidak semena-mena penglihatannya menjadi kabur.

"Aduh! Mata aku."

Digosok mata itu berulang kali.

Seseorang sedang berdiri tepat di hadapannya.

"Engkau siapa?!"

Sunyi. Tiada jawapan.

Indra meraba-raba di kanan dan kirinya. Kakinya tidak dapat dibengkokkan. Walaupun kabur, dia dapat merasakan makhluk itu mendekatkan wajahnya ke muka Indra. Indra menundukkan kepalanya. Dia tidak berani untuk bertentang mata dengan makhluk itu. Bau busuk itu menusuk tajam ke dalam hidung Indra.

"Kau milik aku Mardi!"

Suara makhluk itu parau sekali.

"Aku b-bukan Mardi!"

BOJO BELING (WATTY'S WINNER 2019)Where stories live. Discover now