BAB 4

135 6 0
                                    

Sudah hampir seminggu Indra menetap di rumah Wak Dimas. Setakat ini tiada apa-apa gangguan atau kejadian aneh yang berlaku. Lagipun bungkusan Bojo Beling itu dijaga oleh Iyang. Di situlah tempat tinggal Kesuma.

Ibadah diperkuatkan sepanjang duduk di rumah Wak Dimas. Indra juga tidak dibenarkan seorang diri sekiranya dia keluar ke kedai atau menziarahi Wak Sabir. Pasti Bimo yang akan menemani dia. Wak Dimas dan Bimo juga mula bekerja seperti biasa.

..........

"Kalian semua esok petang lepas Asar kita akan ke rumah Iyang. Jangan lupa."

Wak sedang mencedok kari ikan merah dan makan dengan penuh berselera.

"Kecuali umi. Lelaki saja yang akan pergi esok," tambah Wak.

"Kenapa pula? Umi akan ikut sekali nanti."

"Salwa duduk di rumah saja la. Bahaya kalau perempuan ikut. Badan lemah."

Wak Dimas mengenyit mata pada Indra dan Bimo tanda melawak. Sangat jarang dia melawak begitu.

"Amboi baba, mentanglah saya perempuan. Saya nak ikut juga."

Jelingan tajam diberi.

Semua ikut ketawa melihat telatah umi. Momen makan malam bersama keluarga Bimo itu amat bermakna. Sudah dua minggu pemergian emaknya, Buk Sari. Teringat waktu terakhir dia makan bersama ketika mak dia sudah lumpuh. Kenangan ini membangkitkan jiwa yang sedih menjadi bahagia. Jauh di lubuk hati, Indra tahu, walaupun Allah meminjamkan keluarga ini hanya sementara untuk dia, namun pengalaman susah senang bersama, amatlah dia syukuri.

Mungkin selepas urusan Bojo Beling ini selesai, dia akan kembali hidup seperti biasa. Walaupun sudah sebatang kara, Indra yakin Allah tetap ada di sisi. Dan doanya untuk keluarga ini semoga diberi rahmah dan keberkatan dari dunia sampai akhirat.

"Indra! Indra!"

Bimo melambai-lambai tangannya di hadapan muka Indra.

"Aish! Terkejut aku!"

Indra tersentak saat namanya dipanggil.

"Jauh benar kau mengelamun! Teringat siapa? Buah hati?"

Bimo mengusik.

Indra hanya membuat muka malas layan pada Bimo.

Namun jauh di sudut hati, segala kerunsingan dan kesedihan yang dialami semakin pudar saat berada bersama mereka semua. Kali ini dia betul-betul bertekad, datanglah apa jua dugaan sekalipun. Dia tetap akan mengharungnya. Ada hikmah kenapa Allah hadirkan insan-insan baik seperti keluarga Bimo. Senyuman syukur terukir dalam hati. Alhamdulillah!

..........

"Indra, kamu dah sedia?"

Wak memegang bahunya.

"Sudah baba. Selainnya saya serah pada Allah."

Indra cuba untuk bertenang. Tempoh masa seminggu itu dimanfaatkan sebaiknya.

"Insya-Allah, jika niat kamu untuk membantu keluargamu pasti Allah berikan jalan petunjuk," nasihat Wak Dimas.

"Baik baba," jawab Indra.

Sekarang ini, pelbagai rasa muncul di benak jiwa. Gembira, sedih, takut, kecewa meluak-luak sebagai tanda protes. Dia tahu, hanya inilah peluang yang ada untuk tahu lebih dalam kisah silam orang tuanya.

Kini, mereka semua sudah berada dalam kereta.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan ini."

Tangannya dikepal dan diletakkan pada dada.

BOJO BELING (WATTY'S WINNER 2019)Where stories live. Discover now