BAB 5

119 3 0
                                    

"Mardi, kamu boleh luang masa petang esok?"

Buk Loma menelefon anaknya.

"Untuk apa ma? Mahu bincang soal kahwin lagi? Kalau hal itu, maaf saya tak mahu."

Awal-awal lagi Mardi sudah menolak.

Kesuma yang mendengar suaminya menyebut tentang kahwin mula berasa muram.

"Kahwin?"

Getus hati kecilnya.

"Bukan soal itu. Sari yang pesan dia mahu jumpa kamu sebentar."

"Tujuannya apa ma?"

"Ma tidak tahu. Dia bilang mahu jumpa kamu. Boleh ya Mardi?"

"Ya, tapi Mardi akan datang bersama Kesuma."

"Baiklah."

Ganggang telefon dimatikan. Mardi lelah benar dengan rancangan dari mama dan papa dia.

"Bang. Kenapa mama telefon tadi?"

Kesuma yang sedang menyisir rambut panjangnya mulai berasa ragu.

"Sum. Maafkan mama dan papa. Sebenarnya mereka mahu saya nikah lagi."

"Hmm... Jadi abang setuju atau tidak?"

Tenang saja Kesuma membalas. Dia tahu pasti mertuanya mahukan cucu.

"Tidak sayangku. Tidak sama sekali. Jadi esok abang akan jumpa Sari. Sebelum berlakunya fitnah apa-apa, baik Sum temankan abang. Boleh?"

"Sum tak mengganggu urusan abang dengan Sari?"

Kesuma berasa sedikit lega dengan jawapan suaminya.

"Tak apa. Kamu isteri abang dan kamu berhak tahu segalanya."

"Baik bang."

..........

"Ma, mana Sari?"

Mardi mahu berjumpa dan selesaikan masalah ini secepat mungkin.

"Dia ada di meja taman belakang rumah. Sudah lama dia tunggu kamu. Isterimu mana?"

"Saya suruh dia tunggu dalam kereta saja."

Mardi tahu mamanya akan memberi layanan yang kurang enak pada Kesuma.

"Bawalah dia masuk dalam rumah. Tak elok ditinggalkan begitu."

Mardi meminta isterinya untuk masuk ke dalam rumah.

"Sum, kamu tunggu di ruang tamu dulu. Lagipun, kamu akan nampak abang di situ."

"Ya baik. Kasihan Sari pasti sudah lama menunggu."

Mardi terus bergerak ke arah meja kopi yang berada di luar. Dari balik cermin, Kesuma bisa melihat wajah Sari yang berkelumbung biru tua.

"Cantik juga Sari ni. Suamiku tidak tertawankah dengan dia?"

Kesuma berbisik sendiri.

"Sum, minumlah air teh tu. Nanti lama-lama sejuk pula," jemput Buk Loma. Sempat lagi matanya menjeling.

"Ya-ya terima kasih ma."

Hati Kesuma terguris melihat kelakuan mertuanya yang kurang senang dengan dirinya. Dia hanya mendiamkan diri.

Masa mula-mula kahwin dahulu, mertuanya sangat baik sekali. Mereka sudah melayan Kesuma seperti anak sendiri. Tapi sejak-sejak akhir ni, perangai mereka berubah 360o. Alasannya kerana Kesuma tidak mampu memberikan cucu kepada mereka.

Bermula dari situlah, hubungan mertua dan menantu kian renggang. Kesuma masih menyantuni mertuanya. Tidak sesekali dia melawan. Derhaka jauh sekali. Namun mama dan papa tetap memandang serong padanya.

"Kesuma, kamu tahu perempuan itu siapa?"

Buk Loma cuba mengapi-apikan menantunya.

"Ta-tak kenal ma."

Kesuma hanya tunduk. Dia hanya tahu nama perempuan itu Sari.

"Dialah bakal isteri Mardi. Namanya Sari. Dia pilihan mama dan papa."

Tersenyum puas Buk Loma.

"Benarkah mama mahu nikahkan abang Mardi dengan Sari?"

Kesuma berterus-terang.

"Ya! Kamu terima atau tidak, itu keputusan mama dan papa. Muktamad!"

Tinggi suara Buk Loma menengking. Dia berlalu pergi dari situ menuju ke dapur.

Kesuma hanya mengalirkan air mata. Tidak mampu lagi untuk berkata-kata.

"Mahu bincang apa dengan saya Sari?"

Mardi tidak terus memandang wajah Sari. Sesekali dia memandang ke tempat lain.

"Abang Mardi sudah kahwin?"

Sari berterus-terang.

"Benar Sari. Saya sudah punya isteri. Sudah lama kami hidup bersama," jujur Mardi menjawab.

"Maafkan saya juga bang Mardi. Saya tidak tahu kalau abang sudah ada isteri."

Hatinya sedikit luluh mendengar jawapan itu.

Rupanya selama ini Wak Raden dan Buk Loma berbohong. Tidak pernah mereka menceritakan bahawa Mardi sudah ada isteri. Sari hanya mendiamkan diri, mahu menangis, tapi sini rumah orang. Segan pula.

Lama Sari mendiam selepas mendengar ucapan itu. Kebenaran terungkap jua. Mardi juga senyap. Tidak tahu perlu berbuat apa.

Akhirnya Sari bersuara.

"Abang ada bawa isteri abang hari ni?"

Sari kelihatan teruja.

"Ada. Dia ada di ruang tamu. Pergilah."

"Ya, saya mahu mohon maaf pada dia."

Sari bingkas bangun dari tempat duduknya.

Mardi terpinga-pinga. Tidak menyangka Sari begitu baik sekali. Dia juga bangun menuju ke arah isterinya.

"Kak, kenapa menangis?"

Sari memeluk Kesuma.

Kesuma mengangkat mukanya dan memandang wajah jernih Sari.

"Tiada apa-apa Sari. Kamu Sari kan?"

Kesuma menyeka air matanya cepat-cepat. Diukir senyuman paling manis.

"Saya Sari. Kak, saya mahu minta maaf. Benar, saya tak ada niat langsung mahu merampas suami akak. Semuanya berlaku tanpa sedar. Maafkan saya kak Kesuma."

Sari menggenggam erat tangan Kesuma.

Dia tahu Kesuma mengelak untuk memberi jawapan. Mungkin saja tadi Buk Loma menggertak Kesuma untuk menerima dirinya menjadi madu.

"Minta maaf apa Sari? Kamu tak bersalah dalam hal ini."

Kesuma juga tidak menyangka Sari sanggup merendahkan egonya. Benar, dia memang baik.

"Tak apa. Saya mahu minta maaf juga jika kerana saya, kakak menangis."

Sari memeluk Kesuma. Air mata mulai membasahi pipinya. Tak dapat ditahan lagi.

Kesuma membalas pelukan Sari. Dia juga turut menangis.

Mardi rasa gembira melihat mereka berdua sudah saling memahami. Dia meneguk secawan teh. Lega; selesai.

Ada sepasang mata kedengkian sedang memerhati dari dapur. Entah syaitan apa yang merasuk, hatinya berbolak-balik; menjurus kepada kejahatan!

"Apa kalian fikir boleh senang-senang begini? Aku bersumpah untuk satukan kalian berdua dengan apa jua cara sekali pun!"

Kini, hatinya kian membusuk!

BOJO BELING (WATTY'S WINNER 2019)Where stories live. Discover now