BAB 11

52 2 0
                                    

Selepas kejadian semalam, Loma masih tidak sedarkan diri setelah pengsan. Kini dia sedang berbaring di tepi keretanya. Wajah wanita separuh abad itu kelihatan enak dibuai mimpi.

Beberapa orang sudah mulai berkerumun di hadapannya. Kakinya digerakkan beberapa kali untuk mengejutkannya.

"Buk, bangun buk."

Matanya dibuka perlahan dan sedikit terperanjat melihat mereka. Kalung yang dipakai semalam tergantung di luar bajunya.

Seorang lelaki tua menghampirinya dan terus memegang loket itu. Dia mengeluh hampa sambil berdiri semula.

"Wahai anak, kamu bertemu dengan Anggitkah?"

Masih terpinga-pinga dengan dirinya, Loma hanya mengangguk kepala.

Sekali lagi lelaki tua itu menggeleng kepalanya.

"Tok, kenapa?"

Buk Loma dibantu oleh dua orang perempuan sewaktu dia cuba berdiri.

"Kamu kenal Anggit?"

Lelaki tua itu cuba menduga.

"Dia kakak saya tok."

Loma menyandarkan dirinya di kereta. Lenguh dan sakit semalam masih terasa.

"Itu bukan kakakmu. Yang berjumpa dengan kamu adalah peliharaannya yang menjelma sebagai Anggit."

Perlahan dan ringkas bicara lelaki tua itu namun sangat besar buat Loma. Kejutan demi kejutan mula bangkit. Dia tidak tahu kalau itu cuma jelmaan. Dia hanya sedar kakaknya tidak mesra seperti adik-beradik.

"Sudah. Pulanglah kamu. Pesanku, janganlah engkau melampaui batas sebagai hambaNya."

Buk Loma hanya menundukkan kepala lalu bergerak pergi.

"Ah! Aku sudah tetap dengan niatku. Mardi dan Sari harus bersatu!"

Dia menyeluk tangannya ke dalam beg untuk mencari minyak dagu. Ya, minyak itu ada. Ternyata memang benar dia berjumpa dengan Anggit atau lebih layak digelar peliharaannya.

"Terima kasih kak Anggit."

Gumam hatinya.

..........

Perlahan-lahan Loma masuk ke dalam rumahnya. Risau benar jika terserempak dengan suaminya. Sampai saja di biliknya, dia terus bergegas ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Dihirupnya secawan kopi o panas di dapur. Lega. Mujur suaminya sudah berangkat ke tempat kerja. Sekali lagi kalung yang berbentuk Mbah Pinot itu ditilik lama. Cuaca di luar kelihatan mendung tanda hujan bakal turun bila-bila masa.

"Loma!"

Mendengar namanya dipanggil begitu. Buk Loma tersentak dan hampir saja dia mahu tersembur kopi o yang diteguk tadi.

Mbah Pinot yang muncul di sudut dapur ketawa melihat telatah Buk Loma. Kelakuannya tetaplah seperti seorang budak lelaki yang akan tertawa saat hatinya geli. Wajah yang hodoh itu muncul lagi di hadapan Buk Loma.

Buk Loma tidak senang duduk melihat Mbah Pinot muncul tanpa sebarang tanda. Dia bingkas bangun dan berdiri akibat tergamam.

"Ka-kamu mahu apa tuan?"

Tidak tahu gelaran yang harus diberi, Buk Loma terus saja menggelarnya tuan.

"Aku masih menunggu tindakanmu untuk menyapu minyak itu pada Mardi dan Sari."

"Sa-sabar aku perlu waktu tuan."

"Ya tempohnya malam ini kuberikan kerana kau perlu siapkan sesajen (makanan/jamahan) untukku. Setiap malam Jumaat kliwon, aku mahu darah ayam jantan muda atau kambing jantan, pisang dan pucuk paku. Ingat ya."

BOJO BELING (WATTY'S WINNER 2019)Where stories live. Discover now