BAB 7

74 4 0
                                    

Jam hampir menunjukkan pukul 2.30 pagi. Sungguh nyenyak Wak Raden tidur akibat letih bekerja. Buk Loma masih juga belum dapat melelapkan mata.

Hatinya masih sakit mengingatkan kejadian petang tadi sehingga dia tidak boleh tidur. Dalam benak jiwanya berasa pedih sekali melihat Kesuma dan Sari sudah rapat walaupun baru pertama kali berjumpa.

Buk Loma bingkas bangun dari tempat tidurnya. Dia menuruni tangga dan menuju ke dapur. Dicapainya gelas lalu diisi dengan air kosong. Air itu diteguk rakus. Terlalu geram barangkali. Kebenciannya semakin meluap-luap pada menantunya itu.

"Kerana dialah, Mardi dan Sari tidak dapat bersatu!"

Gelas itu dihempas kuat di atas meja. Pang!

..........

Iyang terkejut dengan keadaan Indra yang sedang duduk itu. Mata masih terpejam namun kepalanya ditoleh ke arah Iyang.

"Itu Kesumakah?"

Iyang cuba menduga.

Perlahan-lahan Indra membuka matanya. Merah sekali mata itu dengan bola mata hitam penuh. Mulutnya juga kelihatan berdarah. Indra memberikan senyuman sinis pada Iyang. Kepalanya digerak-gerakkan ke kiri dan kanan.

"Ya! Ini aku! Mardi kini milik aku! Hahahaha..."

Kesuma mengilai panjang.

"Lebih baik kau keluar dari badan dia!"

Sekali lagi Iyang memberikan perintah.

"Aku akan bawa badan Mardi dari sini. Jangan sesiapa pun cuba halang aku! Kalau tidak, aku akan cederakan Mardi!"

"Kau mahu bawa dia ke mana? Itu Indra. Mardi dah lama mati!"

"Bagi aku, dia tetap Mardi! Dia tetap akan jadi tumbal (korban) aku! Perjanjian dahulu tetap aku akan tunaikan. Seluruh keturunannya adalah milik aku!"

"Kesuma! Ini adalah amaran terakhir dari aku. Lepaskan badan itu atau aku akan bunuh kau!"

Kelihatan Iyang sudah bersedia di tempatnya.

Judha yang terpaksa berada di luar rumah itu mula bersikap agresif. Dia bercakap dalam bahasa jin dan menyatakan marahnya pada Kesuma. Bahkan dia menghentak-hentak bumbung rumah itu sehingga bergegar. Namun sempat ditahan oleh Iyang.

"Kalau kau mahu bunuh aku, nyawa badan ini juga akan melayang! Jangan kau berani cabar aku Iyang!"

Kesuma mula mengesot ke dinding dengan menggunakan badan Indra itu.

"Kau mahu ke mana? Diam di situ!"

"Aku mahu bawa Mardi keluar dari rumah ini!"

"Aku tidak izinkan!"

Iyang menggunakan sebuah patung kecil lalu terpaksa memaku tangan dan kaki Kesuma.

Iyang tahu, kesan itu akan terkena pada Indra juga. Akibatnya, kedua-dua tangan dan kaki Indra mula terluka ditusuk kayu yang tajam. Dalam. Pergerakan Kesuma tersekat dan dia mula meraung.

"Sakitttttt! Lepaskan aku!"

Dengan wajahnya yang sedang menahan sakit itu Kesuma berteriak. Air mata darahnya kembali membasahi muka. Seram.

Kali ini Kesuma merenung tajam ke arah Iyang. Sebagai tanda protes, dia cuba untuk bergerak sehinggakan luka-luka yang ada pada anggota badan Indra dikoyak semahunya. Paksaan untuk bergerak membuatkan darah semakin banyak yang mengalir keluar. Bahkan, dia tersenyum dalam kesakitan.

Keadaan menjadi semakin parah. Dengan pantasnya Iyang menyelit sebuah mantera supaya Kesuma keluar dari badan Indra. Berpeluh juga Iyang malam itu kerana tenaganya dihakis oleh kuasa jahat Kesuma. Tak henti-henti Iyang membacakan manteranya berulang-ulang kali.

BOJO BELING (WATTY'S WINNER 2019)Where stories live. Discover now