BAB 12

81 3 0
                                    

Kenduri malam itu disambut dengan penuh kesederhanaan. Raut wajah Kesuma jelas kelihatan gembira melihat mentuanya sudah kembali baik. Melihat mereka berdua melayaninya seperti dahulu, sedikit sebanyak hatinya dirawat semula.

"Lindungilah mereka ya Allah. Benar, aku sayang mentuaku dan suamiku. Peliharalah mereka."

Gumam hatinya.

Benar, itulah sebuah doa iklas dari hati Kesuma. Namun, apakan daya, dirinya bakal menjadi mangsa Buk Loma sendiri. Melihat suasana seperti dalam keadaan terkawal, Buk Loma mula menjalankan pekerjaan terkutuk itu.

"Sum, ma nak ajak Sari ke dapur sebentar. Boleh kan?"

Ditariknya tangan Sari secepat mungkin. Sari terkejut dengan perbuatan Buk Loma namun dia tetap saja ikut.

Kesuma yang tengah bersembang dengan Sari terpinga-pinga melihat mentuanya bertindak sedemikian rupa.

"Kenapa buk? Ada masalah apa-apa ke?"

Sari terus bersuara apabila Buk Loma kelihatan resah.

"Maafkan buk. Sebenarnya buk mahu belajar mengurut."

"Sekarang?"

Sari membuat muka hairan.

"Ya, sebenarnya buk sudah belajar cara mengurut untuk perempuan yang susah mengandung."

"Kenapa tak cuba pada kak Kesuma?"

"Buk mahu kamu rasa dulu selesa atau tidak urutan ini. Jangan risau, buk hanya urut di nadi saja. Boleh?"

"Betul ni buk? Saya tak suka buk apa-apakan kak Kesuma."

"Ya betul. Hulurkan tangan kananmu."

Buk Loma tersenyum jahat di dalam hatinya.

"Akhirnya... Mbah Pinot, tunaikanlah permintaanku malam ini juga. Tunjukkanlah keajaiban minyak yang kutadah ini. Berkat tuanku."

Doa itu dibaca dengan penuh yakin di dalam hati.

Sedikit minyak dituang ke atas telapak tangan. Diolesnya minyak itu pada nadi Sari. Khusyuk jari jemari Buk Loma mengurut pada sekitar nadi.

Sari hanya melihat Buk Sari mengurut nadinya tanpa menyoal.

"Selesa tak?"

"Sari rasa selesa sangat. Terima kasih buk."

Sari tersenyum melihat usaha Buk Loma yang belajar mengurut demi menantunya supaya dapat mengandung. Cuma itu sajalah yang Sari dapat lihat di matanya.

"Alhamdulillah. Boleh la buk urut Kesuma nanti. Terima kasih Sari."

Manis benar senyuman Buk Loma yang dilemparkan pada Sari.

"Sama-sama."

Sari membalas senyuman itu.

"Panggilkan Mardi sekejap. Buk nak cakap sikit dengan dia."

"Boleh buk. Sekali kak Kesuma?"

"Jangan! Kamu panggil Mardi saja."

Suara Buk Loma memeranjatkan Sari. Seakan Buk Loma marah benar apabila mendengar nama Kesuma.

"Ba-baik buk."

Sari terus berlalu pergi dari situ.

Urutan dari minyak dagu tadi mulai memberi kesan. Jantung Sari berdetak kencang saat melihat wajah Mardi. Dicuba melawan namun ada suara bisikan yang terus berkata, "cintailah Mardi. Cintailah dia. Penuhkan isi hatimu dengan cintanya."

Sari cuba mengelak dirinya daripada terus melihat wajah Mardi dan melayan bisikan hatinya. Dia bergegas ke arah Kesuma yang sedang bersembang dengan suaminya di ruang tamu.

"Ada apa Sari?"

Kesuma meletakkan cawannya lalu melihat wajah Sari yang seperti cacing kepanasan.

"Bang Mardi, buk mahu jumpa di dapur sekarang."

Laju percakapan Sari. Hatinya benar-benar gundah apabila Mardi seperti dekat dengan dirinya.

Tanpa berlengah, Mardi berjalan pantas menuju ke dapur. Di sana, seorang mama yang buta hatinya sedang menunggu untuk menelan anaknya sendiri.

Suasana majlis semakin bingit dengan kedatangan saudara sebelah Wak Raden pula.

"Kak Kesuma..."

Sari menarik tangan Kesuma dan mengajaknya mengambil angin belakang rumah.

Kesuma mengikut kehendak Sari.

"Sari, kamu tak apa-apa? Kak tengok kamu macam gelisah saja."

"Kak, maafkan Sari jika mahu bertanya soalan yang kurang enak."

"Soalan apa Sari?"

"Ji-jika bang Mardi sukakan perempuan lain, apa yang kakak akan lakukan?"

Sari menundukkan kepalanya.

Kesuma tercengang mendengar soalan yang keluar dari mulut Sari. Soalan persis seperti itu juga pernah ditanya oleh suaminya.

"Kak rela mati Sari. Mati!"

Kesuma menggenggam tangan Sari sekuatnya.

Kesuma terus berlalu akibat hatinya sakit sekali saat disoal sebegitu. Sari hanya mengalirkan air matanya dan dia faham perasaan Kesuma. Cuma saat ini hatinya benar-benar keliru dengan perasaannya yang mula suka akan Mardi.

Tanpa berlengah Sari berjalan menuju pulang ke rumahnya. Dia tidak mahu terjadi sesuatu yang aneh lagi. Tidak dihirau lagi tuan rumah, dia terus menyelami kepekatan malam itu seorang diri.

Kesuma masih lagi bersendirian di dalam bilik air. Hatinya benar-benar sakit dan mahu segera pulang. Perasaanya seakan kosong untuk melibatkan diri dalam majlis malam ini.

Mardi yang sudah selesai "diubati" oleh mamanya kelihatan gembira kerana Buk Loma berusaha untuk menimang cahaya mata.

Syaitan sedang tersenyum sinis di balik tirai dapur.

"Aku dah berjaya tuan. Sedikit lagi masa untuk mereka bersatu dan lahirkan cucu aku!"

BOJO BELING (WATTY'S WINNER 2019)Where stories live. Discover now