BAB 9

82 4 0
                                    

Upacara menyucikan diri.....

Anggit melabuhkan punggungnya di atas sebuah batu sungai yang agak besar. Dulang yang berisi bunga itu diletakkan di atas riba. Tangannya berhati-hati menyusun kemas setiap bunga sebelum upacara dimulakan.

Rambutnya dilepaskan mengurai di bahagian kanan dan disisir rapi. Sepanjang sungai itu terdapat sebuah kolam kecil buatan dari Anggit bagi membolehkan dia menyucikan dirinya. Kolam itu dikelilingi oleh batu-batu sungai dan papan-papan bagi mengelakkan bunga keluar dari situ. Namun, setelah upacara selesai, kesemua bunga-bunga itu akan dialirkan untuk membuang badi.

Seekor makhluk yang mengikutinya dari tadi merupakan penjaga kepada susuk emas yang ditanam pada muka Anggit. Itulah rahsia awet muda Anggit yang bertentangan dengan agama.

"Aku mahu mandi sintok (mandi bunga) dulu. Peliharalah diri aku wahai penjagaku."

Anggit memberi arahan kepada makhluk itu.

Tujuh bunga digunakan bagi mandian sintok iaitu bunga sundal malam, jasmin, melur, cempaka, mawar dan kenanga yang dicampur dengan pohon sintok termasuklah limau sebagai bahan yang ketujuh. Kesemua bunga itu dicampur dan limau diperah tanda penyucian.

Dilemparnya kesemua bunga lalu limau diperah beberapa titik lagi ke dalam kolam itu. Langkah kanan diturunkan ke dalam sungai. Dingin sekali! Anggit berdiri di tengah-tengah kolam itu sambil kedua tangannya diangkat tinggi. Membaca mantera barangkali.

Bunga-bunga tersebar di permukaan kolam dan dikaup beberapa kali untuk membasahkan rambutnya. Hampir 20 minit barulah dia selesai membasahkan ke seluruh anggota badannya. Sebiji batu sebesar penumbuk diangkat bagi mengalirkan kesemua bunga keluar mengikut arus sungai.

"Terima kasih kerana menyucikan diri aku."

Anggit percaya kerana bunga itulah unsur negatif dapat dibuang dalam dirinya. Batu itu diletakkan semula di tempat asalnya.

Kini, dia dalam perjalanan pulang semula ke gua dan akan memulakan ritual untuk memenuhi hasrat adiknya.

"Siapa di sana? Jangan dekati aku!"

Telapak tangannya pedih sekali akibat jatuh ditolak oleh Anggit tadi. Dipaksa juga untuk berdiri dan matanya meliar memerhati keadaan sekeliling.

Tiba-tiba, muncul seseorang yang punya tubuh sasa dan tegap sedang berdiri tegak menghadap Loma. Dicubanya mendongak ke atas untuk melihat wajah itu. Tidak semena-mena dia rebah tidak sedarkan diri.

Anggit yang baru sahaja sampai di gua itu tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila melihat Loma pengsan di situ.

"Pasti engkau cuba mengusik dia ya?"

Anggit hanya berseloroh dan sudah mengetahui bahawa salah satu makhluk peliharaannya pasti ajak bermain.

Air direnjis-renjis ke muka Loma. Terkejut Loma apabila melihat Anggit sedang mencangkung melihatnya.

"Bangun! Bangun!"

Anggit membiarkan saja Loma menyedarkan diri dia dahulu. Dia beralih menuju ke ruang persalinan di balik sebentang kain. Dipakainya sepasang kebaya tradisional serta menyolek mukanya agar bertambah seri. Rambutnya disanggul kemas dan diletakkan sebuah perhiasan di atas kepala. Bibirnya diwarnakan hitam bagi menampakkan garang.

"Kau sudah bangun?"

Anggit kelihatan cantik sekali dengan gaya misterius. Dia mengambil tempatnya di sebuah ruang kecil. Tempat itu merupakan tempat yang dia selalu gunakan untuk melakukan ritual.

"Aku sudah bersedia untuk mendengar permintaan kamu Loma."

Terhenjut-henjut Loma berjalan. Sakit benar badannya. Sudah dua kali dia jatuh. Hatinya gusar melihat perangai kakaknya berubah drastik seakan tidak kenal adik kandungnya sendiri.

BOJO BELING (WATTY'S WINNER 2019)Where stories live. Discover now