"A..Aw..Awak.. Ba..ba..ngun.." Tiara menangis tanpa diduga.
Lelaki yang terbaring atas ribanya yang sedang berlumuran darah itu ditatapi.
"Hahaha, puas hati aku. Kamu sayang dia? Ni padahnya kalau kamu rampas sesuatu dari aku"
"Aku akan pastikan aku akan dapat semua benda yang aku mahu" perempuan itu tersenyum sinis.
"K..ka..kau.. Mes..ti.. Aqila kan?" Tanya Tiara yang sedang menangis itu.
"Ma..macam mana kamu bisa tahu nama aku?" Aqila terkejut apabila Tiara boleh tahu namanya itu.
"Kau memang tak sama langsung dengan kakak kau" tengking Tiara.
Aqila sudah geram dan terus menampar Tiara.
Tetapi. Ada seorang lelaki yang sempat memegang tangan Aqila.
Lelaki itu berjaya menyelamatkan Tiara daripada tamparan Aqila itu.
"Ah, sakitlah lepasin aku Rayyan" jerit Aqila.
"Rayyan?" "Ye, aku Rayyan" jawab Rayyan pada soalan Tiara tadi.
Aqila pun mendengus dan terus berambus dari situ.
"Kau okay ke tak ni? Meh, aku bawak kau dengan Zin pergi Hospital" Rayyan juga tidak sanggup melihat keadaan kawan baiknya itu.
Setibanya di Hospital, Razin dirawat di wad kecemasan.
"Ni semua salah aku, kalau aku yang kena tembak tadi, semua takkan jadi macam ni" Tiara tetap menyalahkan dirinya.
"Kau kena redha, ni semua ketentuan Allah. Ni maknanya Razin betul-betul cintakan kau" Rayyan cuba untuk menenangkan Tiara.
"Aku kenal kau ke? Rayyan tu siapa? Razin tu siapa? Macam mana aku boleh kenal korang? Macam mana dia boleh cintakan aku?"
Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Tiara.
"Ye kau kenal aku. Rayyan tu akulah takkanlah guard Hospital ni pulak. Razin tu bf kau yang tengah dirawat tu. Kau datang Australia sebab kau ada masalah dengan papa kau. Korang tu ego tapi last-last couple jugak"
Jawab Rayyan pada semua soalan Tiara tadi.
Seorang doktor keluar daripada wad tersebut. Dia pun cakap bla.. bla.. bla.. dalam masa tiga hari, mungkin baru dia boleh sedar.
TIGA HARI KEMUDIAN
Razin sudah sedar dan dah stabil. Dia pun dah dipindahkan ke wad biasa.
Tiara yang sedang tidur di tepi katil Razin a.k.a. atas tangan kiri Razin tersedar apabila terasa sesuatu bergerak.
Rupa-rupanya, Razin yang sedang membelai rambutnya.
"Awak, saya takut kalau awak tak ada? Kenapa awak selamatkan saya?"
"Awak boleh je biar saya kena tembak kan? Tapi kenapa awak degil jugak? Kan dan kena tembak?" Tiara sedang menangis teresak-esak.
Perlahan-lahan Razin cuba duduk di atas katilnya. "Shhh" dia terus meletakkan jari telunjuknya pada bibir Tiara.
"Saya kan dah okay ni. Sayang jugak awak kat saya kan?" Razin tersenyum.
Razin pun mengucup bibir Tiara. Tiara hanya membiarkan saja. Perasaan sayang pada Razin telah menguasai dirinya.
"Wah, best siot tengok aksi 18+ free je" kata Aryan. "Kan?"sokong Rayyan.
"Ish, korang ni sibuk je"marah Razin. Pipi Tiara sudah berona merah.
Tiara bangun! Ya Allah jeritan mamanya telah meng spoil kan mimpinya itu.
Setelah dia bersiap, dia video call dengan Amyra dan Khayrina.
Dia cerita dari A sampai Z.
"Aku rasa mimpi kau tu akan jadi kenyataan satu hari nanti"kata Khayrina dan disokong oleh Amyra.
Dia memang berharap dia akan mempunyai kehidupan yang sebegitu.
YOU ARE READING
Suamiku Mafia?
RomanceMencintai atau Membunuh? Apa akan jadi bila seorang Mafia yang ada ramai musuh terjatuh cinta pada seorang Gadis 19 tahun? Tiara Kayrin dipaksa untuk berkahwin dengan Harriz tapi dia tidak mahu dan melarikan diri ke Australia bersama Amyra dan Reen...