Bab 20:Tiara hilang?

4.1K 119 1
                                    

Reen, Rayyan, Amyra dan Aryan pelik, macam mana Tiara boleh get back dengan Razin bukan ke Tiara balik KL?

Flashback

Razin cuba untuk menarik Tiara semasa Tiara meleraikan pelukan Razin.

"Awak, saya nak minta maaf. Saya tahu semua salah saya. Tapi takkan lah setiap masalah awak nak larikan diri macam ni?" Kata Razin.

Tiara agak tersentak dengan kata-kata Razin. Tapi betul juga apa yang Razin cakap.

Tiara kan dah matang even baru 19 tahun, takkanlah dia nak lari setiap kali ada masalah kan?

Tiara menahan air mata. Dia tak tahu mengapa sikapnya berubah sekelip mata.

Razin merenung ke dalam mata Tiara.

"Awak sayang saya?" Tanya Razin.

Tiara masih memandang bawah.

"Awak saya tanya ni. Awak sayang saya tak?"

Tiara masih lagi memandang lantai yang hensem itu.

"Kalau awak sayang saya, pandang mata saya" tegas Razin.

Tiara tidak menunjukkan sebarang riaksi.

Razin perlahan-lahan beredar dari situ.

Tiara menarik tangan Razin " awak jangan pergi!"

Razin menoleh ke arah Tiara. Mata bertentang mata.

"Ye, saya sayang awak" ucap Tiara ringkas.

"Ha, kalau sayang jangan lah marah-marah macam ni" kata Razin sambil membelai rambut Tiara yang lembut itu.

"I'm sorry. Saya tahu semua salah saya. Saya tak tahu kenapa saya jadi macam ni. Saya tak layak untuk orang Yang baik macam awak" Tiara bersuara.

Perlahan-lahan air mata Tiara jatuh membasahi pipi yang gebu dan mulus itu.

"Dah, saya dah tak nak tengok awak nangis lagi, nanti tak comel" balas Razin.

Tiara mula tersenyum.

End Flashback

Ha macam tu lah cerita nya.

Mereka berenam keluar pergi makan.

Apalah diorang ni asyik makan je, nanti gemuk baru tahu.

Aryan dan Reen berbual sambil tergelak-gelak.

Amyra dan Rayyan pula bergurau sambil menepuk-nepuk.

"Jom kita kahwin" ucap Razin ringkas.

Ucapan itu membuatkan mereka berlima diam kecuali Razin.

Semua terkejut termasuk lah Tiara.

"Awak demam ke ni?" Tiara meletakkan telapak tangannya di dahi Razin.

"Taklah saya serius" balas Razin.

Tiara terkejut!

"Tapi..."

"Tapi apa?" Razin memotong ayat Tiara.

"Tapi mama dengan papa saya tak tahu pasal ni"

"Nanti kita bagitahu lah"

"Kalau diorang marah atau halau saya macam mana?"

"Saya kan ada" balas Razin.

"Awak bagi saya sikit masa, saya nak fikir dulu eh"

Razin mengangguk.

Sesampainya mereka di hotel masing-masing.

Tiara sibuk memikirkan hal itu.

Ah! Serabutnya!

Dia sudah memikirkan jawapannya.

Dia akan memberitahu Razin esok.

KEESOKAN HARINYA

"Razin!! Tiara hilang!!" Jerit Reen.

Mereka semua terkejut.

"Semalam, Tiara ada dalam bilik tapi hari ni tak ada" balas Reen.

"Dia tak bawa baju kan? Mana tahu dia pergi kedai ke?" Balas Aryan.

"Masalahnya ada surat ini! Cuma kalian baca suratnya" sambung Amyra.

Mereka pun baca.

"Oh shit!" Satu perkataan ringkas keluar dari mulut Razin.

"Jom kita cari Tiara" Razin beredar diikuti Rayyan dan Aryan.

Mereka pergi ke markas.

"Syafiq! Khai! Kumpul budak-budak sekarang!" Arah Razin.

Mereka semua berkumpul di markas.

"Korang tahu tak musuh kita dah berani buat hal?" Tanya Razin.

Mereka semua diam. Kalau ada yang menjawab mahu kena marah dengan Razin nanti.

"Aku yakin bos diorang tak kotorkan tangan sendiri! Conform budak-budak diorang yang buat ni! Kurang asam! Tengking Razin.

"Khai, kau cuba heck semua CCTV. Syafiq kau cari info tentang musuh kita tu"

"Yen, Ray, korang jaga budak-budak, suruh diorang jaga tempat betul-betul. Korang semua FAHAM tak?" Arah Razin panjang lebar.

Semua mengangguk.

"Dah, semua boleh balik tapi ingat! Buat kerja betul-betul, kalau korang main-main, siap korang aku kerjakan" Ugut Razin.

Masing-masing menelan air liur kecuali Aryan, Rayyan, Syafiq dan Khai kerana mereka sudah terbiasa.

Suamiku Mafia?Where stories live. Discover now